Apabila menonton sesebuah filem aksi, boleh dikatakan hampir semua penonton sering teruja dengan babak stunt yang dipamerkan oleh para pelakon.

Mengambil contoh seperti filem John Wick, Abang Long Fadhil dan juga Paskal, selain pelakon utama, orang-orang di sekeliling yang bertarung sama harus diberi pujian.

Bagi penulis, keghairahan mereka untuk menjayakan sesebuah babak itu sehingga menampakkan teraju utamanya sebagai seorang hero tercapai.

Selain Relakan Diri Dirempuh Kereta, Stunt Actor Ini Bongkar Cerita 5 Latihan Brutal

Bongkar cerita balik tabir

Dalam entri kali ini, Maskulin mendapatkan seorang stunt actor dari Endau Mersing, Johor, Eddy Sharizan yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Selain banyak terlibat dalam filem aksi tempatan, Eddy juga pernah terlibat dalam projek luar negara seperti dari United Kingdom menerusi drama Strike Back Musim 7.

Boleh dikatakan hampir setiap filem yang melihatkan stunt, pasti ada Eddy dan juga pasukannya sebagai ‘tulang belakang aksi’ dan penghidup jalan cerita.

Eddy yang menyertai team Trick Martial Art Malaysia berkata, sokongan keluarga dan rakan-rakan adalah kekuatan untuk dia melakukan pelbagai aksi stunt.

Team Trick Martial Art Malaysia (#mytma) yang diterajui dua pemuda, Azimat Shamsudin serta Nidal Haiqal antara yang menjadi titik awal Eddy jatuh cinta dengan dunia stunt ini.

Selain Relakan Diri Dirempuh Kereta, Stunt Actor Ini Bongkar Cerita 5 Latihan Brutal

Dan selepas beberapa tahun, Eddy menyertai pasukan aksi lagak ngeri (Laksamana Stunt Team) yang diterajui oleh Riki Rikando Idris dan Ayes Shaukat Fonseka.

Sehingga kini Eddy masih aktif melakukan aksi lagak ngeri (stuntman) dengan beberapa pasukan lain.

Selain itu Eddy kini begerak secara solo jika kerja-kerja aksi yang tidak melibatkan pasukan.

IKLAN

Relakan diri dirempuh kereta & mampu terbalikkan kereta

Kongsi Eddy, antara latihan brutal yang sering dilakukan bersama pasukannya adalah latihan dirempuh kereta atau pandu kereta sehingga terbalik paling mencabar.

Ini kerana ia melibatkan nyawa yang boleh membawa padah,sudah tentu babak tersebut memang sangat berisiko.

Babak aksi kereta terbalik memerlukan ciri-ciri keselamatan yang sangat penting seperti cage bar, safety belt for stunt driver, neck safety serta helmet.

“Dirempuh kereta? Tak mati ke?” Sudah tentu tidak kerana kebanyakan stunt actor ini memiliki ilmu untuk mengelak daripada maut dalam kemalangan tersebut.

Malah kalau ilmu itu dikongsi kepada masyarakat umum, jika tidak panik, pasti boleh mangsa boleh terselamat daripada rempuhan.

Kata Eddy, jika ada kereta menghampiri dengan laju, mangsa perlu lonjakkan badan ke atas kereta, bukan tahan dengan peha untuk dilenyek sehingga masuk ke bawah kereta.

Selain Relakan Diri Dirempuh Kereta, Stunt Actor Ini Bongkar Cerita 5 Latihan Brutal

“Mangsa perlu pastikan peha dapat mendarat dia atas bumper hadapan kereta terlebih dahulu dan lekapkan diri buat seketika sehingga kereta itu benar-benar berhenti.

IKLAN

“Itu adalah trik ringkas dan sebab itu kalau penonton perasan, stunt actor akan bergolek di atas kereta apabila ada babak rempuhan. Itu adalah teknik rahsianya,” ujar Eddy.

Latihan guna pedang

Kalau melibatkan latihan bersenjata seperti keris, pedang, parang dan kayu pula, Eddy menegaskan kesefahaman antara pasukan amat diperlukan.

Ini kerana silap langkah, rakan sepasukan boleh tercedera dan untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku, latihan asas dengan senjata dummy sering digunakan.

“Sehari kami ambil masa satu hingga dua jam untuk berlatih gerakan tempur dengan senjata di studio latihan.

“Biar pun gerakan itu sudah lekat dalam ingatan si pemain, latihan tetap perlu dilakukan kerana ia melibatkan stamina serta kerjasama,” katanya.

Stunt bakar diri paling gila

Umum sedia tahu bahawa api sangat panas dan jika tiada perlindungan, api boleh membakar tubuh manusia dengan begitu sahaja.

Namun untuk menjayakan filem aksi yang mempunyai elemen manusia terbakar atau dibakar, double body (stunt man) sering diperlukan untuk melakukan aksi ini.

IKLAN

Sehubungan itu, latihan membakar diri juga perlu diadakan dan menerusi latihan itu, ahli pasukan akan mengenal pasti peralatan yang sesuai untuk digunakan sebagai penebat.

Jadi pelakon aksi lagak ngeri tidak akan terbakar begitu sahaja sekali gus nyawa juga tidak terkorban begitu sahaja.

Sakit ditembak?

Sebenarnya tidaklah sakit mana apabila ditembak kerana ia lebih melibatkan teknik lakonan dan letupan kecil di badan.

Fungsi letupan kecil itu adalah untuk memberi kesan sementara untuk pelakon bereaksi dengan babak tersebut.

“Jadi untuk mengelakkan salah timing atau lakonan tersembut nampak fake, latihan adalah perkara wajib untuk dilakukan.

“Andai kata dalam masa sehari stunt actor perlu menjalani latihan tersebut, itulah namanya kerja dan keghairahan dalam melakukan aksi luar biasa,” katanya.

Terjun atau jatuh dari tempat tinggi

Aksi ini juga antara yang biasa kelihatan dalam kebanyakan filem tempatan dan juga luar negara.

Kata Eddy, ada stunt actor yang sememangnya memiliki kepakaran untuk terjun dari bangunan tinggi ke bawah dengan selamat.

“Namun dalam masa sama, untuk kegunaan filem, tali khas sering digunakan untuk menyokong pergerakan pelakon,” kongsinya.

Selain bebas dari risiko kemalangan seperti maut, teknik tersebut juga mencabar diri Eddy dan rakan pasukannya untuk jadi lebih berani dan verstail.

Berserah kepada Allah

Apa-apa pun, Eddy menegaskan setiap pekerjaan yang dilakukan itu haruslah selamat dan risiko untuk orang di sekeliling tercedera adalah sifar.

Selain meletakkan kepercayaan pada diri, Eddy meletakkan Allah pada tempat pertama sebagai kekuatan rohani sebelum melakukan sesuatu aksi lagak ngeri!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI