Ambil perbalahan sebagai suatu perkara yang positif tanpa melihat ia sebagai toksik pada hubungan anda. Dalam setiap perhubungan yang matang, perbalahan merupakan asas kepada kebahagiaan. Jika tidak berbalah, maka ia bukan suatu hubungan yang sihat. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perhubungan. Perselisihan faham dalam perhubungan yang sihat tidak dapat dielakkan.

Isu yang dikaitkan kadang-kala langsung tidak berasas, namun anda terpaksa berhadapan dengan situasi ini sehingga berbulan-bulan. Sesetengah perbalahan yang tidak dapat diselesaikan akan mengundang kepada perpisahan. Ini paling digeruni oleh sesetengah individu, kerana ketika itulah banyak perkara dan ketidakpuasan hati akan terbongkar, menjadikan isu sekecil zarah punca kepada putus.

PERLU BANYAK BERSABAR

Kerana mulut badan binasa. Sebagai seorang lelaki, anda lebih cenderung kepada berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata tidak enak. Namun, sejauh mana anda betah menahan diri dari tidak melepaskan pekung di dada? Pada saat marah anda tidak dapat dibendung, pasti anda akan mengeluarkan ayat-ayat yang akan menyakitkan hati pasangan anda dan pada akhirnya anda akan menyesal dan ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.

Tip Untuk Kawal Situasi & Perasaan Bila Berdepan Perbalahan Dengan Pasangan

Penting untuk anda mengetahui adakah berbaloi untuk anda mengutarakan masalah yang akan mengundang kepada perbalahan? Mungkin ada sesetengah isu, anda dan pasangan tidak sependapat, namun ia harus dibincangkan agar isu tersebut tidak menjadi lebih keruh. Sebagai contoh, isu pembayaran barang dapur.

Mungkin ia bukan satu isu yang berat, namun jika perasaan tidak puas hati itu disimpan dengan lebih lama, maka masalah kecil ini akan berlarutan sehingga menjadi besar. Runtuhkan ego anda, dan bincanglah dengan pasangan agar kata sepakat dapat dilakukan dan tidak membebankan.

IKLAN

USAH MENGUNGKIT

Lelaki lebih cenderung kepada mengikut kehendak pasangan mereka. Ini bermakna senyap lebih diterapkan dengan memberi alasan tidak mahu mengambil pusing akan perkara kecil. Namun, jika anda sayangkan hubungan anda, ia amat penting untuk bersuara. Jangan jadikan kesilapan lepas sebagai landasan untuk anda menuding jari ke arah pasangan anda.

Ini antara sebab segelintir Kaunselor menasihatkan agar anda tidak menyimpan rasa tidak puas hati pada sesuatu isu. Ketika sedang berhadapan dengan berbalahan yang akan mengundang amarah pasangan, jangan pernah mengungkit kesilapan lama mereka. Anda harus matang dalam perbalahan dan sentiasa bersikap profesional dalam menyelesaikan masalah. Mengungkit kisah lama akan menjadikan masalah lebih keruh dan ia tidak dapat diselesaikan dalam masa yang diperuntukkan. Abaikan kesilapan lalu mereka, dan hanya fokus kepada masalah kini.

 

Tip Untuk Kawal Situasi & Perasaan Bila Berdepan Perbalahan Dengan Pasangan

IKLAN

Anda digalakkan untuk menangguh perbincangan yang akan membawa kepada perbalahan jika masa yang dicadangkan itu tidak bersesuaian. Contohnya, anda sedang melalui hari-hari buruk di pejabat, namun anda dan pasangan telah berjanji ingin membincangkan soal “anak angkat” (sebagai contoh) setelah selesai makan malam. Pasangan anda tidak mahu mengambil anak angkat, manakala anda sebaliknya. Jika masa tidak sesuai, elak dari berbincang isu seperti ini kerana mood semasa anda akan membawa kesan sampingan kepada perbalahan anda.

CARI TEMPAT SESUAI

Pemilihan tempat untuk berbincang juga menjadi keutamaan. Fikirkan topik yang ingin dibincangkan, adakah ia akan menjejaskan emosi pasangan anda? Adakah mereka akan meninggikan suara ataupun menangis apabila anda mula meluahkan isi hati anda? Anda lebih mengenali pasangan anda dari orang lain, maka pilihlah tempat yang sesuai. Elak kawasan sesak yang dipenuhi orang awam seperti restoran dan kawasan rekreasi supaya aib anda dan pasangan terpelihara.

Lebih sesuai jika perbincangan serius itu dilakukan di dalam rumah. Namun, jika ia terlalu berat untuk pasangan anda terima, bawalah dia bersiar-siar sebelum pulang ke rumah untuk berbincang. Ini sedikit sebanyak dapat menenangkan emosi pasangan anda.

Tip Untuk Kawal Situasi & Perasaan Bila Berdepan Perbalahan Dengan Pasangan

IKLAN

Dalam setiap perbalahan, anda perlu menjadi rasional. Sentiasa bersiap sedia dengan emosi yang akan mengundang kepada reaksi di luar kebiasaan.  Mungkin pasangan anda akan mengajukan soalan yang tidak rasional. Adalah dilarang sama sekali untuk menuding jari dengan mengatakan bahawa dia seorang yang “gila”, bahkan “dirasuk”.

KAWAL SITUASI

Ketahuilah bahawa anda dan si dia sama-sama pernah berasa sakit, dan seperti anda, pasangan anda juga berhak untuk diperlakukan secara adil. Tak kiralah siapa pun yang memulakan perbincangan, anda sebagai lelaki harus pandai mengawal situasi. Sejauh mana pun anda benar, jangan menggunakan emosi sebagai jalan penyelesaian.

Tip Untuk Kawal Situasi & Perasaan Bila Berdepan Perbalahan Dengan Pasangan

Daripada anda mengeluarkan kata-kata kesat, atau menggunakan kekerasan terhadap pasangan anda, bertenang dan gunakan perkataan seperti ‘saya faham’, ‘jadi, apa yang harus kita lakukan’, ‘ini yang saya rasa’ untuk membuatkan pasangan anda berasa bahawa perbincangan ini berbentuk menyelesaikan masalah, bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Tentu sekali, setiap perbincangan tidak akan diakhiri dengan persetujuan mana-mana pihak. Namun, anda harus capai kata sepakat. Dalam 10 perkara yang anda bincangkan dengan pasangan anda, pastikan satu daripadanya itu mencapai kata sepakat. Sentiasa bertolak ansur dalam mencapai persetujuan kedua belah pihak. Paling utama, setelah tamat setiap perbincangan, maklumkan kepada pasangan anda bahawa anda tidak akan menyimpan apa-apa perasaan sepanjang perbincangan tadi. Sentiasa berfikiran terbuka agar hubungan anda sentiasa berada dalam keadaan positif dan sihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI