Bagi setiap pelari, sama ada yang sudah berpengalaman atau baru bermula, kecederaan lutut sering kali menjadi musuh utama yang menghantui.
Keluhan sakit lutut bukanlah perkara asing dalam dunia larian; malah, ada yang pernah mengalami bunyi ‘pop’ secara tiba-tiba pada lutut yang disusuli dengan rasa sakit yang mencengkam.
Persoalannya, apakah punca di sebalik insiden ini dan bagaimanakah kita dapat mengelakkan serta merawatnya dengan berkesan?
Punca & Faktor Kecederaan
Overuse Atau Overloading
Keceraan lutut sering berpunca daripada overuse atau overloading, di mana lutut dipaksa bekerja melebihi had kemampuannya.
Ini boleh terjadi jika Anda berlari terlalu laju ketika menuruni bukit, mengambil langkah terlalu panjang (overstriding), atau konsisten berlari di permukaan yang tidak rata untuk tempoh yang lama. Dalam banyak kes, inilah penyebab utama mengapa lutut seorang pelari boleh cedera.
Biomekanikal
Individu yang mempunyai flat foot dan high arch adalah mereka yang berisiko untuk sakit lutut kerana tanpa sokongan arch yang betul, ia akan menyebab satu tindakan biomekanikal yang mendedahkan lutut untuk lebih terdedah untuk menerima impak ketika berlari.
Kelemahan Fungsi Otot
Ads
Bahagian lutut disokong oleh beberapa otot dan ligament, kelemahan otot-otot ini mengurangkan kestabilan lutut. Antara yang dikenal pasti adalah seperti kelemahan otot quadriceps, iliotibial band dan otot hamstring yang ketat mahupun otot tulang pinggul yang lemah.
1. Kebanyakan sakit lutut boleh dirawat secara konservatif. Ketika sakit, larian perlu dikurangkan atau berubah kepada sukan yang kurang impak seperti eliptical, basikal, berenang.
2. Senaman yang menguatkan otot-otot yang menyokong sendi lutut (knee strengthening exercise) juga boleh membantu mengurangkan kesakitan.
3. Ada beberapa bukti kajian mengatakan knee brace dan tapping boleh membantu, namun kajian terperinci masih diperlukan.
4. Sekiranya sakit berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan seterusnya.
Ads
Pencegahan
1. Tingkatkan jarak larian beransur-ansur.
2. Sekiranya melakukan larian di permukaan yang tidak rata seperti larian denai, kawal kelajuaan, sekiranya tidak biasa dengan kelajuan tersebut, tingkatkan kelajuaan perlahan-lahan.
3. Jika ingin berlari lebih laju, naikkan cadence atau jumlah langkah dan elakkan melangkah lebih jauh atau overstriding.
4. Pakai kasut yang selesa dan sesuai dengan keadaan kaki anda.
5. Sekiranya anda tidak biasa turun bukit dengan laju, kawal kelajuan dari awal sebelum mula turun dan rancang langkah anda.
Ads
6. Melakukan senaman-senaman knee strengthening exercise yang menguatkan lagi otot-otot yang menyokong sendi lutut
Kalau kita lihat video pelari denai elit, kita boleh betapa lihat stabilnya setiap langkah mereka apabila setiap kali kaki mereka mendarat. Ini hasil otot-otot yang menyokong mereka itu kuat dan menjadikan sendi itu stabil.
Jadi kita kena sedar diri dan sedar kemampuan. Janganlah lari membuta tuli. Keseronokan larian masih boleh dikecapi dan kecederaan itu boleh dielakkan.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda dan dapat melakukan larian dengan lebih lancar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ahmad Afif Amran tidak boleh ketinggalan jauh kepada Kasma Daniel Kasmayuddin seandainya mahu kekal dalam pemburuan gelaran keseluruhan kelas CP150 pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos ini.
Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu berada di tangga teratas selepas perlumbaan pusingan keempat di Teluk Intan dengan kelebihan satu mata namun penamat di tempat ketiga sewaktu perlumbaan lepas di Selangor meletakkan Afif jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 67 mata, lapan mata ketinggalan kepada Kasma di tangga teratas dengan 75 mata.
Jelas Afif, menamatkan perlawanan dengan kedudukan terbaik amat penting buat masa ini untuk memastikan kekal dalam buruan gelaran.
“Tidak boleh berada jauh di belakang Kasma kalau mahu kekal bersaing. Saya cuba untuk mendapat penamat lebih baik sewaktu di Serdang tetapi gagal, mujur dapat menaiki podium dan tidak keciciran mata terlalu jauh.
“Saingan di Melaka minggu ini juga saya perlu kompetitif. Litar baru tidak memberi banyak kelebihan kepada sesiapa, tetapi pasukan mana yang memiliki jentera lebih baik dan cepat menyesuaikan diri dengan litar sudah tentu akan mempunyai kelebihan.”
“Saya perlu mencari peluang untuk menewaskan kasma, tetapi bukan mudah kerana semua tahu yang dia memang laju. Tambahan pula bentuk litar ini memberi kelebihan kepada pelumba dan jentera yang laju,” katanya.
Kombucha merupakan minuman kesihatan paling laris pada masa ini. Pastinya anda akan dapat melihat botol-botol kaca ini cantik terhias di atas rak kaca kedai trendi dan beberapa kedai makanan kesihatan dan restoran juga menawarkannya. Kombucha ini sebenarnya bagus untuk mereka yang mengalami kembung perut, pencernaan, dan membantu melawan keradangan. Namun benarkah minuman ini sesuai untuk kesihatan, atau kombucha salah satu minuman kesihatan yang hanya menawarkan manis?
Menerusi temubual seorang pakar Sains luar negara, Kombucha adalah sejenis teh berasaskan kultur bakteria dan ragi. Ia mengandungi probiotik dan prebiotik, yang membantu meningkatkan bakteria baik dalam usus anda, jelas Dr. Pasricha.
“Tidak banyak keraguan bahawa kesihatan usus yang baik adalah penting dalam mengekalkan kesihatan keseluruhan yang baik,” katanya kepada POPSUGAR. Oleh kerana usus anda mempunyai 100 triliun sel bakteria, memberi makan bakteria anda memberi kesan kepada sistem lain di dalam badan anda. Sebagai contoh, usus anda mengandungi 70 peratus sistem imun anda.
“Dysbiosis, atau ketidakseimbangan dalam bakteria usus kita yang baik dan buruk, telah dikaitkan dengan keadaan keradangan kronik seperti arthritis rheumatoid, aterosklerosis, penyakit usus radang dan juga obesiti,” katanya.
Kombucha, seperti makanan ternakan lain, juga meningkatkan penghadaman dan menguatkan sistem imun anda. Selain itu, kerana kombucha dibuat dari teh (biasanya teh hijau atau hitam), ia juga mengandungi polifenol, yang merupakan antioksidan yang dapat membantu memerangi radikal bebas, jelasnya. Polifenol juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko kanser.
Tetapi jika anda tidak biasa dengan minuman ini, atau makanan yang difermentasi secara umum, pengambilannya janganlah sekaligus. “Saya biasanya mencadangkan bermula dengan empat auns komubucha, dan meningkatkan jumlah secara berperingkat sehingga 12 auns untuk membolehkan masa mikrobiotik anda menyesuaikan diri dengan penggunaan secara tiba-tiba terhadap berbilion bakteria dalam usus anda,” kata Dr. Pasricha. “Jika tidak, seseorang boleh mengalami cirit-birit dan kembung.”
Oleh itu, walaupun kombucha tidak akan secara ajaib membuat anda menurunkan berat badan atau memperbaiki sistem penghadaman anda semalaman, ia akan membantu memberi makan bakteria pada usus anda, yang seterusnya diterjemahkan kepada kesihatan secara keseluruhan. Jadi cubalah!
*Sumber: Popsugar.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda ada niat mahu menghilangkan perut buncit? Cubalah sarapan tembikai setiap pagi. Jika ingin tahu manfaat tembikai lebih lanjut, semak ulasan berikut ini dan pastinya membuat anda rajin makan tembikai setiap pagi.
Tembikai tidak hanya rendah kalori, buah ini kaya nutrisi seimbang yang dapat menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Tambah buah tembikai ke dalam menu salad untuk sarapan. Selain menyegarkan, sarapan buah tembikai setiap hari boleh membantu untuk menjaga kekebalan dan kadar metabolisma tubuh anda. Dengan itu, anda akan terbebas dari penyakit dan melawan jangkitan.
Tembikai mengandungi sedikit kalori. Para pengkaji mengungkapkan, makan satu hidangan buah ini sama dengan anda makan kira-kira 28 kalori dan pasti tidak membuat tubuh anda cepat gemuk.
Terlepas dari penurunan berat badan, makan tembikai juga dapat mengurangkan tahap kolesterol tinggi, mencegah batu ginjal dan membantu dalam menjaga saluran pencernaan setiap hari. Lebih dari itu, dalam jangka panjang pengambilan buah tembikai juga bermanfaat untuk melindungi jantung terhadap penyakit dan stroke, iaitu vitamin yang disebut lycopene. Demikian dipetik di laman Boldsky.
1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris separa bulat.
2 sudu besar jus limau atau lebih -menurut citarasa
2 sudu besar minyak zaitun ekstra dara
1 biji tembikai tanpa biji – dipotong dadu
3 timun kecil – dibuang biji dan dipotong dadu
1 cawan keju feta – dihancurkan
1/2 cawan daun pudina – dihiris nipis
Masukkan bawang besar dan jus limau ke dalam mangkuk. Letak ke tepi untuk diperap selama 10 minit. Masukkan minyak zaitun dan kacau rata.
Masukkan kiub tembikai, timun kecil dan keju feta ke dalam mangkuk lebih besar. Masukkan campuran bawang besar ke dalam dan gaul rata.
Tabur daun pudina di atas salad dan tos.
Jika anda peminat salad atau mahu berdiet inilah menu yang mudah dan ringkas untuk anda cuba. Jika anda mahu menjimatkan masa, anda boleh sediakan salad ini dalam balang kecil dan sejukkan supaya anda dapat nikmati salad segera sepanjang minggu tanpa perlu bersusah payah lagi.
Sumber : Boldsky.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang