Suami adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menguruskan soal kewangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Namun ada waktunya, lelaki menanggung beban dari sudut ekonomi yang sukar diungkapkan tetapi berpendapat, ia boleh diselesaikan.
Lebih-lebih lagi selepas menyelesaikan segala komitmen bulanan seperti bil air, elektrik, telefon serta pelbagai lagi sehinggalah memasuki fasa pertengahan atau hujung bulan.
Semua ini dirahsiakan dan kalau boleh janganlah ada ahli keluarga tahu bahawa nilai baki dalam akaun misalnya cuma tinggal RM50 sahaja kerana :
IKLAN
Japanese family relaxing in vacation
1. Tidak mahu isteri risau
Isteri adalah insan yang paling disayangi dan suami sesekali tidak mahu membiarkan isteri jadi risau. Kalau isteri tahu baki akaun semasa, dia pasti hilang mood dan tidak bersemangat. Memang kejujuran diperlukan, tetapi kalau sampai isteri pun jatuh semangat memang tak best.
2. Mahu isi rumah anggap kewangan masih stabil
Biarlah tinggal RM50, RM40 atau RM30 sekali pun, isi rumah tak perlu tahu nilai akaun milik suami semakin berkurangan. Menjadi budaya kaum lelaki, apabila ada masalah, penyelesaian pasti akan berlaku dan isteri serta anak tidak perlu runsing sama.
IKLAN
3. Sanggup korbankan keperluan diri
Isteri mengidam nak makan tom yam, susu anak pun nak kena beli dan anda baru bercadang nak tukar tayar motorsikal. Demi keluarga, berbekalkan simpanan yang semakin berkurangan, suami rela abaikan keperluan diri asalkan hajat anak dan isteri dapat dipenuhi.
IKLAN
4. Tahu adanya jalan penyelesaian
Sama seperti salah satu point di atas, kekurangan wang cuma masalah kecil yang boleh diselesaikan. Sebagai suami, cara yang kerap dilakukan adalah dengan kerja lebih masa atau buat dua kerja dalam masa sehari. Namun hasilnya, kebahagian anak dan isteri bermain di mata suami.
5. Tidak mahu dilihat gagal
Suami mana mahu dilihat gagal di mata isteri? Walaupun baki dalam akaun macam tak cukup sehingga hujung bulan percayalah.. Allah itu akan sentiasa membantu hambaNya dengan cara yang paling tidak disangka-sangka.
Lagi pun sesebuah perkahwinan sering mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Justeru, tidak peliklah ketika anda ikhlas berusaha untuk membantu keluarga, ada kalanya anda dapat rezeki terpijak. Betul tak?
Malam ini tepat 0830 malam, Malaysia akan membuka tirai memburu tiket Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang mana skuad Harimau Malaya bimbingan Jurulatih Negara, Tan Cheng Hoe akan menentang Pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.
Jika ditanya kepada peminat bola sepak tempatan, pasti akan teringat peristiwa pemain negara yang terpaksa pulang dari stadium ke hotel menaiki kereta perisai atau lebih dikenali sebagai Baracuda. Ia terjadi disebabkan banjiran penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan kemenangan pasukan Harimau Malaya.
MASKULIN ingin mengimbau kembali antara insiden yang terburuk pernah menimpa pemain negara sepanjang bertandang ke Istana Garuda Indonesia.
1. Tahun 2018
Pasukan Harimau Muda ketika itu sedang bertarung dalam saingan Piala AFF Bawah 19 Tahun menentang Indonesia di Jawa Timur. Pemain negara telah dibaling botol serta objek keras oleh peminat Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan dalam saingan separuh akhir piala tersebut.
2. Sukan SEA 2011
Ketika saingan Sukan SEA 2011 dan Indonesia menjadi tuan rumah, pasukan negara telah berjaya memenangi ibu segala pingat selepas menewaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.
3. Piala AFF 2010
Permulaan kepada insiden naik Baracuda adalah ketika Malaysia bertandang ke Geloran Bung Karno untuk aksi timbal balik dengan membawa bekalan sebanyak tiga gol ke Indonesia dan sekaligus memenangi perlawanan tersebut dengan pungutan empat gol berbalas 2.
Diharapkan perlawanan pada malam ini berlangsung dengan aman walaupun sudah kedengaran khabar yang tidak menyeronokkan dari bumi Jakarta, Indonesia.
Jika anda baru mula bekerja, pastinya rasa berkobar-kobar untuk mendapatkan gaji yang pertama. Hujung bulan pun belum sampai, tapi anda sudah ada senarai untuk membeli-belah. Ingat! Gaji yang anda terima itu bukan alasan untuk berjoli. Sebagai orang yang baru bekerja, sebaiknya anda bijak menguruskan kewangan.
Menerusi laman Facebook, Amir Syahir berkongsi panduan menguruskan kewangan untuk orang yang baru bekerja. Untuk orang muda, sila baca ini!
Tahniah aku ucapkan kepada anak muda yang baru menghadapi scene baling topi konvokesyen ke udara secara berjemaah.
Sekarang sudah masanya korang memulakan hidup sebagai pekerja. Mulakan dengan membuat pelan dan menguruskan kewangan sendiri.
Antaranya;
1. Mulakan Dengan Menyimpan Pendapatan
Apabila dah dapat gaji sendiri terus mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Janganlah nak tunggu gaji tinggi baru nak belajar menyimpan. Simpan RM100 sebulan pun okay. Kalau tak mampu sangat, simpan la sebulan RM50 sebagai permulaan.
2. Merangka Bajet
Belajarlah merangka bajet untuk mengetahui kemana duit korang akan pergi.
Pandai-pandai koranglah merangka perbelanjaan bila dah dapat gaji. Tapi ingat, bila buat bajet tu kena ikut kemampuan sendiri, bukan ikut kemampuan orang lain ye.
3. Monitor Perbelanjaan
Dah ada bajet kewangan, korang kenalah pantau dan pastikan tidak terlalu lari daripada bajet. Kalau bulan ni kantoi, bulan depan korang kena bagi mantap balik. Ini tidak, setiap bulan rabak, susah jugek. Tambah-tambah lagi bila nak pujuk makwe merajuk. Korang terpaksa beli barang yang mahal.
Jangan pandai buat bajet je tapi tak guna. Jangan jadikan bajet korang hanya sebagai hiasan.
4. Mulakan Melabur
Mulakan melabur di instrument pelaburan yang diyakini. Duit korang boleh cepat bertambah. Boleh mula di TH ataupun ASB. Nak melabur guna ASBF boleh juga. Kumpul duit deposit rumah dengan tool ASBF. Korang boleh disiplin menyimpan. Jangan masuk skim cepat kaya dah la ye.
5. Rancang Matlamat
Rancanglah matlamat masa hadapan. Sediakan pelan untuk 3, 5, 10 tahun akan datang dan pelan jangka panjang. Kalau takde perancangan susah korang nak nampak apa yang korang nak capai pada tahun-tahun mendatang.
If you fail to plan, you plan to fail. Jadi, fikir-fikirkanlah.
6. Tangguhkan Kehendak
Siapa yang tak nak naik kereta mewah, pakai baju berjenama, ber-selfie depan cermin tandas sambil pegang IPhone X ataupun lepak dekat pondok teduh di Pulau Bora-Bora kan
Tapi ingatlah, tak rugi kalau korang tangguhkan seketika segala impian tu. Gaji korang mungkin rendah lagi sebab baru je bekerja. Lagi 5-10 tahun bila gaji korang dah kencang beli lah apa yang korang nak beli pun.
7. Perlindungan Takaful Dan Tabung Kecemasan
Peruntukkan sedikit kewangan korang untuk membuat dana perlindungan diri sendiri. Kalau korang dah buat takaful di usia muda, bayaran bulanan lagi murah dan rendah. Korang juga buatlah tabung kecemasan untuk menghadapi saat-saat yang getir serta berliku. Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Tuhan.
***
Di samping itu, korang kena ELAKKAN;
1. Beli Kereta Mewah Sebagai Kereta Pertama
Kalau korang gaji RM2000 lebih, tapi dah nak pakai Honda Civic susah lah. Takkan beli sekadar nak pakai bawa makwe jalan-jalan je. Tapi pergi kerja naik bas. Punya tak de bajet nak isi minyak kereta.
Korang beli kereta biasa pun okay. Beli kereta terpakai dulu. Kalau korang anak lelaki naik motosikal pun best. Masa hujan boleh merapatkan ukhuwah bersama brader-brader motor di bawah jambatan sambil berkongsi makan biskut Chipsmore.
2. Guna Kad Kredit
Kalau asyik guna kad kredit tapi tak pernah bayar penuh setiap bulan, baik berhenti daripada guna kad kredit. Kad kredit boleh dikatakan pembunuh senyap pengurusan kewangan korang.
3. Jadi Penjamin Pinjaman
Kalau pak sedara sebelah awek korang nak jadikan korang penjamin pembiayaan peribadi dia, korang tolak lah mentah-mentah tanpa perlu berfikir panjang. Bukan apa, banyak kes orang jadi penjamin ni selalu tersempit dan terhimpit.
4. Pinjam Duit Bank Untuk Kahwin
Bila korang dah rancang nak kahwin lepas habis universiti tu, kalau boleh tak payah lah pinjam duit bank. Pandai-pandai korang lah. Nak buat ASB ke, simpan dekat Tabung Haji ke. Kumpul sendiri ataupun pinjam duit adik-beradik sendiri.
***
Jangan lupa nak bayar balik PTPTN tu. Karang korang nak pergi travel dekat Maldives ke, Bandung ke akan tersekat. Masa tu mulalah nak benci ke PTPTN. Masa nak sain borang PTPTN tunggu lama pun takpe, janji dapat duit PTPTN.
Perjalanan kerjaya dan liku-liku kehidupan korang masih panjang. Jangan mudah putus asa dan mudah berpuas hati dengan prestasi semasa. Keluar daripada zon selesa dan belajarlah ilmu baru setiap hari.
Perangai nak emo bila tengok pakwe bluetick mesej WhatsApp tapi tak balas tu korang dah boleh kena kikis dah. Kena mula berfikir di luar kotak. Kah!
Selepas perkahwinan, pasangan suami isteri akan melalui fasa yang serba mencabar. Manis dan indah itu memang ada namun berjayakah kita mengharunginya seumur hidup?
Tambah-tambah lagi banyak betul trend artis sekarang berkahwin-cerai dan ia memberikan gambaran yang cukup buruk pada imej ikatan yang suci itu.
Ada yang berkahwin atas suka sama suka tetapi penghujungnya, dengan selamba mereka berkata, dah tiada jodoh.
Tidak! Jodoh itu ada dan anda sedang memilikinya. Jika ada masalah, selesaikan dan jadilah matang.
Bukan masih amalkan perangai budak WeChat yang kalau tak suka terus tinggal. Kalau boleh para suami tolonglah bertegas dalam pelbagai hal termasuk :
1. Berbelanja kurang dari pendapatan
Anda dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok belok barangan yang diperlukan di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh membelanjakan wang sesuka hati. Kami sarankan anda membeli satu atau dua perabot dahulu pada bulan pertama mengikut keutamaan.
2. Rujuk orang berpengalaman
Kaedah pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku, majalah atau pengalaman melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.
3. Ubah tabiat zaman bujang
Siapa kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan? Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang. Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan hal keluarga ataupun simpanan di masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga lain lebih bijak mengendalikan urusan kewangan untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah.
4. Tentukan matlamat
Biasanya selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan sebelum merancang untuk berkahwin.
5. Agihkan pendapatan
Setelah mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik, perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk waktu kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu dirancang.
6. Rekod perbelanjaan sebenar
Ramai pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan perbelanjaan sebenar. Harus diingat! Melalui rekod perbelanjaan ini kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan berbanding ketika membuat perancangan perbelanjaan. Jadi mulai saat ini, pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit yang dibelanjakan.
7. Nikmati hidangan di rumah
Tabiat makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu diingat, selepas berkahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan.
8. Buat belanjawan bersama
Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.
9. Ukur baju di badan sendiri
Bagi anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin pada waktu inilah masing-masing sedaya-upaya memenuhi impian setiap pasangan. Anda tidak perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih peranan mengawal perbelanjaan.
10. Kumpul duit lebihan barang dapur
Siapa kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur tidak boleh mencecah sehingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Kadang-kala juga duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan kecemasan seperti membaiki kereta rosak dan juga kemalangan yang tidak diduga.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...