Setiap kali munculnya penuh keberkatan bulan Ramadan, kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan iklan buah kurma dengan bisikan ‘Yusuf Taiyoob’. Sama ada di corong radio mahu pun di televisyen ia satu iklan yang cukup sinonim dengan umat Islam di Malaysia.

Namun pernahkah anda tertanya siapakah insan yang dibisikkan bernama Yusof Taiyoob tersebut?

Buat anda yang masih belum mengenali figura ahli perniagaan cukup berjaya ini, beliau ialah Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.

Dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Menariknya, ahli perniagaan yang cukup berpengaruh ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan.

Dari Berniaga Minyak Wangi Kepada ‘Raja Kurma’, 10 Fakta Inspirasi Dato’ Seri Yusuf Taiyoob 
Foto: freemalaysiatoday

Dia mendapat pendidikan tinggi di India namun memilih untuk berhenti demi menguruskan perniagaan sendiri. Pengenalan dunia perniagaannya tidak terus bermula dengan berdagang buah kurma.

Pada usia 19 tahun beliau berjinak-jinak dengan berniaga menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menerusi jenama Perfume of Penang. Pada mulanya perniagaannya berkembang dengan baik sehinggalah dia terpaksa berpindah.

Berikut 10 fakta menarik tentang ‘Raja Kurma’ yang mampu memberikan inspirasi buat kita semua.

IKLAN

1.

Perniagaannya menjual minyak wangi seperti dinyatakan di aras tidak kekal lama.

2.

Berdepan tekanan akibat kegagalan perniagaan pertama sehingga mengalami muntah darah walaupun di usia seawal 19 tahun.

3.

Beliau bangkit membangunkan perniagaan sendiri semula dengan produk kosmetik menerusi syarikatnya Yusuf Cosmetic pada 1979. Namun perniagaan ini juga tidak bertahan lama dengan hanya dua tahun sahaja.

4.

Pada tahun 1988 beliau bangkit sekali lagi. Kali ini dengan menubuhkan syarikat yang kini cukup dikenali ramai Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.

Dari Berniaga Minyak Wangi Kepada ‘Raja Kurma’, 10 Fakta Inspirasi Dato’ Seri Yusuf Taiyoob 
Variasi produk keluaran Yusof Taiyoob Sbn Bhd

5.

Dipercayai sehingga kini beliau membekalkan kira-kira 30 jenis kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

IKLAN

6.

Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina. Kesemua nama tersebut berasal dari nama anak-anak beliau.

7.

Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS.

Dari Berniaga Minyak Wangi Kepada ‘Raja Kurma’, 10 Fakta Inspirasi Dato’ Seri Yusuf Taiyoob 

8.

Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang perniagaan.

IKLAN

9.

Strategi iklan bisikan ‘Yusof Taiyoob’ merupakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh ahli perniagaan di Malaysia.

10.

Beliau mendapat gelaran Datuk pada tahun 2002.

Kejayaan yang dikecapi beliau tidaklah datang bergolek. Walaupun pernah berdepan kegagalan namun ia tidak pernah melunturkan semangat juang beliau untuk terus berusaha hingga mencapai kejayaan.

Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat anda terutamanya yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Jom subscribe YouTube MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=YfraUBuzbfw&t=2s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI