Memiliki bentuk tubuh yang tinggi badan yang ideal adalah dambaan banyak orang. Hal ini tentu saja bisa berpengaruh terhadap rasa percaya diri, jika memiliki tubuh yang lebih pendek dari rata-rata kebanyakan orang. Sebagian besar faktor penentu tinggi badan tergantung adalah pada genetika, jenis makanan dengan gizi yang tepat, serta olahraga tertentu yang mendukung.
Pada pria, mereka akan terus tumbuh sampai batas usia maksimal dua puluh lima. Sedangkan bagi perempuan, tinggi badan maksimal akan dicapai hingga pada usia delapan belas atau sembilan belas tahun. Advertisement Tinggi badan seseorang diatur oleh sejenis hormon yang disebut sebagai Hormon Pertumbuhan Manusia ( HGH ), yaitu yang disekresikan oleh kelenjar yang bernama hipofisis. Oleh karena itu, agar bisa mendapatkan tinggi badan secara maksimal, kita dianjurkan untuk makan-makanan yang membantu fungsi HGH. Makanan untuk Meningkatkan tinggi badan
Memang, tinggi badan secara umum sangat ditentukan oleh keturunan atau genetik, akan tetapi tak dapat disangkal juga jika faktor-faktor eksternal tertentu dan gizi sangat mempengaruhi. Memiliki tubuh yang tingginya sangat minim alias pendek bisa juga karena pertumbuhan yang lambat karena asupan nutrisi yang tidak memadai. Dengan demikian, melaksanakan diet yang seimbang adalah sangat penting untuk meningkatkan prospek pertumbuhan khususnya usia remaja untuk mendapatkan tubuh yang tinggi dan ideal.
Makanan dan olahraga yang tepat sangat dibutuhkan untuk mencapai tinggi dan berat badan yang optimal. Maka dari itu, pastikan jika tubuh Anda sudah mendapatkan berbagai jenis nutrisi untuk membangun otot yang kuat, ligamen, dan tendon. Diet Anda harus terdiri dari banyak nutrisi seperti kalsium, mineral, vitamin dan protein. Berikut ini adalah beberapa makanan yang Anda butuhkan untuk meningkatkan tinggi badan:
A. Mengandung Protein : Protein adalah pembangun tubuh kita, dan dengan demikian akan sangat membantu untuk menambah tinggi badan. Protein mengandung asam amino yang diperlukan untuk hormon pertumbuhan, dan sangat penting untuk menjaga kesehatan tulang, otot, jaringan, organ, kulit dan gigi.
B. mengandung Mineral :Makanan yang mengandung mineral seperti magnesium, fosfor, fluor, yodium, zat besi dan mangan juga penting untuk meningkatkan tinggi badan dan pertumbuhan. Kalsium adalah mineral yang penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang yang kuat. Minuman berkarbonasi, makanan kebanyakan garam, gula, lemak dan kopi harus dibatasi karena dapat menghambat kalsium, yang tentunya dapat mempengaruhi pertumbuhan tubuh Anda.
Ads
C. Mengandung Vitamin : Vitamin D adalah sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium untuk tulang yang kuat dan sehat. Kekurangan vitamin D dapat menyebabkan gangguan pertumbuhan, dan tulang yang lemah. Selain vitamin D, vitamin lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 atau riboflavin, vitamin C, dan vitamin F juga diperlukan untuk pertumbuhan badan yang normal. Ini sebagian besar terkandung dalam buah-buahan dan sayuran.
Di bawah ini adalah daftar makanan yang dapat membantu Anda untuk meningkatkan tinggi badan secara alami.
1 . Susu : Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang yang kuat, serta membantu meningkatkan tinggi badan. Susu merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Selain itu, susu juga mengandung vitamin A yang berguna juga untuk mempertahankan kalsium dalam tubuh. Susu juga mengandung protein yang membantu membangun sel-sel tubuh kita. Susu bisa dengan mudah dicerna dan asimilasi untuk memfasilitasi protein secara maksimal. Susu skim bebas lemak mengandung 100 % protein. Setidaknya 2 sampai 3 gelas susu dianjurkan setiap hari.
2 . Produk Susu : Produk susu seperti keju, paneer, yoghurt, dan es krim kaya akan vitamin A , B , D dan E, juga mengandung protein dan kalsium. Vitamin D dan kalsium terutama yang penting bagi pertumbuhan tubuh. Kekurangan vitamin D dapat menyebabkan pertambahan tinggi yang rendah.
Ads
3 . Buah dan Sayuran : Selain dapat meningkatkan tinggi badan, buah-buahan dan sayuran juga penting bagi kesehatan yang optimal. Buah dan sayuran umumnya adalah sumber tertinggi vitamin, serat, kalium dan asam folat. Vitamin A berguna membantu dalam perkembangan tulang dan jaringan. Buah-buahan seperti melon, jeruk, pepaya, mangga, markisa, semangka dan aprikot banyak mengandung vitamin A. Vitamin A juga ditemukan dalam sayuran berwarna seperti wortel, kacang polong, labu, brokoli, bayam, kubis, ubi jalar dll. Selain itu, buah-buahan seperti jeruk, berry, kentang dan tomat juga mengandung vitamin C, dimana yang membantu pertumbuhan tulang yang sehat dan berkontribusi terhadap tinggi badan.
4 . Ayam : Ayam adalah salah satu sumber protein tertinggi di antara sumber hewani. Bahkan menyediakan sebagian besar protein untuk membangun jaringan dan otot tubuh.
5 .Daging: Selain ayam, daging sapi juga merupakan sumber penting protein hewani, tetapi daging juga mengandung lemak yang dapat meningkatkan kadar kolesterol.
6 . Pati dan biji-bijian : Pati dan biji-bijian adalah sumber utama energi bagi tubuh kita. Selain itu, mereka juga menyediakan vitamin B, serat, zat besi, magnesium dan selenium. Karena menyediakan kalori yang diperlukan, maka harus ditingkatkan konsumsinya, terutama pada saat usia masa pubertas, ketika anak-anak sedang dalam fase pertumbuhan yang cepat. Beras, Beras merah, popcorn, gandum dan pasta gandum bermanfaat bagi pertumbuhan badan yang tepat.
Ads
7 . Telur : Telur juga merupakan sumber protein yang baik. Albumen putih telur mengandung 100 % protein, tetapi Anda juga harus membatasinya karena mengandung lemak. Telur juga mengandung vitamin B2(riboflavin). Dalam rangka untuk meningkatkan tinggi badan, 3 sampai 6 butir telur bisa dimakan setiap hari.
8 . Kedelai : Kedelai mengandung protein tertinggi di antara semua sumber makanan nabarti. Protein murni yang terkandung dalam kedelai akan meningkatkan massa tulang dan jaringan tubuh. Untuk meningkatkan tinggi badan, 50 gram kedelai dianjurkan setiap hari.
9 . Oatmeal : Oatmeal juga merupakan sumber protein nabati yangbaik. Hal ini juiga akan membantu untuk meningkatkan massa otot dan mengurangi lemak. Dianjurkan untuk mengambil 50 gram oatmeal untuk sarapan setiap hari.
10 . Coral Calcium : Seperti namanya, kalsium karang diperoleh dari karang laut. Ini dapat membantu untuk meningkatkan massa tulang, sehingga akan menyebabkan tulang bisa tumbuh lebih panjang. Kalsium ini harus didapatkan pada usia dini untuk mendapatkan hasil yang maksimal . Tinggi badan adalah faktor genetik, tetapi juga bisa secara signifikan dipengaruhi oleh nutrisi yang tepat dari makanan. Makan makanan yang sehat, yang disertai dengan aktivitas fisik yang memadai adalah cara yang hebat untuk meningkatkan tinggi badan Anda.
sumber: carakhasiatmanfaat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sindrom lelaki malas bekerja semakin menjadi-jadi hari ini. Mungkin ada kaitan dengan pencapaian golongan wanita hari ini. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah menyaksikan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pelbagai aktiviti perniagaan.
Ini bertambah rancak apabila, golongan hawa dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi. Perkembangan ini membuatkan kebergantungan wanita kepada lelaki atau lebih tepat suami semakin berkurangan memandangkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri yang kadangkala lebih tinggi berbanding lelaki.
FAKTA INI DISOKONG OLEH PERANGKAAN DIKELUARKAN OLEH UNIT PERANCANGAN EKONOMI, DI MANA GOLONGAN HAWA MELIPUTI 48 PERATUS DARIPADA PENDUDUK DALAM KUMPULAN UMUR BEKERJA IAITU 15-64 TAHUN. PERANGKAAN INI MENUNJUKKAN PENYERTAAN TENAGA BURUH WANITA BERTAMBAH DARIPADA 44.7 PERATUS PADA TAHUN 2000 KEPADA 45.7 PERATUS PADA 2005.
Bilangan wanita yang bekerja bertambah daripada 3.3 juta pada tahun 2000 kepada 3.9 juta pada 2005, di mana peratusan guna tenaga wanita daripada jumlah keseluruhan guna tenaga meningkat daripada 35.6 peratus kepada 36.7 peratus dalam tempoh yang sama. Penglibatan wanita dilihat tertumpu pada sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit serta pertanian. Dari segi struktur pekerjaan pula, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah lebih tinggi.
Perkembangan ini didorong oleh pencapaian yang lebih baik golongan Hawa dalam bidang pendidikan. Peratusan wanita dalam kategori pegawai kanan dan pengurus meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2000 kepada 5.4 peratus pada tahun 2005. Kategori ini masih didahului kaum lelaki yang turut mencatatkan peningkatan daripada 8.0 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Bagaimanapun, pekerja wanita nyata mendominasi dalam kategori profesional; juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan perkeranian dan; pekerjaan perkhidmatan dan jualan. Bagi kategori profesional, wanita terutamanya bekerja sebagai doktor, doktor pergigian, peguam dan arkitek. Ia menunjukkan pertambahan daripada 7.2 peratus pada tahun 2000 kepada 7.5 peratus pada 2005, berbanding lelaki daripada 5.1 peratus kepada 5.5 peratus dalam tempoh yang sama.
Manakala bagi kategori juruteknik dan profesional wanita mencatatkan penurunan kecil iaitu 14.1 peratus pada tahun 2000 kepada 14 peratus pada 2005. Begitu pun angka tersebut masih lebih tinggi berbanding lelaki yang mencatatkan peningkatan 10.9 peratus kepada 12.6 peratus. Secara keseluruhan peningkatan wanita dalam pekerjaan adalah hasil daripada akses pendidikan yang semakin baik.
Begitupun, bukan niat untuk menafikan kehebatan kaum lelaki, tetapi perkembangan ini seharusnya diterima oleh mereka sebagai satu cabaran untuk mereka turut berdaya saing dengan wanita. Kaum lelaki tidak harus melihat keupayaan wanita untuk menjana pendapatan sendiri sebagai satu kesempatan untuk mereka ber senang-lenang, sebaliknya mengambilnya secara positif untuk seiring memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan rumah tangga.
ISU INI BUKAN SAHAJA BERLAKU DI KAMPUNG, MALAH DI BANDAR TURUT MENGALAMI FENOMENA SAMA. “BANYAK TERJADI KES, SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DI RUMAH DAN ISTERI BEKERJA. GOLONGAN INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI SUAMI SEPENUH MASA.
“Sindrom ini berlaku apabila si isteri bersetuju untuk memikul tanggungjawab mencari nafkah dan suami menguruskan kerja di rumah. “Namun demikian, keadaan menjadi tidak sihat apabila suami hanya makan dan tidur di rumah tanpa menghiraukan hal anak-anak. Psikologi anak-anak yang sudah bersekolah dan mempunyai kawan-kawan akan terganggu kerana mereka akan tertanya-tanya mengapa bapa mereka di rumah sahaja sedangkan pada masa yang sama bapa orang lain bekerja.
“Sesuatu perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan ini. Golongan lelaki perlu lebih yakin menghadapi situasi ini. Jika berterusan, fungsi institusi keluarga akan terganggu. “Kembali kepada ajaran Islam, lelaki yang wajib mencari nafkah dan bukan sebaliknya. Isteri hanya membantu dan memberi sokongan kepada suami.’’
“ANTARA FAKTOR UTAMA IALAH ISTERI YANG BERKAHWIN DENGAN SUAMI YANG BERPENDIDIKAN LEBIH RENDAH DARINYA ATAU BERJAWATAN RENDAH. “MALAH ADA KES LELAKI YANG BEKERJA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN PENCEN AWAL PADA USIA AWAL TIDAK MAHU MENCARI PEKERJAAN LAIN.
“Mereka ini hanya mengharapkan sumber kewangan daripada isteri,’’ fenomena ini jarang membawa kepada penceraian kerana hak tersebut terletak pada tangan lelaki dan mereka lebih selesa dengan situasi seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betul ke segelintir lelaki tak mahu menjaga penampilan disebabkan takut di gelar metroseksual?Namun beberapa habit ini lelaki tak boleh pandang ringan kerana ia mungkin boleh menyebabkan korang tua dari usia sebenar.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
Sumber: Siakapkeli.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Esok mulalah umat islam menjalani dan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pasti ramai yang ternanti-nantikan ketibaan bulan mulia ini, persediaan mental sudah tersedia untuk menahan diri kita daripada lapar dan dahaga.
Cuaca tak menentu, boleh buat kita cepat haus. Jadi, doktor ini kongsikan tips kepada anda untuk elakkan diri kita aripada cepat haus, salah satunya adalah minum kopi. Ramai beranggapan bahawa kopi boleh buatkan kita kekal bertenaga untuk sepanjang hari.
Mungkin ia menjadi kalau kita tak nak tidur malam, tapi untuk kekal tenaga sepanjang seharian berpuasa itu hanyalah mitos! Nak tahu kenapa? Ikuti penjelasan daripada Dr. Kamarul Arifin ini.
Elakkan Kopi Semasa Sahur
Manisan Tenaga Takkan Bertahan Sampai Berbuka
Kualiti Tidur Kena Bagus
Selamat mencuba & selamat berpuasa semua!
Sumber : Pesan Ibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.