
Mouthwash adalah jenis cecair cairan antiseptik yang berguna untuk membersihkan seluruh area rongga mulut dan digunakan dengan cara dikumur. Biasanya mouthwash ini digunakan setelah kita menggosok gigi.
Namun tahukan anda, mouthwash ini ada kegunaan lainnya yang orang ramai tidak tahu. Antaranya menhilangkan masalah bau ketiak yang sangat ketara serta ia bisa menghilangkan bakteria di mangkuk tandas.
Nah MASKULIN bawakan 4 kegunaan mouthwash selain dari kegunaan oral pada kulit anda.
#1: Hilangkan masalah bau badan terutamanya di bahagian ketiak
Cara-caranya tuangkan sedikit mouthwash ke atas bebola kapas atau kain bersih lalu sental ke bahagian bermasalah terutamanya di ketiak. Hilangan bau tengik dan bilas dengan air yang bersih. Cara ini akan daoat memberikan bau yang lebih segar.
#2: Menangani masalah kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air kemudian tuangkan mouthwash ke atas kulit kepala. Urut perlahan ke seluruh bahagian rambut sehingga rasa kedinginan. Balut kepala menggunakan tuala selama 20 minit. Lalu bilas rambut anda dengan menggunakan air bersih.
#3: Mengatasi masalah jerawat
Sapukan sedikit mouthwash ke seluruh muka setiap pagi dan malam sehingga jerawat anda mengecut dan hilang. Tidak perlu sental dengan apa-apa bahan atau berus.
#4: Hilangkan gatal-gatal akibat digigit serangga
Sapukan sedikt mouthwash di kawasan yang terkena gigitan serangga seperti nyamuk atau semut . Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi dari berbekas.
“Semua Adalah Hero Jika Tahu Peranan Masing-masing” Doktor Ini Minta Orang Ramai Ringankan Beban Doktor Yang Lain

“Kami negatif! Kini kami semua boleh berkerja untuk lawan COVID-19 bersama!”
Itulah kata-kata semangat seorang doktor yang dikenali sebagai Celine. Mana tidaknya sekarang ni banyak kes pesakit menipu ketika datang membuat ujian. Doktor-doktor dan nurse yang merawat kebanyakan menjadi mangsa.
Baca Selanjutnya: “Berterus Terang Itu Satu Kejujuran” Dr Ahamd Samhan
Menurut doktor berusia 28 tahun ini, selain daripada duduk di rumah, di sini ada beberapa cara lain orang ramai boleh membantu…
“Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan, sila taat dengan mengambil ubat tepat pada masanya. Terutamanya yang menghidapi asma, antihypertensive dan insulin.
“Elakkan datang dan di masukan ke hospital hanya kerana anda tidak mengambil ubat. Kerana ini akan benar-benar membantu kami dalam menagani masalah ini.
“Jangan merayau-rayu ketika di jalan raya. Kurangkan kemalangan kerana ia akan mengurangkan sedikit kes kecemasan.” Tulisnya di Facebook.
Dalam masa yang sama, doktor ini juga menasihati dan meminta ibu bapa untuk memasak masakan yang sihat dan berkhasiat untuk mengelakan ahli keluarga keracunan makanan.
Malah, dirinya turut meminta perokok jangan merokok di hadapan anak-anak kecil. Kerana ketika ini saluran penafasan mereka sangat sensitif dan dirinya mengaku masih menerima kes kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan dalam masalah (dan kebanyakannya berkaitan dengan merokok) sehingga kini.
“Malah, sekarang ini bukanlah masanya untuk meraikan perayaan. Makan dengan sederhana kerana kami tidak mahu menerima mana-mana pesakit yang menhidapi hiperglikemia atau muntah kerana terlalu berlebihan
“Bagi mereka yang mengalami penyakit jantung dan buah pinggang, sila disiplin diri. Jangan terlebih minum air hingga terpaksa datang kepada kami kerana air dah overload.
“Saya tahu ini pelik, tetapi tolong kawal perasaan amarah anda terhadap anak-anak, kami tidak mahu menerima apa-apa kes penderaan buat masa ini.
“Yang terakhir, jika anda ada temu janji di klinik (yang tidak serius seperti cek perkembangan anak contohnya) lebih baik anda telefon klinik atau hospital tersebut untuk tunda Tarikh check up tersebut kerana keadaan ini pasti dapat membantu kami semua.” Rayunya lagi.
Doktor ini juga berkata kepada MASKULIN, dia berharap agar kurangkan segala aktiviti melawat pesakit di hospital supaya kita semua boleh fokus memerangi COVID-19.
Malah dia turut memberitahu orang ramai juga adalah HERO jika mereka tahu peranan masing-masing dengan baik.
5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Mac Yang Wajib Tonton!

Indistri filem antarabangsa dan tempatan kini semakin bernafsu tinggi memperkenalkan pelbagai jenis karya dan juga jalan cerita.
Sepanjang bulan MAC, pelbagai jenis filem dari pelbagai jenis genre ditawarkan buat anda terutamanya kepada kaki wayang.
Jadi apakah filem yang menarik bakal memasuki panggung wayang sepanjang buklan MAC? Jom ikuti 5 filem yang wajib anda tonton berdasarkan pilihan MASKULIN sepanjang Mac 2019!
BACA: Confirm! Stephen Chow Bakal Hasilkan Filem Sekuel Aksi Komedi, ‘Kung Fu Hustle’
CAPTAIN MARVEL
GENRE: AKSI, SUPERHERO
TARIKH MULA TAYANGAN: 6 MAC 2019
Apa yang menarik?
Ini merupakan filem pertama dari Marvel Cinematic Universe (MCU) menampilkan adiwira wanita sebagai watak utama. Watak Captain Marvel dilakonkan oleh pelakon hebat Brie Larson. Menariknya Captain Marvel dikatakan sebagai adiwira paling kuat dalam MCU!
Kisahnya
Dengan setting latar belakang sekitar era 1990-an, Captain Marvel mengisahkan Major Carol Denvers seorang juruterbang wanita pesawat pejuang tentera udara Amerika Syarikat. Namun bila DNA badannya tercampur dengan makhluk asing dia berubah menjadi seorang adiwira memiliki kuasa luar biasa!
RESIDE
GENRE: SERAM
TARIKH MULA TAYANGAN: 7 MAC 2019
Apa yang menarik?
Ada sesuatu yang sangat menakutkan bila kita berbicara tentang filem seram dari Thailand. Filem ini tak terekcuali dengan rekaan set yang realistik serta gabungan pelakon jebat menampilkan Ananda Everingham, Ja Natthaweeranuch dan Ploy Sornarin.
Kisahnya
Sekumpulan ahli kultus dikenali sebagai The Jit Asongkhai yang dianggotai oleh Madame dan pengikutnya Dej, Prang, Kruea, Krit dan Nop berkumpul di sebuah rumah misteri. Di rumah tersebut mereka melakukan ritual untuk menghidupkan orang yang telah mati. Namun segalanya bertukar tragedi apabila ada kuasa jahat mula tampil.
MILLY & MAMET
GENRE: DRAMA, KOMEDI
TARIKH MULA TAYANGAN: 7 MAC 2019
Apa yang menarik?
Kalau pernah menonton ‘ADA APA DENGAN CINTA’ pastinya anda kenal dengan dua karakter ini. Ya, karakter Milly & Mamet merupakan dua karakter yang pernah muncul dalam filem cinta remaja legenda dari Indonesia tersebut!
Kisahnya
Milly dan Mamet kini sudah bergelar ibu bapa. Demi menjaga anak dan suami, Milly ambil keputusan untuk berhenti kerja manakala Mamet pula menangguhkan cita-citanya menjadi seorang chef dan bekerja di kilang milik bapa mertuanya. Apakah yang berlaku kepada pasangan ini setelah muncul cabaran yang bakal menggoncang rumahtangga mereka?
THE AFTERMATH
GENRE: DRAMA
TARIKH MULA TAYANGAN: 21 MAC 2019
Apa yang menarik?
‘The Aftermath’ membariskan pelakon-pelakon yang cukup berwibawa seperti Alexander Skarsgard dan Keira Knightley. Kisah yang berlaku sejurus selepas Perang Dunia Kedua ini membawa kita menelusuri sejarah yang epik.
Kisahnya
Selepas tamat perang, Rachael Morgan berpindah ke Hamburg untuk bertemu semula dengan suaminya, Lewis yang merupakan seorang berpangkat Kolonel tentera British. Namun selepas berpindah dia mendapati situasi agak sukar kerana pemilik asal rumah tersebut merupakan seorang janda tentera Jerman yang bersama dengan anak perempuannya.
DUMBO
GENRE: DRAMA, FANTASI, FAMILI
TARIKH MULA TAYANGAN: 28 MAC 2019
Apa yang menarik?
‘Dumbo’merupakan sebuah lagi projek dari Disney untuk melakukan adaptasi filem-filem dongeng mereka dalam bentuk real life. Menariknya filem ini menggabungkan teknologi CGI dan pelakon manusia sebenar.
Kisahnya
Adaptssi live-action ini membawakan ksiah seekor anak gajah unik yangh lahir disebuah sarkis. Sejak lahir dia sangat berbeza dengan gajah yang lain kerana memiliki telingan yang sangat besar. Namun Dumbo sebenarnya memiliki kebolehan di luar akal kerana boleh terbang menggunakan telinga!
Blind Date, Lelaki Gemuruh Atau Perempuan Terlebih Excited?

BLIND DATE
Maksud tersirat ‘blind date’ sebenarnya sama seperti pergi ditemu duga untuk mendapatkan pekerjaan. Anda calon yang dirasakan layak untuk ditemu bual. Debarannya sama kuat dan harapan yang diberikan sama tinggi. Lelaki dan wanita mengharapkan perkara yang sama iaitu keserasian. Kepada lelaki di luar sana, ini tanggapan wanita apabila keluar untuk ‘blind date’. Harap ia boleh membantu.
Perancangan Mendesak
Untuk apa pertemuan diadakan? Wanita menganggap pertemuan itu untuk mengenali hati budi lelaki luar dan dalam. Perkara ini sering tidak dipandang serius oleh segelintir lelaki. Amy, merupakan wanita yang pernah menghadapi blind date. Dia mengatakan lelaki yang ingin ditemuinya sudah sibuk merancang apa dan ke mana aktiviti mereka berdua walhal mereka tidak pernah bertemu.
“Malam sebelum bertemu, dia sudah merancang untuk kami menonton wayang dan sebagainya. Tidakkah dia sedar bahawa saya tidak pernah mengenalinya dan bagaimana untuk saya menonton wayang dengan orang yang saya tidak kenali? Lelaki harus sedar bahawa pertemuan seperti ini sekadar mengenali hati budi dan bukannya melakukan aktiviti lain.
Jika saya selesa dengannya, mungkin saya yang akan mengajaknya menonton wayang. Lelaki mudah berkata; “bukan buat apa pun”. Ya, memang benar tetapi saya wanita dan apa –apa perkara boleh berlaku.”
Lokasi dan Tarikh
Apabila wanita memutuskan untuk berjumpa pertama kali dengan lelaki yang tidak dikenali, anda harus terima hakikat bahawa mereka lebih selesa jika diberi kelonggaran memutuskan untuk memilih masa dan tarikh sesuai. Mereka mahukan keselesaan, biasalah, nama pun perempuan.
Pakaian
Pakaian buat pertemuan kali pertama sudah memberi jawapan tentang personaliti lelaki. Lupakan tentang kemeja-T pujaan anda. Sebelum bertemu, wanita sememangnya mahu melihat seorang lelaki yang tampil kemas untuk mengucapkan ‘hai’ kepadanya.
Siapa Nak bayar?
Ya, kebanyakan wanita masih lagi memegang kepercayaan lama bahawa lelaki harus secara rela hati membayar bil makanan pada pertemuan tersebut. Bukan semua tetapi sebahagian sahaja. Ia sebagai ujian tersirat menggambarkan personaliti anda.
Jika anda membayar, maka anda dianggap gentlemen. Bagi Maskulin, anda sebagai lelaki harus bertindak bijak. Jika pertemuan itu anda anggap gagal, jangan bertindak bodoh dengan memesan jumlah makanan yang banyak kerana ia akan memerangkap diri sendiri. Sebaliknya cukuplah hanya secawan kopi dan pembuka selera. Wanita jiwanya pemalu. Mereka akan memesan makanan sama seperti anda juga. Percayalah.
Asyik Dengan Telefon, No!
Bukan senang untuk berjumpa dengan orang asing, maka beri perhatian dengan situasi tersebut. Pertemuan pertama merupakan penggerak untuk memberi lebih keyakinan kepada kedua-dua belah pihak.
Jika wanita lihat lelaki tersebut seakan acuh tak acuh untuk bercakap dengannya, maka pertemuan itu terus dianggap gagal. Apatah lagi anda asyik melihat tab atau telefon. Jika anda pemalu untuk menatap atau bertanyakan soalan kepadanya, katakan sahaja bahawa anda seorang yang pemalu. Wanita mungkin akan memahami keadaan anda.
‘Entah’, ‘Ye Kot’, ‘Ya’
Jika anda sudah terpikat buat pertama kali, tunjukkan yang anda berminat dengannya. Setiap pertanyaan dan penjelasan harus menampakkan bahawa anda minat kepadanya. Tiada jawapan pendek seperti ‘Ya’, ‘Tidak’, ‘Ye kot’. Begitu juga wanita tersebut. Jika jawapan ini yang anda dapat daripadanya, maka anda boleh rumuskan pertemuan itu gagal dan jangan berharap daripadanya.
Jika tidak, panjangkan soalan yang mampu anda dan si dia berbual lebih lanjut serta bertukar-tukar pendapat agar keserasian itu lebih mendalam. Ehem…elakkan topik politik ya. Itu merupakan topik hangat yang boleh menggugat kemesraan sedang berputik.
Tidak perlu menunjuk-nunjuk
Jika anda mempunyai kereta mewah, motosikal berkuasa besar, jam mewah dan lain-lain produk yang mewah, tidak perlu menunjuk-nunjuk. Gerak hati wanita sungguh tajam dan dia tahu anda memiliki ‘benda’ tersebut. Cuma bergantung kepada wanita bagaimana yang anda jumpa ketika itu.
Jika wanita mata duitan, mereka akan segera bertanya tentang kemewahan anda sehingga lupa bertanya tentang perkara peribadi. Jika wanita yang tidak memandang kemewahan, mereka enggan peduli dengan semua itu. Apa yang mereka mahu tahu sekarang, sama ada anda serasi dengannya atau tidak.
Jadi ‘big boy’
Wanita amat suka bila anda menjadi diri sendiri dan bertindak seperti mahukannya. Jika pertemuan itu menerima respons yang positif daripada kedua-dua pihak, maka anda harus yakin untuk mengambil alih situasi tersebut. Bukan merancang seakan esok mahu berkahwin tetapi yakinkan bahawa anda mampu menjadi lelaki yang boleh diharapkan.
Jangan Menipu
Tidak perlu menipu itu ini begitu begini. Jika tertarik kepadanya, terus terang sahajalah siapa diri anda yang sebenar. Wanita tidak mahu mendengar cerita ‘gebang’ kehebatan anda, sebaliknya mahu tahu anda bercerita perkara yang benar. Apa masalahnya jika anda bekerja di kilang botol sebagai operator pengeluar daripada berbohong bekerja di Jabatan Awam?
Jangan Sentuh Sesuka hati
Blind date adalah perkara yang harus tidak dipandang mudah. Perlakuan anda perlu dikawal. Walaupun anda seorang yang romantik, tetapi simpan dahulu sifat itu pada pertemuan ini. Dia tidak tahu anda bagaimana orangnya. Dalam fikiran dia mungkin anda seorang stalker, lelaki gila seks atau pendesak dan lain-lain.
Jika anda terlalu awal menyentuh tangannya, si dia mungkin menganggap anda individu yang menakutkan. Wanita amat mudah, jika dia mula menyukai anda, mereka yang akan memberikan respons positif. Contohnya, merangkul lengan anda sewaktu berjalan.
Jangan Bagi Harapan Palsu
Sewaktu pertemuan dan mengakhirinya adalah perkara yang amat penting. Jika anda tidak mahu meneruskan perhubungan tersebut, just say it. Tidak perlu memberi janji, “Saya akan call awak malam ni” atau “Jangan lupa SMS saya”. Ayat-ayat seperti ini sebenarnya memberi harapan kepada si wanita.
Jika mahu katakan mahu, jika tidak, diam seribu bahasa sudah memberi jawapan positif kepada mereka. Walaupun perit mereka masih boleh menerimanya berbanding janji palsu anda itu. Apabila anda bertindak begini, wanita akan menganggap anda lelaki yang tidak boleh dipercayai.