Car wallpaper photo created by azerbaijan_stockers - www.freepik.com

Pada masa kini perjalanan jarak jauh dengan menunggang motosikal bukan lagi satu perkara asing. Ini terutamanya di kalangan pemilik dan penggemar motosikal berkuasa tinggi. Namun seperti mana menggunakan kenderaan beroda dua seperti motosikal adalah jauh lebih berisiko berbanding menggunakan kenderaan empat roda.

Di sebabkan itulah anda perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Selain itu, melakuan tunggangan jarak jauh juga memerlukan tenaga dan tumpuan yang sangat tinggi.

Kali ini MASKULIN kongsikan tujuh tip berguna bagi tunggangan yang lebih selamat dan juga selesa!

HENTI & REHAT LEBIH KERAP

Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.

PERIKSA KONDISI MOTOSIKAL

Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.

IKLAN

Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.

7 Tip Penting Perjalanan Jarak Jauh Dengan Motosikal, Barulah Lebih Selamat & Selesa 
Motorcycle biker photo created by jcomp – www.freepik.com

PILIH WAKTU BERTOLAK SESUAI

Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.

PASTIKAN PENGLIHATAN JELAS

Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.

IKLAN

KELENGKAPAN & PERALATAN TAMBAHAN

Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa peraltan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.

Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.

IKLAN

JAGA JARAK

Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.

DUIT MENCUKUPI

Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dalam menikmati tungangan motosikal yang lebih selamat!

https://www.youtube.com/watch?v=Vn1YMsBxUrg&t=444s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI