Baru-baru ini, heboh berita mengenai seorang remaja perempuan yang menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang menggunakan kad pengenalan palsu.
Susulan itu, doktor selebriti Dr Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr Say tampil berkongsi cara untuk memeriksa kesahihan pentauliahan doktor untuk merawat pesakit jik anda mengesyaki mana-mana individu sebagai doktor palsu.
Bagaimanapun, panduan ini tidak boleh digunakan untuk memeriksa doktor gigi, doktor haiwan atau doktor falsafah (PhD).
Layari portal MeRITS
Foto: Tangkap layar laman web MeRITS.
Semudah membuat carian kata kunci “registered doctor” di laman Google, anda akan menemui MeRITS iaitu portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi maklumat para pengamal perubatan bertauliah di Malaysia
Kemudian, masukkan nama individu yang anda ingin periksa. Tidak mengapa jika anda tidak mengetahui nama penuh. MeRITS akan menyenaraikan semua nama penuh individu yang mengandungi nama yang and acari.
Foto: Tangkap layar laman web MeRITS.
Setelah menemui nama individu yang anda cari, anda boleh melihat sama ada individu itu boleh merawat pesakit atau tidak.
Tekan nama individu berkenaan, kemudian anda perlu menatal paparan skrin ke bawah hingga anda menemui nombor dan tahun bagi Annual Practicing Certificate (APC).
Hanya doktor yang memiliki nombor APC ini sahaja yang layak untuk merawat pesakit.
Ads
Menurut Dr Say, anda boleh menemui tiga kategori individu menerusi carian di MeRITS.
Kategori 1: Miliki Ijazah Perubatan & APC
Foto: Contoh rekod individu yang memiliki ijazah perubatan dan APC di laman MeRITS.
Menerusi hasil carian di MeRITS, anda boleh melihat jika individu tersebut mendapatkan ijazah perubatan dari institusi pengajian mana, tahun bila dan pemilikan APC nya.
Jika individu itu memiliki kesemua perkara tersebut, jelas dia adalah seorang doktor yang bertauliah dan boleh merawat pesakit.
Ads
Kategori 2: Miliki Ijazah Perubatan Tanpa APC
Foto: Contoh rekod individu yang memiliki ijazah perubatan namun tiada APC di laman MeRITS.
Ada juga individu yang memiliki ijazah sarjana muda perubatan namun tidak memiliki APC. Ini berkemungkinan individu berkenaan tidak menghabiskan tempoh latihan klinikal selepas graduasi (housemanship) atau pun tidak menghabiskan tempoh khidmat wajib.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini masih boleh menggunakan gelaran doktor, namun tidak boleh merawat pesakit sama ada di klinik, hospital, atau pusat perubatan.
Kategori 3: Tiada Ijazah Perubatan & APC
Ads
Foto: Contoh rekod individu yang tiada ijazah perubatan dan APC di laman MeRITS.
Kategori yang ketiga ialah individu yang tiada langsung ijazah perubatan apatah lagi nombor APC.
Individu ini sah seorang doktor palsu. Oleh itu, anda boleh melaporkan segera kepada KKM sekiranya anda mendapati individu berkenaan berpakaian seragam doktor di klinik atau hospital.
Dengan panduan ini, mudah untuk anda memainkan peranan untuk membanteras golongan doktor-doktor palsu.
Ingat, semakin mereka galak menjalankan aktiviti haram mereka, semakin banyak nyawa yang akan diperjudikan.
Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah.
Menurut satu statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia menjadi antara negara yang memiliki pesakit kencing manis paling ramai di dunia.
Data yang dikeluarkan oleh Spectator Index menunjukkan Malaysia menduduki tangga kelima dalam senarai pesakit kencing manis paling ramai di dunia.
Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, hati-hati dan sila berjumpa doktor supaya anda boleh mendapatkan penilaian kesihatan anda.
Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur.
Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.
Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk.
Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.
Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma.
Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.
Darah dalam air kencing adalah satu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat (enlarged prostate).
Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batu di pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitan pundi kencing, buah pinggang, atau uretra.
Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif.
Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia(kekurangan sel darah merah)
Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius.
Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu.
Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak.
Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah). Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).
Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan.
Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia(lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.
Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa.
Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihan Kekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.
Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong(tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius.
Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalan kesihatan ini.
Ada tak di kalangan ahli keluarga atau kenalan anda yang tampil segak bergaya seperti orang muda dan langsung tak nampak berusia seperti umur mereka?
Pernah tak anda tanya mereka apakah rahsianya? Tidak dinafikan sesetenganh orang dianugerahkan dengan faktor awet muda secara semula jadi dan pars rupa muda.
Namun tahukah anda ada tip mudah boleh anda amalkan untuk tampil awet muda!
Kali ini MASKULIN kongsikan 6 tip yang boleh dibuat untuk kekal muda walaupun anda sudah lanjut umur.
Lelaki kena buang tanggapan bahawa guna produk penjagaan kulit ini hanya golongan wanita sahaja. Ianya salah sama sekali, ketahuilah lelaki juga perlu gunakan produk penjagaan kulit untuk kekal segar dan nampak muda.
Selain itu, anda juga tidak perlu beli produk yang mahal serta berjenama, untuk permulaan guna sahaja produk cuci muka yang murah tetapi pastikan periksa dahulu kesesuaiannya terhadap kulit anda.
Habit suka tidur lewat sangat tidak sihat. Ini kerana anda bakal mengganggu waktu rehat yang diperlukan tubuh untuk digunakan semula pada hari esok.
Tidak cukup tidur adalah penyumbang utama masalah penuaan. Jadi pastikan tidur awal dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Rambut ibarat mahkota bagi wanita, bagi lelaki ia adalah tanjak terulung untuk menampakkan elemen gagah perkasa.
Jadi jika sebelum ini anda suka biarkan rambut anda panjang tidak terurus serta berbau, inilah masanya untuk ‘servis’ sedikit penampilan rambut.
Sekali-sekala usha potongan yang sesuai mengikut bentuk kepala ataupun pergi kedai gunting rambung, minta nasihat Penggaya Rambut, mereka lebih pakar stail apa yang sesuai dengan anda.
Jika anda rajin bersenam, percayalah penyakit seperti lemah jantung, sakit sendi tidak mudah menyerang tubuh anda walaupun umur meningkat.
Ini kerana jantung anda sudah dilatih untuk bekerja keras memastikan ia dapat mengepam darah yang segar ke seluruh badan. Penulis sendiri pernah berjumpa dengan lelaki yang sudah berumur 58 tahun, tetapi rupa paras serta kesihatannya seperti orang berumur 37 tahun.
Jangan pandang rendah kehebatan air kosong. Ini kerana dalam banyak-banyak air yang berperisa, air kosong adalah air yang amat diperlukan badan untuk menjamin kesihatan anda.
Air berperisa mengandungi jumlah gula yang sangat banyak hingga menjejaskan kesihatan kita. Kulit yang kering adalah kerana kurangnya air kosong dalam badan.
Lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Ia juga jika dibuat purata nisbah dari 5 orang lelaki, 3 pasti seorang perokok.
Kita setiap hari dihidangkan dengan kempen keburukan merokok, namun masih lagi terdapat ramai perokok di luar sana. Merokok membuatkan kulit anda kering, kusam serta memusnahkan kolagen yang sedia ada di wajah anda.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gatalnya bila kelemumur penuh di kepala. Paling memalukan bila anda menggaru kepala, ia jelas kelihatan bertaburan pada bahu.
Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah kelemumur ini, pastikan anda tanganinya segera. Jangan biarkan kulit kepala anda tidak sihat. Bimbang jika dibiarkam boleh menyebabkan rambut anda gugur sedikit demi sedikit.
Oleh itu, berikut adalah penerangan lanjut mengenai faktor, cara meningkatkan keberkesanan syampu anti kelemumur serta senarai dan jenis syampu yang dicadangkan oleh Public Health Malaysia (PHM).
Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur.
Bagi meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut. JANGAN gosok atau garu dengan agresif, ia akan akibatkan masalah kelumumur semakin teruk.
Jika penggunaan syampu tidak berkesan dapatkan pemeriksaan lanjut.
Jenis syampu untuk rawatan kelemumur
Berikut pula merupakan senarai syampu dicadangkan PHM:
Berdasarkan rajah yang dikeluarkan, terdapat 5 jenis fungsi syampu untuk rawatan kelemumur yang sesuai digunakan. Antaranya:
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.