
Setelah dua tahun mengekalkan rekaan yang sama, Apple iPhone keluaran tahun 2019 kali ini akan menampilkan rekaan baharu.
Miliki 3 kamera

Perubahan yang dapat dilihat pada keluaran terkini adalah pada bahagian kamera kerana dikhabarkan Apple akan mengeluarkan iPhone yang memiliki 3 kamera.
Ditampilkan 3D TOF

Difahamkan, kamera ketiga yang dilengkapi pada iPhone kali ini adalah 3D TOF kerana pernah timbul ura-ura suatu masa dahulu, Apple membangunkan sensor 3D.
Dijangka September

Walaupun belum mengetahui apakah nama rasmi bagi model terbaharu Apple iPhone ini, ia dijangka bakal diperkenalkan kepada orang ramai September ini.
Pastinya lebih banyak kejutan selain perubahan terbaru yang bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi dan sebagai pengguna, mari kita sama-sama nantikan!
Lelaki Sekarang Ramai Yang Keterlaluan, Ini Gurau Senda Gaya Rasullullah

Biasalah, kalau kita suka bergurau. Gurau senda ibarat garam dan gula dalam makanan. Tanpanya kehidupan jadi hambar dan tawar. Tanpanya terasa hidup tidak indah dan hilang menarik. Malah gurau senda mampu jadi pengakrab sesuatu perhubungan dan mengindahkan sesuatu keadaan.
Namun begitu, bukan setiap ketika gurau senda itu perlu. Malah setiap gurau senda pasti ada hadnya. Tidak bermakna, dalam setiap keadaan kita harus bergurau dan bersenda sehingga menampakkan kita ini seolah-olah orang yang tidak serius dan hanya mahu main-main.
Agama Islam tidak pernah melarang kita bergurau senda, malah bergurau senda itu digalakkan sekiranya dapat menjadi pengakrab silaturahim. Yang dilarang adalah gurau senda yang tidak mengikut adab, yang terkeluar daripada yang sepatutnya. Berikut adalah garis panduan atau adab bergurau senda dalam Islam seperti amalan Rasulullah dan para sahabat.
Jangan keterlaluan
Terlalu banyak bergurau dibimbangi akan melalaikan kita daripada tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim. Bergurau secara melampau batas boleh melekakan daripada ibadat dan tugas untuk menegakkan kebenaran.
Bergurau secara terlebih-lebih juga boleh menyebabkan orang lain hilang hormat pada kita. Apatah lagi jika orang dewasa, pasti akan menjejaskan rasa hormat orang yang lebih muda terhadap kita. Boleh jadi dianggapnya kita ini orang tua yang tidak serius, tidak belajar apa-apa daripada pengalaman dan gemar mengambil mudah segala perkara.
Para sahabat Rasulullah juga bergurau sesama mereka tetapi dengan didikan Rasulullah, mereka mengambil serius dalam perkara yang serius. Rasulullah menegaskan hal ini dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan al-Baihaqi daripada Anas, “Aku bukan dari ahli yang bersuka-suka dan berseronok-seronok, mereka bukan daripadaku.” Hal ini juga dinyatakan dalam hadis riwayat Bukhari, “Para sahabat Nabi bergurau sesama mereka, namun dalam perkara yang benar, mereka serius.”
Pesanan Umar al-Khattab, “Sesiapa yang banyak ketawa akan mengurangkan kehebatan, sesiapa yang banyak bergurau akan jatuh darjatnya.” Oleh itu, bersederhanalah, tahu bila waktu perlu bergurau dan tahu bila waktunya perlu serius!
Jangan lukakan perasaan orang lain ketika bergurau
Bergurau senda memang disunatkan dalam kalangan keluarga dan sahabat handai, dengan syarat tidak menyakitkan hati mereka atau melukakan perasaan mereka. Hal ini antara yang selalu kita lupakan, kerana kita biasa mengambil mudah akan perasaan orang-orang yang akrab dengan kita. Malah apabila bergurau senda, kita terlupa bahawa mereka juga ada hati dan perasaan, lalu kata-kata kita menggores hati mereka tanpa kita sedari.
Daripada beberapa hadis Rasulullah, kita dapat belajar mengenai garis panduan bergurau agar tidak menyakitkan hati orang lain. Dalam Sunan Abi Daud dan al-Tarmizi daripada Abdullah al-Saib yang mendengar daripada bapanya (yang mendengar daripada) datuknya, dia mendengar Rasulullah bersabda, “Janganlah seseorang mengambil barang saudaranya dengan tujuan main-main atau betul-betul, dan sesiapa yang mengambil tongkatnya, hendaklah dikembalikan.”
Dalam riwayat Abu Daud daripada Abdul Rahman bin Abi Laila diceritakan, mengenai Rasulullah berjalan bersama-sama mereka dan salah seorang mereka tertidur. Ketika tidur, rakan-rakan ingin bergurau dan mengambil talinya menyebabkan dia terperanjat daripada lena. Melihat kejadian itu, Rasulullah menegur, “Tidaklah harus bagi seorang Muslim mengejek, memeranjatkan temannya.”
Dalam suatu peristiwa semasa peperangan Khandak, Zaid bin Tsabit bersama para Muslimin lain mengangkut tanah dan selepas itu berasa mengantuk lalu tertidur. Ketika itu datanglah Umarah bin Hazm mengambil senjatanya dengan niat mahu bergurau. Rasulullah melihat dan menegur perbuatannya.
Daripada kisah ini menunjukkan bahawa perbuatan bergurau senda ada had dan batas tertentu terutamanya dalam kalangan saudara-mara dan rakan taulan. Silap bergurau senda boleh buat persaudaraan tercalar dan persahabatan putus di tengah jalan. Itu yang perlu kita semua elakkan.
Elakkan menipu atau berdusta semasa bergurau
Ada kalangan kita yang bergurau senda kerana mahu menarik perhatian orang lain, terutamanya dalam sesebuah majlis. Selalunya mereka bergurau senda dengan membawa cerita-cerita yang direka-reka, dengan tujuan menceriakan suasana. Cerita-cerita yang direka ini kadangkala amat keterlaluan, lucah, malah boleh jadi bohongan semata-mata. Ini antara amalan yang ditegah oleh Rasulullah.
Dalam hadis riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai dan al-Baihaqi dinyatakan, Buhz bin Hakim mendengar daripada bapanya yang mendengar daripada datuknya bahawa Rasulullah bersabda, “Nerakalah bagi mereka yang bercakap bohong untuk mentertawakan orang lain, neraka baginya, neraka baginya!”
Dalam hadis riwayat Ahmad dan Tabarani daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Belum sempurna iman seseorang mukmin sehingga dia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan pertengkaran walaupun dia benar.”
Susulan Pembatalan Bazar Ramadan, MB Selangor Umum Inisiatif E-Bazar Ramadan Selangor Grab

Penganjuran bazar Ramadan di beberapa buah negeri pada tahun ini telah pun diumumkan pembatalannya. Malah di seluruh negara juga pembatalan sama juga dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
Penularan wabak COVID-19 menyebabkan pihak kerajaan beberapa negeri mengambil keputusan untuk tidak meneruskan program tahunan yang sentiasa dinantikan sempena munculnya bulan Ramadan.

Salah sebuah negeri yang paling awal membatalkan penganjuran baza Ramadan tahun ini ialah Selangor. Bagi membantu pihak peniaga yang terjejas teruk sepanjang Printah Kawalan Pergerakan dan pada bulan Ramadan nanti, Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini telah mengumumkan sebuah inisiatf baharu.
Menerusi kenyataan medianya, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dengan membina suatu ekosistem keusahawan baharu dengan kerjasama bersama syarikat penghantaran, Grab Malaysia.
Jelas beliau lagi, platform tersebut diberi nama ‘E-Bazar Ramadan Digital’. Inisiatif ini dijangka mampu membantu seramai hampir 17 ribu peniaga dan penjaja yang terkesan dan hiang mata pencarian.

KONSEP DI ATAS TALIAN SAHAJA
Menerusi bazar talian ini, pembelian hanya dibenarkan menerusi dalam talian menerusi aplikasi GRAB dan mematuhi segala aspek spesifikasi penyediaan makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sebanyak 15 buah lokasi di seluruh Selangor telah dikenal pasti sebagai dapur berpusat. Di peringkat kerajaan negeri pelaksanaannya akan diselaraskan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.
Semoga inisiatif ini mampu membantu peniaga-peniaga kecil untuk mendapatkan sumber pendapatan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Stay home and stay safe!
10 Adab Mandi Hadas Besar Yang Mungkin Selama Ini Anda Tak Tahu Atau Lupa

Perkara berkait dengan berhadas merupakan satu hal yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.
Apatah lagi buat anda sebagai seorang lelaki yang sudah atau bakal menjadi pemimpin keluarga. Hal-hal yang mungkin dianggap sudah sinonim ini merupakan satu perkara yang mungkin ada di antaranya sudah anda lupa.
Setiap iabadah yang kita lakukan pastinya mempunyai cara dan adab yang perlu kita patuhi.
Sebagai seorang lelaki dewasa amatlah penting untuk anda betul-batul tahu dan ikut cara mandi wajib dengan betul.
Setiap lelaki atau perempuan perlu tahu adab ketika mandi wajib atau mandi junub dan ia tidak boleh di pandang ringan. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Oleh itu amatlah penting untuk anda tahu aturan mandi wajib dengan betul sebelum melakukan ibadah lain.
Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.
Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji.
Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam
SUMBER: JAKIM VIA ISLAM ITU INDAH