Penyampai radio Anas Tahir meluahkan rasa sedih apabila segelintir jemaah masjid menyifatkan tindakan orang luar yang hadir ke masjid dan duduk di saf barisan pertama sebagai kurang beradab dan mempersoalkan akhlak mereka.
Menerusi sebuah hantaran di laman media sosialnya, Anas Tahir menceritakan pengalamannya terdengar perbualan beberapa orang jemaah masjid yang membincangkan isu saf pertama itu tanpa menyedari kehadirannya.
“Kau datang tempat orang, kau duduk saf depan. Dekat situ dah tunjuk dah akhlak kau dekat mana,” demikian kata-kata jemaah masjid berkenaan yang didengari Anas.
Anas mengakui yang dia tidak menyangka ayat sebegitu boleh keluar dari mulut seorang jemaah masjid.
“Sedihlah. Macam mana dia boleh cakap kita tak boleh duduk saf pertama itu ya?” persoal Anas.
“Mungkin dia nak sembang dengan kawan-kawan dia sahaja. Tapi dia tak perasan saya sendiri ada dekat tempat makan itu,” tambah Anas.
Ads
@aanastahirrApa komen korang? Saya bukan nk cerita pasal rapat saf tu… Ikut korang lah.. nak jarak sampai 30km pon.. tapi yang ni…mmm.. terpaling rapat dgn Allah kot.. mmmm yeah Sorry la.. byk plak tersembur ckp sorg2 ni 🤣🤣♬ original sound – Anas Tahir
Hadir Berjemaah Kerana Allah, Bukan Makhluk
Oleh kerana itu, Anas tidak menafikan yang timbul rasa tawar hati untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan lagi.
Namun Anas menguatkan semangatnya apabila teringat kata-kata seorang maulana tabligh yang berpesan agar perbetulkan niat hadir ke masjid kerana Allah, bukan kerana makhluk.
“Kalau awak hadir sembahyang jemaah di masjid kerana makhluk, memang awak akan tinggalkan. Awak tak pergi dah masjid itu sebab ditegur oleh makhluk
Ads
“tapi kalau awak pergi kerana Allah, awak akan teruskan. Insya-Allah,” demikian pesanan yang dipegang Anas.
Terdahulu, Anas pernah berkongsi satu video menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang remaja dikasari oleh seorang lelaki berusia selepas selesai solat berjemaah.
Perkara itu berlaku hanya gara-gara kaki remaja itu menyentuh kaki lelaki itu sebagai cara untuk merapatkan saf.
Ads
Tanpa sempat mengikuti wirid selepas solat, remaja itu dicekak dari belakang oleh lelaki itu, demikian menurut perkongsian Anas sebelum ini.
Tiap kali ulang tahun kelahiran, pasti terdetik satu perasaan ini kan , ‘Alamak aku dah tua la’,
Jangka hayat yang panjang, orang kata itu suatu rezeki dan mereka yang umur panjang tapi kekal dengan kesihatan mantap adalah anugerah.Sebenarnya dari gaya hidup boleh menentukan jangka hayat kita.
Nak tahu apa kena baca artikal ini sampai habis okay!
1. Makan Kacang
Kajian mendapati penggemar kekacang adalah perisiko rendah untuk menghidapi sakit jantung, kanser dan komplikasi pernafasan. Selain itu, kekacang bagus untuk otak!
#2 Banyakkan bergerak
Tidak kiralah bersiar-siar di taman atau window shopping yang pastinya banyakkan bergerak dari duduk. Ini kerana bergerak selama 30 minit sekurang-kurang mampu mengelakkan anda dari sakit otot, jantung dan diabetes.
3. Kekalkan persahabatan
Hubungan yang baik bersama rakan rapat atau dengan orang sekeliling mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal. Kajian dari Universiti Michigan mendapati, mereka yang mempunyai kualiti hubungan dengan rakan-rakan mampu menjaga jangka hayat yang panjang
4. Berfikir positif
Percaya atau tak bila kita mula dengan fikiran yang positif ia boleh menjurus terus dengan apa jua keputusan selepas itu adalah positif juga. Individu yang kekal positif biasa tidak kerap jatuh sakit dan lebih ceria dari biasa. Happy-go-lucky!
5. Bercuti!
Siapa tak suka pergi holiday bukan? Mood gembira dan teruja pada setiap kali anda pergi bercuti boleh menguatkan sistem imunisasi dan melawan sel jahat kanser. Paling penting bercuti anda dapat merehatkan diri dan jauh dari stress.
6. Tonton video kucing
Kalau anda buat carian video kucing di Youtube memang berlambak! Kesan dari menonton keletah comel haiwan tersebut boleh memperbaiki mood dan beri kesan bertenaga.
7. Menyanyi
Lupakan sahaja kata orang tentang suara kamu! Menyanyi rupanya boleh memperbaiki kadar degupan jantung dan juga fungsi imunisasi.
8. Bersikap baik hati dan pemurah
Membantu orang yang dalam kesusahan sebenarnya dapat mendorong kepada memperbaiki tahap kesihatan. Dari memberi perhatian dan membantu orang sekeliling ia juga pelega kepada tekanan. Setuju tak kalau kita tolong orang tu kemudian dia senyum, hati kita pun jadi happy.
9. Jadi pengasuh sementara
Buat anda yang ada anak-anak saudara, apakata hujung minggu ambil peluang untuk menjaga mereka. Sifat cergas dan aktif kanak-kanak boleh mempengaruhi kita juga untuk bergerak aktif.
10. Kekalkan jiwa muda!
Orang kata umur hanyalah nombor… Mereka yang sentiasa kekal dengan aura, jiwa muda memang terserlah bukan sahaja dari seri muka tapi gaya kecergasan diri. Ingat semuanya dari cara kita berfikir yang membawa siapa kita.
Apakata lepas ini kongsikan 10 rutin diatas dengan pasangan anda, barulah boleh tua bersama. Heee…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda fikir apa yang akan terjadi KALAU LAH wanita yang korang kahwini nanti punya perangai yang menakutkan …
Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk “jatuh hati” sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Bagaimana pula kalau teman wanita itu tidak mempunyai kelakuan normal? Adakah itu masih lagi petanda cinta atau hanya membuktikan cinta itu gila?
1. Wanita yang mempengaruhi teman lelakinya untuk membunuh diri
MIchelle Carter adalah seorang wanita berumur 18 tahun yang dahagakan perhatian. Walaupun mempunyai seorang teman lelaki bernama Conrad Roy yang menyayangi dirinya sepenuh hati, bagi MIchelle itu saja tidak cukup. Dia mahu merasai perhatian yang diberikan kepada seorang wanita yang terpaksa melalui kematian orang tersayang.
Bagi memenuhi impiannya itu, MIchelle memujuk Conrad supaya membunuh diri melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon. Conrad, pelajar cemerlang yang mempunyai masalah depresi menyangkakan permintaan Michelle perlu dipenuhi sebagai bukti cinta jarak jauh mereka, membunuh diri dengan mengurung dirinya dalam trak dengan asap dari ekzos disalurkan ke dalam kabin trak.
Pihak polis berjaya mengenal pasti pengaruh Michelle dalam insiden tersebut, melalui mesej-mesej yang dihantar. Pada bulan Ogos 2017, Michelle didapati bersalah menyebabkan Conrad membunuh diri dan dijatuhkan penjara 2 tahun 3 bulan.
2. Cacah tubuh teman lelaki dengan nama sendiri
Dominique Fisher, seorang wanita yang tinggal di Lancashire, Blackburn menjalinkan hubungan satu malam dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari. Selepas tidur bersama, lelaki tersebut Wayne Robinson cukup terkejut melihat nama Dominique dicacah pada bahagian badannya tanpa kerelaan beliau.
Insiden itu berlaku selepas mereka berdua pulang ke rumah Dominique dalam keadaan mabuk dan khayal dengan pil serta dadah. Berlaku hubungan seks di antara mereka berdua tanpa mereka menyedari perkara itu berlaku. Selepas selesai, Dominique dengan menggunakan pisau, menoreh badan Wayne dengan namanya di dua bahagian dan logo bintang di satu bahagian. Wayne yang terjaga, merasakan darah mengalir daripada badannya dengan Dominique nyenyak di sisinya.
Dalam perbicaraan, Dominique mengakui yang Wayne meminta dia mencacah badan Wayne dengan namanya, selepas Wayne berminat hendak mendapatkan tatu pada tubuhnya. Dominique yang bekerja sebagai seorang juru tatu pun menunaikan impian Wayne. Wayne bernasib baik luka tersebut tidak dalam, namun parut kekal bertulis ‘Dominique’ akan terus ada bagi mengingatkan dirinya tentang kejadian itu. Dominique berjaya mengelak hukuman penjara dan hanya diberikan hukuman kerja khidmat sosial selama 2 tahun.
3. Suami ada penyakit kronik ketagih internet. Isteri ada ubatnya.
Jiang Ming adalah seorang suami kepada He Ling. Pasangan ini tinggal di wilayah Chengdu di China dan mereka baru saja mendapat cahaya mata pertama. He Ling yang kepenatan menjaga anak meminta suaminya mengurangkan tabiat beliau terlalu asyik dengan internet sehinggakan jarang berada di rumah, dengan Jiang Ming berjanji akan mengubah sikapnya. Bagaimanapun, tabiat Jiang Ming itu sudah menjadi satu ketagihan sehinggakan dia gagal dan kembali semula pada sikap lamanya, membuatkan He Ling marah suaminya gagal menunaikan janji.
Sedang melayari internet di salah sebuah kafe internet berdekatan rumah mereka, Jiang Ming yang leka tiba-tiba menyedari kursor tetikus yang digunakan tidak bergerak. Sejenak kemudian barulah dia menyedari tangannya masih lagi memegang tetikus, yang sudah bercerai daripada pergelangan tangan.
Dengan menggunakan pisau, rupanya He Ling telah menetak tangan suaminya bagi mengelakkan dia terus ketagihan internet. Dalam perbicaraan, Jiang Ming mengaku tindakan isterinya itu berlaku kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya, sebagai suami dan bapa. Jiang Ming memohon agar hukuman yang lebih ringan dikenakan ke atas isterinya.
4. Bunuh teman lelaki kerana media sosial
Michael Williams, seorang lelaki berusia 24 tahun adalah seorang pengguna Instagram tegar. Pada satu hari, dia secara bergurau mahu menyertai salah satu acara trending dalam Instagram yang digelarkan ‘Woman Crush Wednesday’; yang memerlukan mana-mana pengguna Instagram memuatnaik gambar individu yang mereka sebenarnya sukakan dalam diam.
Perkara itu tidak disenangi oleh teman wanitanya yang bernama Laquanda Jones. Laquanda, yang mempunyai masalah berat badan merasakan tindakan teman lelakinya itu sesuatu yang memalukan dirinya. Berang dengan tindakan Michael, Laquanda menyerang Michael dengan pisau sehingga mengakibatkan kematian Michael, dalam apartmen yang mereka kongsi bersama-sama.
Michael mati dengan telefon beliau masih lagi dalam tangan sementara Laquanda, yang menyedari apa yang telah berlaku, dijumpai dalam tab mandi dan menyerahkan diri untuk ditangkap ketika pihak polis tiba ditempat kejadian. Michael didapati memuat naik gambar seorang wanita cantik bukan warganegara Amerika Syarikat yang dikenali oleh Michael.
5. Tidak sanggup ditinggalkan, wanita Russia ini ‘bom’ alat sulit teman lelakinya
Seorang wanita Russia yang hanya dikenali sebagai Kira V. telah bercinta dengan seorang lelaki bernama Alik D. selama 2 tahun tinggal bersama. Hubungan cinta yang telah bertaut sekian lama membuatkan Kira merasakan Alik adalah lelaki yang bakal menjadi putera dalam hidupnya, lalu mula memohon agar Alik mengambilnya menjadi isteri.
Namun, bagi Alik yang pernah melalui alam perkahwinan serta mempunyai anak dengan bekas pasangannya, dia enggan untuk berkahwin. Permintaan Kira terpaksa ditolak Alik yang merasakan jika perlu berkahwin, lebih baik dia kembali berbaik dengan bekas isterinya. Ini membuatkan Alik terpaksa berpindah keluar daripada rumah yang mereka kongsi kerana hubungan mereka sudah berakhir.
Demi meraikan hubungan mereka selama ini, Kira memujuk Alik untuk sama-sama menghabiskan satu malam bersama, sebagai kenang-kenangan mereka berdua dengan makan malam romantik diaturkan Kira. Mabuk akibat pengambilan alkohol yang terlalu banyak, Alik tidak sedarkan diri dan Kira mengambil peluang itu dengan mengikat mercun pada zakar Alik lalu menyalakannya. Alik dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi atas kecederaan yang ditanggung akibat perbuatan kejam Kira itu, sementara Kira dihukum penjara atas perbuatannya.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kodokushi ialah fenomena dimana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yang panjang. Ia merupakan masalah yang semakin meningkat dalam masayarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodushi.
Ciri-ciri orang sering dikaitkan dengan kodokushi
Lelaki pertengahan usia yang tidak pandai buat kerja rumah
Orang yang mengasingkan diri kerana tidak pandai bersosial
Persekitaran hidup yang tidak baik mungkin disebabkan oleh penyakit atau kewangan.
Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki. Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi.
Selain daripada itu, kebanyakkan lelaki Jepun ketika muda menumpukan kerja di syarikat sehiggakan mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, membersihkan rumah dan lain-lain. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi orang yang menjaga makan dan minum mereka, mereka tiada tempat bergantung sekiranya menghadapi masalah.
Lelaki Jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi lepas mereka telah bersara, mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri di dalam rumah. Jadi bila berlaku kematian , tiada siapa yang sedar.
Sedih bila membayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi pada masa yang sama tiada tempat untuk mengadu dan teman berberbicara. Cuma mampu berpesan pada jiran ” kalau tingkap rumah aku tidak berbuka esoak, maksudnya aku dah mati” Itu adalah realiti bagi kebanyakkan warga emas di Jepun
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.