Selain dunia bola sepak, dunia ragbi juga turut bersimpati atas nasib malang pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang melecur tahap empat akibat disimbah asid, baru-baru ini.
Legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams juga turut serta memberikan kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya itu dan mengharapkan Faisal Halim tabah serta sabar dapat menjalani ujian itu.
Kata-kata Sonny dikongsikan SFC menerusi satu klip pendek di laman Instagram pasukan itu, semalam.
“Assalamualaikum saudaraku Faisal. Sonny Bill Williams di sini. Saya hanya ingin mengucapkan semoga Allah memudahkan urusan kamu dan keluarga.
Ads
“Saya doakan yang terbaik untuk saudaraku Faisal. Insya-Allah kekal kuat kerana dengan kesukaran pasti akan datang kesenangan.
“Insya-Allah kesenangan itu akan hadir lebih cepat daripada yang kita jangkakan,” kata Sonny.
Raih Perhatian Bintang Bola Sepak Luar Negara
Terdahulu, insiden Faisal disimbah asid itu juga mendapat perhatian daripada bintang bola sepak dari luar negara.
Ads
Dua pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan buat Faisal.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Onana yang juga penjaga gol kebangsaan Cameroon turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Selangor itu.
Bermula dengan sekadar angan-angan seorang kanak-kanak melihat ahli gusti profesional Amerika Syarikat (AS) menerusi kaca televisyen, Ayez Shaukat kini berjaya bergelar sebagai ahli gusti profesional hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan belum wujudnya industri gusti di Malaysia ketika dia bermula dahulu, kegigihan Ayez Shaukat merealisasukan angan-angannya itu sekaligus menjadikannya pelopor industri gusti profesional di negara ini.
Ayez mengakui usahanya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkembangan baik dari usahanya dapat dilihat hanya selepas lebih 10 tahun.
Cita-cita Ayez sudah pun ditetapkan dalam perancangan hidupnya sejak kecil lagi disebabkan begitu minat menonton rancangan gusti dari luar negara yang disiarkan di kaca televisyen tempatan.
“Semua kenal siapa Stone Cold, siapa The Rock, siapa Undertaker semua. Jadi saya salah seorang yang tengok gusti daripada zaman itu dulu dan memang rasa obsess,” ujarnya kepada Maskulin
“Jadi memang daripada kecil dah memang tetapkan dalam otak saya nak jadi seorang ahli gusti profesional”.
Kini, Ayez bukan sahaja sudah mempunyai pengalaman bergusti bersama syarikat gusti profesional seperti Ohio Valley Wrestling (OVW) dan Reality of Wrestling (ROW), dia juga berjaya muncul di kaca televisyen AS bagi sukan itu.
Sebagai seorang ahli gusti profesional, Ayez tidak menafikan yang sukan itu merupakan satu bentuk hiburan sukan.
“Memang betul gusti ini adalah berlakon, berskrip. Kita (ahli gusti) tidak pernah cuba tipu kalian pun. Saya seorang penghibur, seorang pencerita.
“Gusti ialah hiburan sukan. Saya tak kisah orang nak kutuk ke sebab selera orang berbeza-beza. Ada yang minat, ada yang tak minat,” tegas Ayez.
Seperti sukan yang lain, gusti juga tidak terlepas dari sebarang risiko kecederaan.
Antara kecederaan yang telah dialami oleh Ayez termasuklah terkehel lutut kiri dan kanannya.
Selain bergiat aktif dalam sukan gusti profesional, Ayez juga seorang penggiat industri perfileman Malaysia.
Ayez merupakan seorang pengarah, pengarah aksi serta pelakon aksi.
Antara projek akan datang yang Ayez terlibat adalah seperti “Kahar: Kapla High Council” dan juga “Takluk: Lahad Datu”.
Bekerja di dalam dua industri ini, Ayez menyimpulkan yang menjadi seorang ahli gusti profesional tidak jauh berbeza dengan seorang pelakon lagak ngeri.
Yang membezakannya adalah, aksi ahli gusti dilakukan secara langsung, spontant, tanpa cut dan suntingan.
Ramai lelaki cuba elak bawang putih kerana bimbang mulut berbau. Tapi, menurut kajian saintifik, makanan berbau kuat ini sebenarnya mampu menjadikan bau badan lelaki lebih seksi, dominan dan menarik di mata wanita.
Ya, ini bukan mitos. Kajian dari Universiti Stirling, Scotland dan Universiti Charles, Republik Czech membuktikan bahawa pengambilan bawang putih boleh mempengaruhi persepsi bau badan lelaki.
Dalam kajian tersebut, seramai 42 lelaki dibahagikan kepada tiga kumpulan:
Kumpulan pertama makan bawang putih mentah.
Kumpulan kedua mengambil kapsul bawang putih.
Kumpulan ketiga langsung tidak mengambil bawang putih.
Kesemua responden dikehendaki mengelak daripada merokok, mengambil alkohol, atau memakai deodoran. Mereka diberikan kapas untuk diletakkan di bawah ketiak selama 12 jam bagi mengumpul sampel bau peluh.
Selepas itu, kapas-kapas tersebut dihidu dan dinilai oleh 82 wanita.
Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil bawang putih sama ada mentah atau dalam bentuk kapsul dinilai mempunyai bau badan lebih menarik, lembut dan maskulin berbanding lelaki yang tidak mengambil bawang putih.
(Sumber: Roberts, S. C., & Havlíček, J. (2016). “Effects of garlic consumption on body odor attractiveness: a cross-over trial.” Appetite, 97, 51-56. DOI:10.1016/j.appet.2015.11.001)
Rahsianya terletak pada kandungan antioksidan, allicin dan sebatian sulfur organik dalam bawang putih. Bahan ini membantu menyingkirkan toksin dalam badan, melawan bakteria, serta meningkatkan kesihatan dalaman.
Apabila tubuh lebih sihat dan bersih, bau peluh lelaki jadi lebih neutral dan segar – sekali gus membuatkan lelaki kelihatan lebih sihat, bertenaga dan dominan di mata wanita.
Kajian juga menunjukkan bahawa pemakanan bawang putih boleh mempengaruhi tarikan seksual kerana bau badan adalah salah satu faktor utama dalam pemilihan pasangan secara semula jadi.
Selain menjadikan bau badan lebih menyenangkan, bawang putih turut memberi kesan positif kepada kesihatan seksual lelaki. Beberapa kajian mendapati:
Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan menyokong fungsi jantung.
Ia mempunyai potensi untuk meningkatkan libido dan daya tahan ketika bersama pasangan.
Lelaki yang mengalami masalah ereksi (ED) juga boleh mendapat manfaat kerana bawang putih merangsang pengeluaran enzim dan melancarkan aliran darah ke organ reproduktif.
Bawang putih bukan sekadar bahan dapur biasa. Ia adalah “booster maskulin” yang mampu menjadikan lelaki lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih menarik di mata wanita.
Jadi, jangan takut dengan baunya. Cuba masukkan bawang putih dalam diet harian – sama ada dalam masakan, kapsul, atau dimakan segar. Kadang-kadang, rahsia untuk tampil seksi dan dominan bukan terletak pada minyak wangi mahal, tetapi pada apa yang anda makan.
👉 Maskulin Tip: Jika bimbang mulut berbau, ambil bawang putih bersama daun pudina segar atau kunyah sedikit parsley. Masalah selesai, aura maskulin tetap kekal!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelumba baharu, Bio- Ray AHM Racing Team, Mohd Affendi Rosli mengharapkan keputusan penghijrahannya mampu membawa keputusan positif menjelang perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, pada 14 dan 15 November ini.
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.