
Guys, pastikan anda mempunyai stok baking soda di rumah. Tidak, bukan untuk baking tetapi untuk kebersihan dan penampilan diri.
Mudah, murah dan berkesan, sangat sesuai untuk anda yang sentiasa mahukan cara no-hassle dalam penjagaan diri. Cubalah!
1. MENCERAHKAN KULIT
Campurkan baking soda dengan satu sudu besar jus lemon and beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan pes ke kulit. Bilas selepas 10 minit.
2. PEDICURE
Campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam air untuk rendaman kaki yang menyamankan. Anda juga boleh memasukkan beberapa titik minyak pati dan rendamkan kaki selama 20 minit. Buang kulit kasar pada kaki dengan pes skrub hasil campuran baking soda dan air.
3. SKRUB WAJAH
Campurkan satu sudu besar baking soda kepada pembersih wajah anda. Urutkan ke wajah dalam gerakan membulat untuk menanggalkan kulit mati dan blackheads.
4. PEMUTIH GIGI
Gigi kuning akibat merokok? Ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit jus lemon atau jus strawberi untuk menggantikan ubat gigi. Atau campurkan saja sedikit baking soda dengan ubat gigi anda dan gosok gigi seperti biasa.
5. UBAT JERAWAT
Buat campuran madu dan baking soda. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas. Anda juga boleh menggantikan madu dengan jus lemon.
BMW Malaysia Perkenalkan Model BMW iX3 Yang Pertama Di Malaysia

Teknologi kenderaan elektrik kini menjadi salah satu faktor yang menjadi tumpuan kebanyakan jenama automotif di peringkat global. Salah sebuah jenama yang sentiasa yang cukup komited memajukan teknologi ini ialah BMW.
Pada hari ini, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan dua varian jentera BMW iX3 yang cukup unik. Menariknya, kedua-dua model ini telah sedia untuk pratempah di pusat-pusat pengedaran BMW bertauliah yang terpilih di seluruh negara.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “Ketibaan BMW iX3 yang sulung adalah benar-benar signifikan bersama dua varian yang berbeza ini, ia membekalkan Kuasa Pilihan kepada para pelanggan setia kami serta peminat mobiliti elektrik di Malaysia – tanpa mengkompromikan kuasa, prestasi, mahupun ciri keselamatan.
“Berserta dengan barisan kenderaan BMW i lain yang akan menyusul, BMW iX3 yang sulung bakal melahirkan generasi pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang baharu, turut digalakkan oleh jentera SAV elektrik tulen ini yang mempersembahkan pelbagai kemungkinan dengan kualiti luar biasanya.
“Ini terutamanya dalam aspek inovasi dan bahasa reka bentuk untuk menjadikan Pengalaman Pemilikan Premium Elektrik yang dijanjikan oleh kami sesuatu yang lebih mengujakan.”
Hadir dalam varian Inspiring dan Impressive, kedua-dua varian tersebut akan dilengkapi dengan pakej M Sport sebagai standard, lantas menawarkan bahasa reka bentuk eksterior yang serba ekspresif juga lebih dinamik.
Dikuasakan oleh motor elektrik dengan bateri ion litium 80 kWj, BMW iX3 yang sulung membekalkan jarak operasi sejauh 461 kilometer (WLTP). BMW iX3 yang sulung juga menyokong pengecasan DC segera dengan kadar setinggi 150 kW untuk pengecasan sehingga 80% dalam tempoh 32 minit.
Manakala pengecasan AC dengan kadar setinggi 11 kW disokong melalui sambungan Type 2 untuk pengecasan sehingga 100% dalam tempoh sekitar tujuh setengah jam.
Harga BMW iX3 yang sulung di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM 335,800.00 bagi varian Inspiring, dan RM 354,800.00 bagi varian Impressive.
Kedua-duanya didatangkan dengan tawaran Inklusif Servis & Pembaikan BMW: Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis 6 Tahun, termasuk Power Package yang ditawarkan bersama BMW i Wallbox dan Kabel Pengecas Standard BMW. Para pemilik BMW iX3 yang sulung juga dapat menikmati tawaran waranti bateri 8 tahun, 160,000 km.
6 Perkara Lelaki Kena Buat Bila Dah Masuk Fasa Suam-Suami Orang

Menggembirakan hati pasangan dianggap sebagai elemen yang remeh bagi sesetengah lelaki. Kebanyakan setiap suami akan beranggapan bahawa keperluan isteri sudah terjaga sekiranya keperluan rumah dan wang ringgit tidak putus diberi pada setiap bulan. Anggapan ini ternyata salah. Adakah anda tahu bahawa menggembirakan hati pasangan sama ada isteri atau suami punya banyak kuasanya dalam mengutuhkan lagi hubungan yang sedang rawan?.
Namun menggembirakan hati isteri ternyata sulit bagi sesetengah suami apa lagi suami yang pendiam dan tidak banyak mulut. Jadi bagaimana? Tip ringkas ini wajar anda baca dan selami hati sang isteri agar menjamin kesejahteraan keluarga bahagia bersama.
- Ringankan Kerja Isteri
Isteri pastinya tidak meminta. Namun sesekali bantulah ringankan tugas isteri di rumah dan boleh juga menjaga anak-anak kala dia perlukan rehat. Beri dia rehat yang secukupnya sekali-sekala tanda penghargaan untuk isteri.
Sesekali mengambil tugas menyediakan sarapan buat keluarga juga sudah dianggap hebat daripada isteri, apalagi jika anda meminta menyediakan makan malam untuk seisi rumah. Pasti isteri anda amat bersyukur dan bangga kerana memiliki suami seperti anda.
- Ungkapan Sayang Di Bibir
Jangan anggap kata-kata sayang adalah perkara yang remeh bagi anda. Selalulah beritahu isteri bahawa anda amat menyayanginya agar dia tahu dirinya sentiasa disayangi. Tidak pernah tidak, pastikan setiap hari anda mengucapkan kata-kata ‘I love you’ biar hanya dalam sistem pesanan ringkas atau ‘WhatsApp’. Dalam kesibukan tugasan dan kerja di pejabat, melihat mesej ringkas sang suami sekali imbas sahaja nyata menaikkan semangat si isteri. Anda harus cuba!
- Bergurau Senda
Tidak perlu kata-kata manis dan ayat ‘power’ untuk si isteri, cukuplah hanya sekadar gurauan biasa yang membuatkan hati si isteri terhibur kala diusik. Tanpa kata-kata dan percakapan pastinya jadi lebih sunyi dan impaknya buat isteri kurang rasa dihargai apa lagi disayangi.
Jika berdua di dalam kereta misalnya, ambillah masa berbual dengan isteri dan sesekali selitkan gurauan dan usikan yang mampu membuatkan dia ketawa. Biarpun lelah menguruskan kerja di rumah dan anak-anak yang tidak pernah sudah, hati si isteri pasti terhibur.
- Pujuklah Hatinya
Bukan wanita rasanya jika isteri anda langsung tidak pernah merajuk dengan kelakuan dan kata-kata anda. Bukan kerana ayat kasar yang dilontarkan tetapi yang anda perlu sedari, hati wanita sememangnya lembut dan begitu sensitif sekali. Beri dia sedikit masa dan kemudian pujuklah dengan lembut.
Jika tidak mampu bercakap secara langsung, mesej ringkas berbunyi ‘sayang’ atau ‘saya rindu awak’ sudah cukup buat wanita rasa tidak diabaikan. Apa lagi jika anda menghadiahkannya sebuah hadiah kecil. Jadi berusahalah.
- Peluk Cium Selalu
Jangan anggap cinta sudah pudar biarpun anda sudah melalui usia perkahwinan yang sudah cukup matang. Sebaliknya berusahalah menjadikan hubungan anda sama seperti baru berkahwin. Setiap hari di rumah, peluk dan ciumlah isteri selalu.
Ambil masa dua minit untuk tip ini setiap kali sebelum melangkah kaki ke pejabat. Kajian pakar daripada Jerman membuktikan amalan ini cukup baik untuk sistem reproduksi wanita. Amalan yang pada mulanya janggal akan bertukar menjadi perkara paling menyeronokkan. Bahagia itu milik anda. Ayuh lakukannya sekarang.
- Luang Masa Bercuti
Jika mempunyai wang lebihan pada seperti bonus dan sebagainya, sesekali ajaklah isteri bercuti di hujung minggu. Tidak perlu perjalanan yang jauh, sebaliknya ukurlah kemampuan sendiri dengan bercuti di dalam negara sahaja. Ambil masa berdua dan berehatlah daripada segala kesibukan urusan setiap hari.
Lebih tenang, relaks malah isteri juga lebih gembira dan pasti tersenyum bangga. Memilih tarikh ulang tahun perkahwinan atau hari jadi si isteri tentunya menjadi memori yang paling diingati sepanjang hayatnya.
“Apa Salah Lelaki Dewasa Beli & Kumpul Mainan?” – Entri Ini Ada Jawapannya!

Hobi lelaki dewasa yang suka membeli dan mengumpul barang-barang permainan bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat kita, bahkan di seluruh dunia.
Hobi ini juga merupakan satu trend dan kegilaan ramai lelaki dewasa biar pun ada segelintir masyarakat yang tidak memahaminya.
Bagi lelaki dewasa, mereka ada sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka begitu selesa dengan hobi ini misalnya :
1. Kembalikan memori zaman kecil
Ada bermacam-macam jenis permainan dijual ketika ini. Ada di antaranya, berkait rapat dengan zaman kanak-kanak seseorang itu. Dengan membeli permainan, ia membuatkan kita seperti terkenang zaman dahulu. Kadang-kadang bukannya nak main sangat pun. Sekadar dapat tengok pun dah cukup puas hati.
2. Baru ada duit sendiri
Dulu masa kecil-kecil, nak beli permainan pun fikir banyak kali. Bukan apa, kita ni tak naklah jadi anak yang suka ‘pow’ mak ayah untuk memenuhi permintaan kita. Lainlah orang tu, hari-hari boleh dapat mainan masa kecil-kecil dahulu. Jadi apabila sudah besar, sudah bekerja dan ada duit sendiri, inilah masanya untuk kita repeat balik hajat yang tertangguh zaman kanak-kanak.
3. Jadikan sebagai pelaburan
Dalam masa sama, ada juga yang membeli permainan ini sebagai aset pelaburan pada masa hadapan. Mengambil contoh seperti patung figura Star Wars, ramai yang membelinya sebagai koleksi. Lebih-lebih lagi jika ia keluaran limited edition. Harganya pasti melonjak tinggi pada masa akan datang.
Anda juga gemar beli dan kumpul mainan? Apa pula sebab-sebab anda? Cerita kepada kami!