Ads

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

uniqlo

UNIQLO membuka musim baharu dengan LifeWear Week, kempen global selama tujuh hari yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 3 September 2026. Bukan sekadar memperkenalkan koleksi Musim Luruh/Dingin 2026, kempen ini turut menjadi ruang untuk pengguna melihat bagaimana konsep LifeWear terus berkembang mengikut perubahan gaya hidup dan budaya bandar dunia.

Tema musim ini, “Modern City Feelings”, mengambil inspirasi daripada cara penduduk kota di seluruh dunia membentuk gaya mereka sendiri sebelum trend tersebut tersebar secara global melalui media sosial.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

Antara pendekatan utama yang diketengahkan termasuk gaya kasual kemas, penggunaan rona coklat dan coklat gelap, lapisan pakaian yang lebih santai, elemen pakaian luar untuk gaya urban serta siluet bahagian bawah yang lebih lebar.

Di Malaysia, UNIQLO TRX turut menyediakan ruang khas yang diinspirasikan daripada kandungan editorial majalah LifeWear.

Bersempena Hari Kebangsaan, tawaran terhad untuk beberapa produk LifeWear terpilih turut berlangsung dari 28 Ogos hingga 2 September. Sepanjang LifeWear Week pula, pelanggan yang berbelanja RM250 dan ke atas akan menerima LifeWear Original Packable Bag dalam salah satu daripada enam warna, sementara stok masih ada.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

Sentuhan Paris Menerusi COMPTOIR DES COTONNIERS

Bersama ketibaan LifeWear Week, UNIQLO dan COMPTOIR DES COTONNIERS turut memperkenalkan koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 bermula 28 Ogos.

Ads

Inspirasi kali ini datang daripada suasana Paris dengan fokus kepada gaya Perancis yang bersahaja tetapi tetap kemas. Koleksi tujuh helaian wanita itu menggunakan fabrik dan warna yang sesuai dengan suasana musim luruh sambil mengekalkan reka bentuk yang mudah digayakan.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

Antara helaian utama ialah jaket korduroi pendek dengan potongan kotak, seluar barrel, kulot dan skirt mini korduroi. Pilihan atasan pula merangkumi blaus denim, baju sejuk leher Henley campuran merino serta baju sejuk bulu biri-biri. Harga koleksi bermula daripada RM129.90 hingga RM249.90 dan boleh didapati di cawangan UNIQLO terpilih serta secara dalam talian.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

Ads

Pendekatan COMPTOIR DES COTONNIERS kekal pada gaya feminin moden yang tidak terlalu dibuat-buat, dengan gabungan potongan santai, kualiti bahan dan kebebasan untuk mencampur serta memadankan helaian mengikut personaliti sendiri.

10 Tahun Uniqlo U, Bab Pertama Sampai Ke Penghujung

Satu lagi sorotan musim ini ialah koleksi ulang tahun ke-10 Uniqlo U, yang akan dilancarkan pada 11 September.

Koleksi tersebut cukup signifikan kerana menandakan penghujung bab pertama Uniqlo U selepas sedekad diterajui Christophe Lemaire dan Sarah-Linh Tran. Kedua-duanya telah membentuk identiti “Future LifeWear” melalui keseimbangan bentuk, fabrik, warna dan reka bentuk yang kekal relevan untuk penggunaan harian.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

“Bekerjasama dengan UNIQLO dan membina pasukan serta konsep Uniqlo U bersama-sama merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Kami melihat projek ini sebagai satu pencapaian besar dan impian yang menjadi kenyataan, iaitu membawa pakaian berkualiti dan bergaya untuk kehidupan harian kepada pelbagai lapisan masyarakat,” kata Christophe Lemaire dan Sarah-Linh Tran.

Ads

Untuk wanita, koleksi ini menggabungkan bahan lembut dengan struktur lebih jelas menerusi helaian seperti Satin Combination Dress, Hybrid Down Short Jacket dan Coated Blouson.

Koleksi lelaki pula memberi perhatian kepada fungsi serta individualiti menerusi Wool Blend Short Coat dan Fishtail Parka yang diberikan nafas lebih moden, selain penggunaan rona merah terang sebagai aksen.

UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U

BACA: Larian Di Kawasan Terbuka Ketika Jerebu, Selamat Atau Berisiko Tinggi?

Secara keseluruhan, koleksi Uniqlo U kali ini merangkumi 14 item wanita, 17 item lelaki dan dua aksesori, namun majoriti rekaannya dibangunkan dengan pendekatan tanpa batasan jantina.

Daripada gaya bandar global hingga sentuhan Paris dan kesinambungan legasi Uniqlo U, Musim Luruh/Dingin 2026 menunjukkan bagaimana UNIQLO terus menggunakan formula yang sama: pakaian harian yang praktikal, tetapi sentiasa berkembang bersama cara manusia hidup dan berpakaian.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads