Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu ramai di antara kita yang terpaksa bekerja dari rumah. Kini selepas negara kita semakin pulih dari penularan wabak Covid-19, hampir semua sektor ekonomi dan kegiatan sosial telah dibuka semula.
Namun masih ramai syarikat yang memberikan pilihan atau masih meneruskan sistem bekerja dari rumah untuk kakitangan mereka. Bagi anda yang masih bekerja dari rumah semestinya ruang kerja itu satu perkara yang sangat penting.
Walaupun bekerja dari rumah namun amatlah penting mempunyai ruang khas di mana anda boleh menumpukan perhatian menyiapkan tugasan kerja tanpa sebarang ganguan.
Mengubah tempat di dalam rumah menjadi ruang kerja adalah satu cabaran terutama bagi anda yang sudah berkeluarga atau tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Jadi bagaimanakah anda boleh ubah ruang tamu atau ruang rehata menjadi pejabat sementara anda menjadi lokasi selesa untuk bekerja?
Syarikat pengeluar cat terkenal, Jotun telah sudi berkongsi beberapa tip berguna bersama MASKULIN untuk merealisasikan impian anda mengubahnya menjadi ruang bekerja di rumah.
IKLAN
HIASI DENGAN WARNA
Ruang untuk anda bekerja haruslah mempunyai aura yang selesa dan menenangkan. Jika ia kusam dan malap itu hanya menjadikan mood anda lebih suram. Pada bahagian dinding lebih cerah anda boleh cat dengan beberapa lapisan cat high-gloss. Walaupun ia mungkin berbeza warna namun padanan tersebut boleh membangkitkan keharmonian.
IKLAN
RUANG LEBIH CERAH
Untuk lebih bersemangat bekerja anda semestinay mahu ruang kerja yang cerah. Apatah lagi untuk mengerah idea yang mungkin suasananya banyak mempengaruhi anda. Pilihlah ruang kerja yang berada berdekatan dengan tingkap. Gunakan cahaya semula jadi yang masuk ke ruang tamu sebagau sumber cahaya utama. Ia juga membuatkan ruang kerja nampak lebih besar.
IKLAN
MASA RELAKS
Selepas beberapa jam menghadap kerja pastinya anda mahu berehat seketika. Antara cara terbaik untuk hilangkan tekanan kerja ialah dengan bermain permainan video atau board game. Sediakan stesen permainan atau rehat berdekatan ruang kerja anda. Namun pastikan ia tidak menggangu perjalanan kerja anda.
SERLAHKAN PERSONALITI
Jika di pejabat anda mempunyai kubikel atau meja sendiri. Di situlah anda akan serahkan personaliti dengan segala macam hiasan. Lakukan perkara sama di ruang kerja di rumah. Ia akan membantu mood anda serta memberikan mentaliti bahawa anda sebenarnya di tempat kerja.
Anda boleh lakukan eksplorasi ubah suai dengan pelbagai warna dengan menggunakan Jotun’s Color Design App (App Store dan Google Play). Visualkan warna ruang pejabat anda di rumah dengan pelbagai warna di https://getyourpaint.jotun.my/ e-service yang kini boleh didapati di seluruh negara.
MASKULIN yakin kebanyakan daripada anda mesti memiliki microwave atau ketuhar gelombang mikro di rumah bukan? Apatah lagi ia merupakan perlatan yang cukup senang digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Penggunaan microwave di rumah mampu menjimatkan masa kerana ia hanya ambil masa beberapa saat dan minit sahaja untuk memanaskan makanan atau memasak makanan segera.
Bagi anda seorang lelaki yang sentiasa sibuk dan terkejar-kejar dengan masa pastinya kewujudan microwave di kediaman sangat membantu.
Tapi adakah adakah selama ini anda menggunakan microwave dengan betul?
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis kesalahan lazim yangh sering dilakukan oleh pengguna microwave. Selalu tanamkan dalam minda, beringat sebelum kena!
GUNA BEKAS TAK SELAMAT HABA
Sebelum menggunakan microwave anda harus kenal pasti sama ada bekas yang digunakan mempunyai label keselamatan selamat-haba. Kebiasaannya bekas plastik mempunyai logo selamat-haba.
Logo ini biasanya mempunyai bentuk microwave dengan haba. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan tidak memanaskan makanan menggunakan bekas tersebut. Sebaiknya pindahkan makanan dan panaskan dalam bekas kaca tahan haba atau seramik.
Ingat ya, jangan sesekali menutup bekas makanan yang diletakkan di dalam microwave menggunakan styrofoam! Anda juga tak bolleh guna penutup balutan plastik dan beg kertas kerana ia mengandungi bahan kimia merbahaya dan boleh meresap ke dalam makanan.
TAK GUNA PENUTUP
Ramai orang ambil jalan mudah dengan panaskan makanan menggunakan microwave tanpa penutup. Penggunaan penutup makanan boleh menhindari anda daripada bahaya. Selain itu ia juga boleh panaskan makanan anda lebih sama rata. Percikan makanan di dalam microwave juga boleh dielakkan.
MASUKKAN SUDU ATAU GARFU
Ini antara kesalahan yang boleh mengakibatkan kerosakan teruk pada microwave dan membayakan keselamatan anda. Jangan masukkan dengan sagaja atau tak sengaja perlatan besi seperti sudu dan garfu ke dalam microwave. Ini boleh mencetuskan api dan juga letupan kecil.
PANASKAN MAKANAN MUDAH MELETUP
Jangan ingat semua jenis makanan boleh dipanaskan dan dimasak dengan menggunakan microwave ya! Pernah berlaku kes di mana seorang pengguna memasukkan telur tanpa dipecahkan ke dalam microwave. Hasilnya, telur itu meletup dan terpercik keluar seperti letupan.
LEPAS DIPANASKAN TERUS MAKAN
Sebaiknya biarkan makanan yang dipanaskan menggunakan microwave rehat seketika agar haba boleh merebak sama rata. Usahlah tergopoh-gapah untuk makan dengan cepat. Nanti terkena bahagian yang panas melecur pula bibir dan lidah.
PASANG DAN TINGGAL
Elakkan daripada meninggalkan makanan yang sedang dipanaskan di dalam microwave tanpa pemantauan anda. Ini untuk elakkan orang lain membukanya secara tak sengaja akibat tak perasan. Atau dibuka oleh kanak-kanak. Tunggulah ia selesai dipanaskan, bukannya ambil masa terlalu lama pun.
Dalam sebulan lebih lagi kita akan menyambut kedatangan bulan mulia, bukan penuh keberkatan Ramadan. Pada waktu inilah penggunaan microwave sangat berguna terutamanya ketika nak panaskan makanan ketika bersahur.
Semoga anda boleh elakkan melakukan kesilapan lazim dilakukan pengguna lain.
Kempen global yang dibawa oleh jenama Timberland kini turut diraikan di Malaysia. Menerusi kempen ini, Timberland ingin memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya budaya kitar semula serta menanam semula pokok di kawasan-kawasan yang telah musnah akibat pembangunan.
Menerusi kempen globalnya, Timerland telah melancarkan misi untuk menanam sebanyak 50 juta pokok di seluruh dunia. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak yang mempunyai suara besar seperti artis, selebriti, influencer dan juga pihak media.
Timberland Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sebuah bengkel istimewa bersama beberapa media sosial influencer dan juga pihak media. MASKULIN turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada perserta bengkel tersebut.
Bengkel yang bersifat TERRA-FUN-RIUM itu merupakan kerjasama bersama Timberland Malaysia dan ME.REKA, (sebahagian daripada Biji-Biji Malaysia). Ia juga secara tak langsung melancarkan kempen Nature Needs Heroes di Malaysia.
Setiap peserta bengkel bersama-sama mencipta terra-fun-rium menggunakan botol air minuman terpakai, batu-bata, tanah dan juga pokok kaktus.
Menurut Pengurus Pemasaran Jenama Timberland Malaysia, Karen Ong berkata kempen ini diharapkan mampu memberikan impak yang besar bukan sahaja di peringkat dalam negara malah seluruh dunia.
Di antara selebriti laman media sosial yang turut hadir pula ialah Dennis Yin, Jeremy Teo, Sherlyn Seo dan Chrystina Ng.
Tidak dinafikan kualiti udara pada zaman kini semakin hari semakin teruk. Ia sedikit sebanyak menjejaskan bukan sahaja kesihatan tetapi kualiti hidup kita. Kondisi luaran memang akan banyak mempengaruhi apa yang berlaku di rumah anda.
Seperti mana yang kita sedia maklum kualiti udara yang bersih di dalam rumah adalah sangat penting untuk kesihatan. Udara yang tercemar di dalam rumah boleh memberi kesan negatif kepada tubuh manusia dan boleh menjadi punya penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan.
Mungkin kita tidak sedar selama ini udara di dalam rumah tidaklah sebersih kita sangka. Kandungan udara yang mengandungi pelbagai pencemar seperti habuk, serbuk sari, bahan kimia dan bakteria boleh wujud di dalam kediaman.
Jika terdedah secara berterusan terhadap pencemaran udara seperti ini ia mampu menyebabkan berlakunya masalah pernafasan seperti asma, alahan dan jangkitan saluran pernafasan atas.
Pengudaraan yang tidak mencukupi dalam rumah juga boleh menyebabkan penumpukan bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida, formaldehid, dan radon. Kehadiran bahan kimia ini boleh meningkatkan risiko penyakit seperti kanser, penyakit jantung, dan masalah neurologi.
Selain itu, udara yang tidak bersih di dalam rumah juga boleh memburukkan keadaan bagi individu yang sudah mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru kronik atau penyakit jantung. Peningkatan pencemaran udara dalaman dapat memperburuk simptom dan mempercepat perkembangan penyakit mereka.
Salah satu inisiatif yang boleh kita ambil untuk membersihkan dan mendapatkan kulaiti udara yang baik ialah dengan menggunakan air purifier atau pembersih udara. Pada kali ini, MASKULIN ini kongsikan 5 pembersih udara terbaik di pasaran yang boleh anda gunakan untuk kegunaan harian.
1. Sterra Moon True HEPA-13 Air Purifier
Sterra Moon True HEPA-13 Air Purifier
Jenama yang kian mendapat tempat di kalangan pengguna ini hadir dengan model Sterra Moon HEPA-13. Ia dikatakan mampu membunuh kira-kira 99.97% bakteria dan virus. Byukan itu sahaja ia juga berfungsi untuk meneutralkan bau busuk dengan menggunakan Active Carbon Layer.
Di antara kemampuannya yang cukup penting ialah kebolehan menyerap formaldehid yang merupakan sejenis bahan kimia berbahaya boleh didapati di dalam dapur gas, perabot, lantai dan juga dinding. Penggunaan pembersih udara Sterra ini juga dapat mengurangkan debu dalam udara dan menyingkirkan allergen yang boleh menjadi punca alahan dan juga masalah pernafasan.
Malah, ia turut berkemampuan untuk menyingkirkan debu dan membantu mengurangkan bau kurang menyenangkan dari bulu binatang peliharaan.
Difahamkan Sterra Moon True HEPA-13 Air Purifier turut menggunakan penapis gred sama yang digunakan oleh kebanyakan hospital bagi tujuan dekontaminasi dan menghalang jangkitan bawaan udara. Dengan berat hanya 3.7kg, pembersih udara ini mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana ruang di dalam rumah.
Ia juga tidak menggunakan terlalu banyak elektrik dengan penjimatan 47% berbanding jenama lain dengan spesifikasi sama.
Sebuah lagi rekaan menarik dari jenama Sterra yang mampu memberikan kualiti udara yang baik. Sterra Breeze Air Purifier merupakan pembersih udara bergred hospital yang boleh menyingkirkan sebarang virus berbahaya, asap dan juga pencemaran udara yang lain bagi perlindungan berpanjangn di kediaman.
Kemampuannya membuang sehingga 99.97 peratus partikel dalam udara juga cukup mengagumkan dengan penggunaan True HEPA-13 Filter. Setiap kali dipasang ia mampu membuat perlindungan sehingga tiga hingga empat ruang terbuka atau keluasan 80m².
Pembersih udara Acerpure Cool C2 ini dikenali sebagai produk dua dalam satu. Selain bertindak sebagai pembersih udara ia juga dikatakan sebagai air circulator atau pengedar udara.
Peranti pembersih udara ini mampu membersihkan udara di bilik seluar 45m². Ia juga hadir dengan empat tahap kelajuan iaitu 1 hingga 3 dan juga Turbo. Manakala bagi tahap kelajuan circulator pula sehingga 10 langkah.
Aspek keselamatan paling menarik ialah skrin paparan LCD yang menunjukkan indikator kualiti udara, gas dan juga info lain yang penting.
Ia hadir dengan versi terbaharu tahun 2023 yang dipertingkatkan. LG PuriCare 360 menampilkan beberapa ciri-ciri utama yang menarik pada pembersih udara seperti 360 darjah pembersihan, penggalak pembersihan, indikator pintar dan juga teknologi LG ThinQ.
Teknologi pembersih dari LG ini dikatakan turut digunakan oleh kejuruteraan kipas pesawat yang digunakan oleh Boeing 747 oleh NASA.
Peranti ini juga cukup mesra untuk digunakan oleh kediaman didiami bayi dan kanak-kanak. Kemampuan seperti menyingkirkan partikel kotor dalam udara serta membuang bau busuk menjadi tarikan utamanya.
Pembersih udara dari CUCKOO ini juga dikatakan bertindak sebagai dua dalam satu. Selain sebagai air purufier ia juga menjadi alat pelembab dengan servis berkala. Dikenali dengan nama CUCKOO C+ Model, ia menggunakam sistem penapisan 5 peringkat.
Ia juga menggunakan mode pengurusan pelbagai dengan kemampuan arahan suara dengan empat bahasa berbeza iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Korea. Walaupun agak berat dengan 9.2kg, namun ia cukup sesuai digunakan di dalam rumah yang berkeluasan sederhana.
Menampilkan sitem penapisan tujuh peringkat, Cuckoo Plasma Ionizer dan juga indikator yang hadir dengan enam warna berbeza.
Pembersih udara yang mendakwa ia mampu menyingkirkan 99.95% alergen dan kotoran dalam udara. Berbentuk seperti menara kipas, pemberish udara ini menggunakan sistem penapisan 360 Glass HEPA serta dilengkapi dengan penapis karbon diaktifkan.
Untuk tetapan pula ia boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh bagi 10 jenis tetapan airflow berbeza. Manakala antara ciri paling menariknya pula ialah berfungsi secara senyap yang diiktiraf oleh Quiet Mark oleh Noise Abatement Society.
Dapatkan di sini: https://invl.io/cliyyoo
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk anda!
"Kalau boleh putar balik masa, saya sebenarnya kena sambung belajar. Bukan setakat SPM sahaja", demikian luahan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel ketika tampil sebagai Man Of The Moment Maskulin.