Gaya hidup minimalis kini semakin popular dalam kalangan masyarakat, terutama bagi mereka yang merasa terbeban dengan banyaknya barang di sekitar mereka.
Pada dasarnya, gaya hidup ini mengajak kita untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dan mengurangkan segala yang tidak memberi kebahagiaan atau nilai tambah dalam kehidupan kita.
Apa Itu Gaya Hidup Minimalis?
Minimalisme adalah gaya hidup yang membebaskan kita daripada terikat dengan barang-barang yang jarang digunakan atau tidak memberi manfaat.
Ia adalah cara untuk menjalani kehidupan yang lebih sederhana, bebas daripada kekacauan dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang benar-benar penting sahaja.
Gaya hidup minimalis mengajar kita untuk berhenti mengejar keinginan-keinginan yang tidak perlu, serta mengurangkan gangguan yang datang daripada hal-hal yang tidak memberikan makna dalam hidup.
Mengapa Gaya Hidup Minimalis Boleh Membawa Kebahagiaan?
Mengurangkan Stres dan Kekacauan
Memiliki terlalu banyak barang atau pilihan boleh membuatkan kita rasa tertekan, terutamanya bagi mereka yang cenderung ‘OCD’ atau gemar memastikan segala-galanya teratur.
Rumah yang penuh dengan barang atau ruang kerja yang sempit boleh mengganggu fokus dan mengurangkan produktiviti.
Ads
Dengan mengurangkan barang-barang yang tidak digunakan, kita dapat mencipta ruang yang lebih luas, teratur dan tenang seterusnya memberikan rasa ketenangan di dalam diri.
Fokus pada Perkara yang Lebih Penting
Dengan mengurangkan barang-barang yang tidak memberi makna, kita lebih mudah memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang benar-benar berharga seperti keluarga, persahabatan, hobi atau pencapaian peribadi.
Gaya hidup minimalis mengingatkan kita untuk berhenti mengejar hal-hal material yang hanya memberikan kepuasan sementara dan sebaliknya beralih kepada pengalaman yang lebih bermakna dan berkesan.
Memberi Waktu Lapang dan Tenaga untuk Diri Sendiri
Apabila kita tidak lagi sibuk membeli barang atau menjaga koleksi yang tidak penting, kita mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri.
Waktu ini boleh digunakan untuk aktiviti seperti bersenam, ‘healing’ atau melakukan perkara-perkara yang kita minat tanpa memikirkan kekacauan.
Ads
Ini memberi kita peluang untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan lebih baik.
Bijak Menguruskan Kewangan
Gaya hidup minimalis juga dapat membantu kita lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Dengan mengurangkan pembelian barang-barang yang tidak diperlukan, kita boleh menabung lebih banyak, melabur untuk masa depan atau menggunakan wang untuk pengalaman yang lebih memberi kebahagiaan jangka panjang.
Ia mengubah kita menjadi lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan dan menjauhkan diri daripada pembelian impulsif.
Gaya Hidup Minimalis, Bukan Sekadar Tren, Tetapi Pilihan!
Gaya hidup minimalis bukan sekadar trend sementara yang datang dan pergi. Ia adalah satu pilihan untuk hidup dengan lebih sedar, lebih ringan dan lebih bermakna.
Ads
Dengan mengurangkan barang-barang yang tidak diperlukan, kita membuka ruang untuk kebahagiaan yang lebih besar dan baik dari segi mental, fizikal mahupun kewangan.
Gaya hidup minimalis mengajarkan kita bahawa kebahagiaan tidak terletak pada barang semata-mata atau pencapaian material, tetapi pada kesederhanaan dan kemampuan untuk menghargai apa yang kita ada sekarang.
Jika anda merasa terperangkap dalam kitaran konsumsi yang tiada henti, cuba terapkan sedikit elemen gaya hidup minimalis dalam kehidupan anda dan lihatlah bagaimana hidup anda menjadi lebih ringan, lebih tenang dan lebih bahagia.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.
Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki melayu tidak tahu erti romantik. Lelaki di Malaysia selalu di label ego. Namun hakikatnya, lelaki melayu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki barat, mereka lebih cenderung kepada sifat menunjuk-nunjuk kasih sayang. Tengok saja kelakuan mereka jika mereka ingin melamar teman wanita mereka, sungguh romantis. Angan-angan wanita tak akan jadi kenyataan, kerana lelaki melayu tidak dapat memuaskan hati anda dengan aksi-aksi gula macam tu. Namun, ini yang mungkin wanita terlepas pandang, bahawa lelaki melayu juga punya tahap romantisnya yang tersendiri.
Alihkan barang
Sebagai contoh ketika wanita sedang mengemas rumah, kebanyakkan lelaki Melayu tidak akan ikut campur urusan rumah. Ini kerana bagi mereka, tanggungjawab isteri adalah mengemas rumah. Namun dalam pada wanita tidak perasan, ketika sedang vacuum lantai ruang tamu, lelaki yang sedang ralit dengan tv atau telefon pintar akan mengalihkan barang-barang yang berdekatan dengannya seperti majalah yang jatuh di atas lantai, atau apa saja yang lokasinya di lantai. Tindakkan mereka terlalu santai sehingga wanita tidak perasan langsung.
Bawa Makan Luar
Lelaki yang menyayangi pasangannya, pasti tahu penat lelah pasangan mereka. Ini dapat dilihat dari sifat mereka yang rajin membawa pasangan keluar makan. Kalau biasa kita ke gerai mamak atau mana-mana gerai, pasti penuh dengan pasangan melayu kan? Ini kerana, lelaki Melayu tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, maka dengan belanja pasangan makan di luar sudah romantis bagi mereka. Jangan harapkan lelaki akan bawak pasangan ke candle light dinner, itu jarang akan berlaku pada pasangan melayu.
Hantar sebelum tengah malam
Ini bagi pasangan yang masih belum berkahwin. Mengapa kami cakap macam ni? Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tahu hukum dan adat, pasti akan menghantar anak dara orang balik pada waktunya. Fakta yang ni bukanlah tepat 100%, namun wanita yang mempunyai teman lelaki bersifat sebegini, sila jangan lepaskan ye.
Sabar
Seorang lelaki yang penyayang akan bertahan dengan pasangan mereka tak kira apa pun yang terjadi. Seperti contoh kalau di pusat membeli-belah dan anda melihat pasangan sedang bertekak, Cuba anda perhatikan lelaki tersebut, mereka akan bertindak membatukan diri. Ini kerana mereka lebih memilih untuk diam kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Di sini biasanya wanita menganggap bahawa lelaki tersebut pengecut dan terlalu mengikut kata pasangan. Namun ini cara mereka menjaga aib pasangan di khalayak ramai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.