Dicungkil bakat menerusi program Mimbar Pencetus Ummah (PU), Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih mesra dipanggil Riz sedar mengenai persepsi orang ramai yang sukar menerima pendakwah muda sepertinya terlibat dalam  dunia hiburan. Dia tidak mahu skeptikal, kehadirannya bukan berteraskan populariti, namun nilai dakwah adalah tunjang utama yang ingin dia taburkan.

Tidak Diskriminasi Golongan LGBT, Bimbinglah Mereka Ke Jalan Yang Benar_PU RIZZ

USTAZ SELEBRITI

“Mendapat pendidikan di Sekolah Imtiaz Terengganu,  di situ saya mula mendekati nilai dan didikan agama secara telus. Lebih yakin kerana kerap menyampaikan tazkirah kepada rakan-rakan bak satu latihan untuk saya mengasah bakat terpendam dalam memberi ceramah dan penyebaran ilmu secara total.

Dari situ saya mula ada keyakinan dalam pengucapan awam dan setelah tamat program realiti itu jugalah saya disunting untuk bersama memeriahkan industri seni tempatan. Walaupun tahu pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal menimpa saya sendiri telah memberi batasan agar tidak melakonkan babak bersentuhan dan masih menjaga pergaulan dalam setiap watak yang diberikan. Saya masih tahu batas dan menjaga nama baik seluruh rakan pendakwah, namun laluan  saya sedikit berbeza kerana saya mahu mendekati golongan belia secara lebih kontemporari dan santai. Biarlah orang berkatam tetapi penyampian dakwah itu perlu sampai dan diterima dengan mudah dan memberi impak.

IKLAN

Tidak Diskriminasi Golongan LGBT, Bimbinglah Mereka Ke Jalan Yang Benar_PU RIZZ

Pada mula menyertai industri hiburan, pelbagai cerita saya dengar, kebanyakannya memang menggusarkan. Lambakan golongan transeksual dan homoseksual sering kedengaran, namun  tidak pernah deskriminasi. Saya sendiri mempunyai ramai rakan-rakan sebegitu, selagi ada niat untuk berubah ke jalan yang baik, tahu apa yang dilakukan itu salah, ia sudah memadai. Jangan pernah menghukum mudah golongan ini, saya selesa didampingi mereka kerana serba sedikit saya boleh berkongsi ilmu dan mengajak mereka kembali mencari jalan yang lurus dan tidak terus terpesong.”

KEBEBASAN BERSUARA

IKLAN

“Saya bukanlah individu yang terlalu vokal melemparkan pandangan, saya akan menjawab persoalan jika ada yang bertanya, dan sekiranya anda ditegur itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda.

Sebenarnya saya kurang setuju dengan kebebasan bersuara yang semakin dipertahankan. Mengapa Allah cipta mulut dan lidah kita hanya satu, mata dan telinga dua, ini adalah kerana kita perlu lebih memerhati dan mendengar dari banyak berkata-kata. Sememangnya berdebat untuk sesuatu isu baru itu sangat penting, namun jika kerap berdebat ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan akhirnya kita perlu ikut segala yang dituntut oleh  agama dan Islam. Bila berdebat tiada siapa mahu tewas, jadi kurangkan berkata-kata dan usah keluarkan sesuatu yang boleh mencetuskan perdebatan.”

IKLAN

Tidak Diskriminasi Golongan LGBT, Bimbinglah Mereka Ke Jalan Yang Benar_PU RIZZ

MASALAH BELIA SEMAKIN KRONIK

“Saya lihat apa yang semakin sukar untuk dibendung kini adalah masalah seks bebas di kalangan anak muda, pengguguran bayi dan masalah cinta sesama kaum sejenis yang semakin tular dan diterima. Jika dahulu saya tidak tahu akan masalah ini ada di kalangan masyarakat Melayu khususnya, rupanya ia semakin kronik dan perlukan pemerhatian serius pelbagai pihak.

Saya sendiri pernah melalui beberapa pengalaman sedih, melihat mayat golongan transeksual yang tidak dituntut oleh waris. Ahli keluarga malu dan mayat tidak disemadikan dengan sempurna, ini memang aib dan janganlah anda jadi sampai begini. Kita semua akan mati, jadi jika rasa tahu memang kita ada lakukan adalah salah, cepat-cepat bertaubat dan kembali dekatkan diri dengan agama. Tidak salah bertanya, dengar nasihat kerana hidayah Allah itu tiada siapa yang boleh meramalnya.”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI