Semua orang memiliki impian mahu menjadi seseorang yang cukup hebat dan disegani sebaik sahaja menginjak usia dewasa.
Lebih-lebih lagi cita-cita itu tertanam sejak kecil dan tak pernah padam dalam hati. Walau apa cara sekali pun, impian itu mesti terlaksana.
Sama kisahnya dengan seorang pemuda di Indonesia, Alvin Adithya Darmawan yang sanggup menyamar untuk menjadi seorang juruterbang kerana itulah impiannya.
Dilihat berlegar-legar
Jumaat lalu, Alvin telah mengenakan berpakaian seragam menyerupai seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia.
Lebih ‘rare’ lagi, Alvin juga memiliki kad pengenalan anak kapal Garuda yang dibawa bersamanya setiap masa.
Ujar Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan, Alvin yang merupakan juruterbang palsu itu dilihat berlegar-legar di sekitar terminal sebelum berjalan untuk daftar masuk.
Berdasarkan rakaman yang ada, Alvin berjalan untuk mendaftar masuk ke kaunter syarikat penerbangan yang beroperasi pada pukul 11.40 pagi.
Akhirnya terkantoi
Walaupun Alvin merasakan penyamarannya sudah cukup bagus, dia akhirnya terkantoi apabila bertembung dengan juruterbang Garuda, Kapten Andre yang curiga melihat Alvin.
Kapten Andre mengambil keputusan untuk bersembang dengan juruterbang palsu itu dan dia mula curiga dengan jawapan yang Alvin berikan.
Kebanyakan soalan tidak dapat dijawab dengan jelas dan Kapten Andre terus melaporkan kehadiran lelaki terbabit kepada pegawai keselamatan.
Obses nak jadi pilot
Ketua Unit Siasatan Jenayah Soekarno-Hatta, James Hasudungan Hutajulu memaklumkan, setelah siasatan menyeluruh diadakan, lelaki itu sebenarnya merupakan salah seorang penumpang penerbangan Garuda ke Semarang.
Alvin Adithya dikatakan obses mahu menjadi seorang juruterbang sejak dari kecil namun amat menyedihkan, dia pernah gagal dalam permohonan jurusan selepas tamat sekolah menengah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI