Profesion guru seringkali digambarkan dengan imej mulia, berdiri di hadapan kelas, mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.
Namun, di sebalik imej klasik itu guru-guru hari ini berdepan dengan landskap pendidikan yang jauh lebih kompleks dan mencabar berbanding dekad-dekad sebelumnya.
Kini menjadi guru bukan lagi sekadar mengajar subjek-subjek tertentu tetapi menangani pelbagai isu sosio ekonomi yang mempengaruhi bilik darjah secara langsung.
Salah satu cabaran asas yang perlu dihadapi guru era ini adalah realiti ketidaksamaan pendidikan. Maklumat yang ada jelas menunjukkan bahawa kualiti dan peluang pendidikan sering ditentukan oleh latar belakang seorang pelajar.
Ia sama ada status ekonomi keluarga, lokasi tempat tinggal (bandar dan luar bandar) atau latar belakang etnik.
Ini mewujudkan ‘padang permainan’ yang tidak rata di mana guru di sekolah kurang sumber perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan pelajar mereka mendapat pendidikan berkualiti setara dengan rakan sebaya di sekolah yang lebih bernasib baik.
Guru-guru inilah yang berdepan secara langsung dengan impak ketidaksamaan ini, cuba merapatkan jurang di tengah keterbatasan.
Tidak cukup dengan isu ketidaksamaan itu, kualiti pengajaran juga menjadi penentu kritikal kejayaan pelajar. Dan di sinilah cabaran lain muncul.
Perbezaan dalam latihan dan sokongan yang diterima oleh guru, terutamanya di sekolah yang memerlukan, boleh menyebabkan standard pengajaran yang tidak konsisten.
Ads
KEPIMPINAN KOLEKTIF
Seorang guru yang berkesan perlu bukan sahaja menguasai subjek, tetapi juga memiliki kemahiran pedagogi terkini yang selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan kompetensi kepimpinan untuk menginspirasi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan pembelajaran pelajar.
Ini memerlukan sokongan berterusan dan pembangunan profesional yang mungkin sukar diakses oleh semua guru, menambahkan lagi beban di bahu mereka.
Menyedari kompleksiti cabaran ini, jelas bahawa penyelesaian tidak boleh bergantung pada bahu guru secara individu semata-mata. Perubahan yang mampan dalam sistem pendidikan memerlukan kepimpinan kolektif.
Ini adalah idea bahawa semua pihak berkepentingan seperti guru, pemimpin sekolah, pelajar, pembuat dasar, ibu bapa dan komuniti perlu bekerjasama dengan tujuan dan pemilikan bersama untuk memacu perubahan.
Usaha bersendirian seorang guru, walau sehebat mana pun pasti tidak mampu menangani isu sistemik seperti ketidaksamaan pendidikan secara menyeluruh.
Ads
Di sinilah peranan organisasi seperti Teach For Malaysia (TFM) menjadi relevan. Mereka menawarkan pendekatan yang lebih mampan dengan merekrut individu berpotensi tinggi, bukan semata-mata untuk menjadi guru, tetapi sebagai Felo pengajaran dengan komitmen dua tahun di sekolah-sekolah kurang sumber.
Felo-felo ini membawa tenaga baharu, kepimpinan dan kaedah pengajaran inovatif yang membantu ‘meratakan padang permainan’ untuk pelajar yang sering ketinggalan.
VISI JANGKA PANJANG
TFM juga tidak berhenti di situ. Malah, mereka turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong guru sedia ada melalui pembangunan profesional dalam kemahiran PAK21 dan kepimpinan, serta membina platform untuk Alumni mereka terus memacu perubahan jangka panjang.
Visi jangka panjang TFM melalui Strategi 2030 mereka untuk membangunkan 30,000 pemimpin pendidikan sama ada sebagai pendidik, pemimpin sekolah, pembuat dasar atau penggerak komuniti.
Angka ini dipercayai menjadi titik perubahan untuk membina ekosistem pendidikan yang berkembang maju secara kolektif. Ini termasuklah memberi ruang untuk suara pelajar didengari seperti program Majlis Penasihat Kepimpinan Pelajar dan Suara Anak Malaysia yang mengiktiraf bahawa pelajar juga adalah sebahagian penting daripada penyelesaian.
Ads
Cabaran menjadi guru hari ini adalah pelbagai dan kompleks, melangkaui dinding bilik darjah.
Ia menuntut ketabahan, kemahiran yang sentiasa diperbaharui, dan keupayaan untuk beroperasi dalam sistem yang seringkali tidak sempurna.
Namun dengan sokongan serta pembangunan profesional yang berterusan dan yang paling penting usaha kolektif daripada semua pihak dalam ekosistem pendidikan, masa depan yang lebih adil untuk semua kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu impian yang mustahil. Guru kekal sebagai tunjang, tetapi perjalanan ke hadapan adalah perjalanan bersama.
Di Teach For Malaysia, bersama MASKULIN kami meraikan guru-guru yang telah mengubah hidup kami. Bersempena Hari Guru ini, adakah anda individu seterusnya yang bakal mencipta perubahan?
Mohon sekarang untuk menyertai Program TFM di teachformalaysia.org , Selamat Hari Guru!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti selalu kita dengar, anak-anak ini bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan, semasa mereka kecil, mereka memerlukan perhatian daripada kita. Sebagai seorang ayah, anda harus memberikan contoh yang terbaik. Walaupun kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu tetapi tahukah anda mereka sebenarnya akan cenderung mencontohi perilaku ayah berbanding ibu. Berikut adalah pesanan paling penting untuk lelaki bergelar ayah
1. Tunjukkan contoh terbaik depan anak
Anak-anak mudah mengikuti apa sahaja tingkah laku yang mereka lihat. Jadi sebagai seorang bapa, anda seharusnya memberikan gambaran yang baik untuk anak anda. Contohnya anda jangan pula bergaduh dengan isteri depan anak-anak. Tunjukkan kemesraan supaya anak anda sentiasa dihidangkan dengan perkara-perkara positif sahaja.
2. Sembunyikan tingkah laku negatif depan anak
Manusia tiada yang sempurna, kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, pastinya mempunyai tingkah laku yang buruk bukan? Sebaiknya jangan sampai anak lihat tingkah laku negatif di depan anak anda. Seperti menghisap rokok, bermain judi, melihat video yang tidak sepatutnya. Anak sedang membesar, anda adalah salah seorang ikon yang bakal diikutinya kelak.
3. Jangan marah anak sampai tak ingat dunia
Jika hendak menegur anak, jangan sampai sanggup memukul anak. Anak perlukan sokongan dan juga kasih sayang. Memang anak lebih takutkan ayah berbanding ibunya. Cukup anda menegur dengan cara baik dan tidak perlu naik tangan. Jika anda naik tangan dan memukulnya, anak anda pasti akan mengingatinya sehingga dewasa. Kesan pukulan tidak kekal di tubuh badan, namun kesannya di hati akan diingati sampai bila-bila
4. Rajin-rajin berbual dengan anak
Janganlah ayah asyik sibuk dengan kerja dan handphone sahaja. Kalau di rumah layanlah anak bercakap dan bermain. Kadangkala anak takut hendak bercakap atau bergurau dengan ayah sebab ayah terlalu serius dan garang. Tak hairanlah anak lebih senang berbual atau mengadu apa sahaja dengan ibu. Kata pakar sosiologi, anak yang berbual dengan ayahnya akan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berkomunikasi dengan ayah. Jadi, kalau nak anak bijak maka rajin-rajinlah melayan mereka bercakap ya para ayah!
5. Binalah hubungan rapat dengan anak
Kajian juga menunjukkan anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebih baik dan mengurangkan masalah sosial ketika usia remaja. Tentu kita biasa baca kisah anak-anak remaja yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Kebanyakan mengakui mereka tidak rapat dengan ayah masing-masing. Pendek kata sejak kecil tiada hubungan rapat dan interaksi dengan si ayah. Apabila meningkat remaja, mereka lebih selesa rapat dengan kawan-kawan. Akibatnya mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan tunjuk ajar daripada lelaki bergelar ayah!
Sumber: Ragamanak.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menghias dan mencari hiasan dalam rumah tidak memerlukan belanja yang banyak sekiranya korang tahu apa yang korang mahukan. Sebenarnya, jika kreatif, korang sendiri boleh menghasilkan pelbagai jenis hiasan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Contohnya, dengan menggunakan paip pvc, bermacam bentuk hiasan korang boleh lakukan.
Jika tak mampu melakukannya sendiri, upah rakan atau orang yang tahu membuatnya. Sekurang-kurangnya korang dah ada idea, paip pvc pun dah beli sendiri, cuma tinggal nak buat sahaja. Korang boleh tengok 11 idea deko menggunakan paip pvc seperti di bawah. Kreatif kan?
1. Tempat letak dedak ayam
Korang yang buat rumah atas tanah sendiri dan ada bela ternakan, memang sesuai buat benda ni.
2. Kerusi untuk anak-anak kecil bersantai di luar rumah
3. Tempat sidai tuala
Ini memang rare dan memudahkan sangat. Tak perlu campur aduk baju dengan tuala bila menyidai.
4. Tempat letak berus gigi
Comel dan jimat ruang. Siap boleh label nama untuk tahu siapa punya!
5. Tempat letak tuala kecil dalam bilik air
Bukan tuala saja. Macam-macam benda lain boleh letak.
6. Tempat letak buku
Sesuai di sekitar ruang tamu. Nampak stylish!
7. Meja kecil
Sesuai untuk diletakkan dalam bilik.
8. Hiasan Elegan
Kalau kena gaya potong dan dipadankan dengan perabot sedia ada, memang sangat sesuai untuk hiasan ruang tamu. Cek warna latar belakang (wallpaper/cat), kemudian padankan dengan warna paip. Terbaik!
9. Penyangkut baju serba guna
Nak jemur, hamparkan atau sangkut baju-mana mana pun boleh!
10. ‘Docking’ komputer riba
11. Tempat simpan kasut Atau Tudung
Ini memang biasa orang buat. Senang nak simpan kasut kesayangan yang banyak sangat itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jijoe memastikan sasaran 111 emas kontinjen tercapai. (Foto : MSN)
Jaguh dunia keirin, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melepasi sasaran yang diletakkan kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 ini.
Azizulhasni menghadiahkan emas keramat tersebut menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.
Tempat ketiga menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand yang menumbangkan cabaran pelumba Indonesia, Puguh Admadi, dalam perebutan gangsa.
Ini merupakan emas individu pertama Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe selepas menang emas pecut berpasukan di Korat 2007 bersama Junaidi Nasir dan Edrus Yunus.
Ketika ini Team MAS telah mengutip 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa manakala Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas, 72 perak dan 75 gangsa.
Team MAS dijangka menambah koleksi pungutan pingat emas apabila atlet negara bakal beraksi dipentas final dalam beberapa acara antaranya Silat, Perahu Layar, Badminton, Skuash , Luncur Air dan Hoki
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.