Kebiasaannya penggemar kafein atau penghisap rokok menghadapi masalah dengan gigi kuning, kehitaman dan plak. Masalah ini membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Nak senyum pun segan sebab gigi tak bersih. Selain mendapatkan rawatan pemutihan ggi di klinik, sebenarnya ada cara mudah nak putihkan gigi.
Cara nak putihkan gigi menggunakan dua bahan ini dikongsikan Fitriah Azman di laman Facebooknya. Hanya sepantas lima minit, gigi anda bersih dan putih.
Cuma pesanannya, cara ini tidak boleh dilakukan selalu kerana penggunaan lemon boleh menghakis gigi. Jadi sekiranya anda ingin mencuba, berpada-padalah ye.
PUTIHKAN GIGI SEPANTAS 5 MINIT SEBELUM JUMPA CUSTOMER?
Hee. Kemain dia punya tajukk malam ni.
Eh tapi betullah kan. Cer korang bayangkan, tak kira lah kita sebagai orang bisness ke sapa sapa, mesti level konfident tu tiba tiba merudum kalo gigi nampak kuning. Betul tak.
Ads
Iyalah kan. Masa cod spray tudung kat customer mesti lah kena senyum. Nak kepochi ngan cust mesti bukak mulut, nampak gigi. Jadi masa ni cuak lahaii kalo gigi kuning?
Maklomlah. Pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang. Segala mak nenek masuk dalam mulut tu. Hehe
Jadi kak el nak share la petua PUTIHKAN GIGI dengan 2 bahan yang MUDAH didapati. Kak el dah cubaa. Terbukti keberkesananyaa okeh! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar?. Korang kena cuba jugak tau.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
Ads
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Ada lima jenis senaman paling utama dan wajib anda lakukan sama ada untuk membina badan mahupun membakar kalori. Ia akan membantu anda untuk membina otot dengan cepat dan membakar lemak secara berkesan!
1. Push Up (Bodyweight/Weighted)
Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up kan? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas!
Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya dan lebih hebat! Push up mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
2. Dip (Bodyweight/Weighted)
Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip dalam masa beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatil!
Anda juga boleh melakukannya di mana-mana tidak kira sama ada di rumah, pejabat atau di taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan bench press.
3. Lunges (Bodyweight/Weighted)
Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah!
Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, malah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat.
4. Chin Up (Bodyweight/Weighted)
Kalau anda kena memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, dicadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh mendapatkan back yang kembang seperti kepak.
Tengok sahaja atlet-atlet bar seluruh dunia yang bertaraf profesional. Semuanya mempunyai bentuk back dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!
5. Burpees (Bodyweight/Weighted)
Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda.
Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.
Sumber: lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada siapa pun yang ingin sakit. Kerana sakit itu bukan sahaja membuatkan kita rasa tak selesa malah ia mendatangkan satu rasa yang cukup teruk sekali.
Kadangkala kita kelihatan sangat sihat pada luarannya. Namun mungkin dalam tak sedar sebenarnya ada sesuatu yang tak kena berlaku dalam badan.
Jika anda mempunyai 10 petanda ini, cepat-cepatlah buat pemeriksaan lanjut dengan doktor. Jangan dibiarkan lama risau nanti ia adalah simptom menjurus kepada penyakit lebih serius!
Darah dalam air kencing adalah satu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat. Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batu di pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitan pundi kencing, buah pinggang, atau uretra.
Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif. Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia(kekurangan sel darah merah)
Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk. Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.
Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius. Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu
Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur. Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.
Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak. Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah). Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).
Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan. Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia(lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.
Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa. Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihan Kekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.
Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong(tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius. Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalan kesihatan ini
Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma. Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya selepas bersenam, kita akan kehausan dan minum air kosong. Rupanya minum air kosong tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan cramp kaki.
Menurut TheDiagnosa, minuman air kosong berisiko tinggi untuk anda alami cramp kaki berbanding jika anda ambil minuman isotonik atau minuman berelektrolyte.
Jadi selepas tahu info penting ini, pastikan anda elak minum air kosong jika tak mahu terkena cramp kaki lagi.
Mengikut kajian mereka yang minum air selepas bersenam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami cramp kaki berbanding orang yang mengambil air berelektrolyte ataupun minuman isotonik.
Ini mungkin disebabkan setelah seseorang itu bersenam, dia mengalami dehydrasi berserta pengurangan elekrolyte dalam tubuhnya.
Minum air kosong pula terutamanya air RO yg tidak mempunyai elektrolyte akan menyebabkan kandungan elektrolit dalam badan menjadi lagi cair atau kurang pekat.
Kepekatan elektrolit yang kurang ini akan menyebabkan sesorang itu mudah mengalami cramp kaki.
1. Ambil minuman berelekrolit selepas bersenam.
2. Boleh guna garam ORS (oral rehydration salt) dan larutkan dalam air. ORS ni boleh beli di farmasi. Murah je harganya.
3. Elakkan daripada minum air RO. Kalau nak, campurkan garam ORS dalam air RO tu boleh.
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.