Bercinta dah lama, siap habis semua kasih sayang dan rindu pun dikeluarkan. Itu tak termasuk dengan setiap masa yang diluangkan.

Si gadis pun setialah menunggu bagai nak rak, mengharap dapat melangkah ke fasa yang seterusnya iaitu alam perkahwinan yang lebih halal dan sah.

Namun si lelaki sering mengelak dan berdiam diri ketika bercakap soal ini. Sehubungan itu, salah atau tidak jika si dia pergi tinggalkan anda?

Bagi penulis selagi lelaki itu tidak memahami dan bersedia untuk berdepan dengan komitmen, ia tidak salah kerana lelaki tidak harus ‘menyeksa hati’ gadis lama-lama.

Kenali apa itu komitmen

Komitmen dalam sesebuah hubungan membawa maksud anda bersedia menanggung susah payah bersama dan bertanggungjawab atas segala permasalahan yang berlaku.

Anda juga akan bersedia dari semua segi seperti kematangan berfikir, kewangan, kebijaksanaan menangani masalah, masa dan tenaga

IKLAN

Dalam masa sama, anda benar-benar bersedia menerima baik buruk pasangan dan sanggup terima risiko asalkan dia benar-benar jadi milik anda.

Jauhi lelaki takut komitmen

Sehubungan itu, kebanyakan wanita menasihati semasa mereka supaya menjauhkan diri daripada lelaki yang berperangai sedemikian.

Bukan apa, sudah sedap dan puas sebelum berkahwin namun apabila diminta untuk bertanggungjawab dan menghalalkan wanita, pelbagai alasan diberikan.

Kajian juga membuktikan lelaki yang takut berkomitmen ini sebenarnya belum cukup puas dan mahukan kebebasan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

IKLAN

Lelaki jenis ini tidak mahu bakal isteri memberi arahan mengenai kehidupan mereka dan kajian mendapati 38 peratus responden takut akan komitmen manakala 29 peratus lagi gusar tentang situasi kewangan yang tidak kukuh selepas berkahwin.

Bagaimanakah tanda-tandanya?

1. Suka mengelak memperkatakan soal hubungan hinggalah hala tuju perkahwinan.

2. Memberi alasan apabila diajukan persoalan atau perbincangan mengenai hubungan anda dan si dia.

3. Mencari salah pasangan agar terlepas daripada kesalahan sendiri.

IKLAN

4. Tidak berikan kerjasama, berdolah dalih, mengambil masa dan sering mengelak apabila melihatkan sesuatu perkara.

5. Sukar dihubungi dengan mematikan telefon, memutuskan hubungan di talian mahupun di alam maya. Tiada lagi komunikasi dua hala.

Tip buat kaum wanita

1. Amalkan etika berpasangan dan berkasih secara sederhana. Jangan berikan tekanan kepada si dia.

2. Sentiasa menasihatinya dan berikan dorongan bahawa komitmen hanya akan membuatkan si dia lebih bertanggungjawab akan segala tindakannya.

3. Berikan dia masa untuk berdikari terlebih dahulu. Jangan menuntut yang bukan-bukan pada awal perhubungan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI