Sebagai seorang pemain bola sepak profesional penglibatan dalam pertukaran dan penghijrahan ke kelab lain adalah satu asam garam yang normal dan perlu diikuti dengan penuh profesional.

Itulah yang dilalui oleh pemain muda muda yang mempunyai potensi cukup luar biasa, Luqman Hakim. Terbaru, pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini telah disahkan menyertai sebuah kelab profesional dari Liga Iceland iaitu UMF Njardvík.

Menurut Astro Awani, penyertaan Luqman ke kelab Iceland tersebut adalah secara pinjaman dari kelab asalnya berpangkalan di Belgium, KV Kortrijk. Berita perpindahan secara pinjaman tersebut diumumkan oleh UMF Njardvík menerusi laman media sosial mereka.

Selepas Di Belgium, Luqman Hakim Kini Berkelana Ke Kelab Iceland
Foto: Sinar Harian

“Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.

“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior,” jelas kenyataan dari kelab tersebut.

IKLAN

Tambah mereka lagi, Luqman juga merupakan seorang pemain cukup berkaliber selepas tersenarai di antara 60 pemain muda berpotensi pada tahun 2019.

“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman,” tambah kenyataan kelab itu lagi.

IKLAN

Dalam sebuah video yang dimuat naik laman media sosial UMF Njardvík menunjukkan simbolik pesawat MAS mendarat di Iceland. Ia dikuti dengan paparan Luqman sedang menimang bola dalam kondisi padang dipenuhi salji.

Selepas Di Belgium, Luqman Hakim Kini Berkelana Ke Kelab Iceland

Iceland merupakan negara yang sentiasa terdedah dengan musim sejuk sepanjang tahun. Jadi amat menarik untuk melihat bagaimana Luqman Hakim menyesuaikan diri dan beraksi dalam kondisi yang sejuk seperti ini.

IKLAN

Selamat maju jaya buat Luqman dari kami di MASKULIN. Buktikan anak Malaysia mampu beraksi dalam apa jua kondisi!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Kredit: Astro Arena

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI