Mempunyai badan yang berketak dan perut yang ramping memang menjadi idaman setiap orang. Jangan kata perempuan, lelaki juga idamankan benda yang sama dengan perut 6 pack seperti atlet.
Tetapi pasti anda tertanya-tanya sewaktu bila anda mahu lakukan senaman seperti ini dan di mana. Tak perlu panik, sebenarnya anda boleh lakukan di rumah sahaja.
Ini dia beberapa cara paling mudah untuk miliki 6 pack di rumah.
Leg Raise
Angkat kaki hingga 90 darjah, tangan anda di bawah punggung untuk memberi imbangan padan badan dan kemudian perlahan-lahan turunkan kaki anda. Ulangi gerakan yang sama selama 30 kali.
Leg Lift Circle
Tangan di punggung dan angkat kaki anda. Kankangkan kaki kanan dan kiri buat bulatan besar. Ulang pergerakan ini selama 15 kali.
Scissor kick
Ads
Angkat kaki kiri anda ke atas dan kaki kanan di bawah. Lakukan pergerakan ini seperti gerakan ‘gunting’ dan lakukan sebanyak 30 kali.
Cross Crunch
Tangan di belakang kepala dan lutut kanan bertemu dengan siku kiri. Kemudian selang selikan kanan dan kiri anda. Lakukan sebanyak 40 kali sehingga anda rasa ‘terbakar’ dibahagian otot perut.
Bicycle
Ads
Kedudukan yang sama seperti Cross Crunch, Cuma bezanya gerakan kaki sahaja. Tangan di belakang kepala dan kayuhkan kaki seperti sedang berbasikal sebanyak 40 kali. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot peha dan otot perut. Jangan give up lakukan pergerakan ini sehingga habis.
Russian Twist
Duduk dan pastikan tangan anda di gengam serta kaki anda diangkat di bahagian lutut manakala tumit di lantai dan kaki hujung anda terangkat. Lakukan pergerakan ini dengan pusing ke kiri dan ke kanan. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot perut dan teknik ini boleh mengecilkan pinggang. Lakukan sebanyak 30 kali.
Side Leg Raise (Kiri)
Ads
Pastikan anda di posisi mengiring di belah kanan. Tahan badan dengan lengan dan lengan kiri letakan di pinggang. Angkat kaki kiri anda ke atas dan perlahan turunkan kaki kiri anda. Lakukan sebanyak 20 kali.
Side Leg Raise (Kanan)
Ubah posisi anda ke kiri dan letakan tangan kanan anda serta angkat kaki kanan dan dengan perlahan turunkan ia. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali.
Plank Rotation
Meniarap seperti lakukan plank dan gerakkan pingang ke kiri dan ke kanan. Lakukan pergerakan ini sebanyak 30 kali.
Plank
Akhir sekali,lakukan plank seperti meniarap tetapi tahan beban badan dengan menggunakan lengan dan kaki anda statik di hujung posisi. Badan tengak selari dengan pungung dan lakukan selama 20 saat.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan Facebook untuk dapatkan update terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Stamina dan ketahanan bersukan adalah perkara berbeza dari kekuatan diri. Ketahanan bersukan merujuk pada keupayaan untuk bersukan lebih lama. Manakala tahap stamina lebih membayangkan tahap tenaga yang lebih baik, sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan yang mantap umumnya. Untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, anda perlu meningkatkan keupayaan paru-paru, memiliki jantung dan edaran darah yang sihat termasuklah memiliki kekuatan pada otot peha dan kaki. Kuncinya, anda perlulah meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat. Berikut adalah kaedah yang boleh anda praktikkan.
Langkah 1- Kira sasaran degupan jantung anda dengan formula berikut;- Kadar degupan jantung maksima ialah 220 tolak umur anda. Contoh bagi anda yang berusia 32 tahun: 220 – 32 = 188 degupan seminit. Sasarkan di antara 50% hingga 80% dari ini ketika senaman iaitu antara 94 hingga 150 degupan seminit ketika bersukan. Anda boleh gunakan jam yang dilengkapi dengan alat pengira kadar degupan jantung atau kirakan degupan jantung anda sebaik sahaja selepas bersukan.
Langkah 2- Mulakan dengan senaman/sukan yang anda gemar seperti bola sepak, badminton ataupun berenang. Tingkatkan tahap ketahanan perlahan-lahan dan pastikan degupan jantung anda tidak melebihi sasaran seperti kiraan di atas.
Langkah 3- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika anda baru bermula, mungkin boleh dibahagikan 30 minit tersebut kepada pecahan 3 x 10 minit. Pastikan setiap sesi dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang disasarkan dan juga meningkatkan kadar pernafasan. Jadikan senaman ini rutin harian atau tabiat anda.
Langkah 4- Gabungkan aktiviti yang berlainan dalam rutin senaman anda. Contoh bermain badminton tiga kali seminggu diselangkan dengan aktiviti jogging, berenang ataupun berjalan kaki pada hari anda tidak bermain badminton. Gabungkan juga aktiviti ‘weight training’ yang fokus pada memperkuatkan otot di bahagian kaki dan perut sebagai persediaan melakukan marathon.
Langkah 5- Periksa kadar degupan jantung anda selepas sebulan menjalankan langkah-langkah di atas. Perhatikan sama ada terdapatnya peningkatan dari sudut ketahanan.
Langkah 6- Tingkatkan intensiti dan jangkamasa sesi senaman apabila kadar degupan jantung anda semakin bertambah baik. Contohnya seperti dari senaman berjalan kaki ditingkatkan pada berjogging. Lakukan perkara yang sama, tingkatkan ketahanan sedikit demi sedikit, insya-Allah anda akan lebih bersedia dengan stamina yang lebih mantap
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin anda sendiri mungkin sudah lali dengan pelbagai kempen anti merokok yang telah tersebar sejak sekian lama di pelbagai medium media sama ada bercetak, elektronik atau kempen jalanan.
Tapi percayalah kempen ini tidak akan terhenti selagi kadar kematian akibat penyakit daripada kesan merokok dapat dikurangkan.
Mungkin anda sendiri pun terutama perokok sudah tahu bahawa separuh daripada perokok di seluruh dunia membunuh mereka. Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sebanyak 22.8% atau 4.99 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
Ia merupakan satu jumlah yang sangat besar dan cukup merisaukan. Penyakit kronik berkaitan rokok seperti penyakit kardiovaskular dan kaser merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kematian di Malaysia.
Selain kesan jangka masa panjang yang mengancam nyawa, rokok juga memberikan kesan jangka masa pendek. Apakah kesan jangka pendek yang mudah sering diremehkan oleh perokok?
Jom kita lihat di bawah.
HIDUNG
Sedikit demi sedikit mengurangkan deria bau. Disebabkan itu juga kalau diperhatikan ramai orang yang berhenti merokok akan mula mendapat selera makan kembali.
KULIT
Merokok juga dapat memberikan kesan terhadap kulit. Ia mengurangkan suhu badan dan kulit muka akan menjadi cepat berkedut.
MATA
Mengakibatkan mata berair dan radang mata yang boleh menggangu daya penglihatan.
Rokok yang disedut dan dihembu mengeluarkan asap mengandungi gas beracun. Aantaranya ialah pembebasan gas karbon monoksida. Ia menyebabkan oksigen kurang disalurkan ke otak lantas tidak dapat berfungsi baik dengan sepenuhnya.
TELINGA
Merokok juga boleh mengurangkan kadar pengaliran darah dan boleh menyebabkan pekak.
MULUT
Antara bahagian yang paling terdedah dengan kesan ketara ialah mulut. Pertama gigi akan menjadi kuning dan mudah reput. Selain itu ia boleh ‘membunuh’ deria rasa dan menjadikan mulut berasa tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak. Perokok juga sering terdedah dengan masalah nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
PARU-PARU
Paru-paru merupakan organ yang sering dikaitkan dengan rokok. Untuk kesan jagka masa pendek perokok mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga stamina mereka untuk bersukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN KUANTITI KALORI YANG CUKUP AMAT PENTING DALAM BINA BADAN. RAMAI YANG MASIH KELIRU DALAM PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN. AMATLAH PENTING UNTUK KITA MEMBUAT JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN KITA SENDIRI.
Ini adalah diet 4 selebriti yang mereka amalkan untuk mendapatkan transformasi badan!
CALVIN HARRIS
1-DAGING
Terdapat pelbagai zat dan unsur –unsur lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina dan juga mengekalkan jisim otot badan kita. Daging mempunyai protein yang berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B dan juga zink.
2-AYAM
Ayam juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi serta membantu menguatkan tulang. Tapi ingat amalkan makan ayam tanpa kulit dan lebih baik kalau kita goreng atau bakar sahaja kerana nilai kalorinya akan menjadi rendah dan tidak menyumbang kepada pembentukan lemak yang tidak diingini.
3-TELUR
Dalam telur terdapat kandungan nutrisi yang tinggi. Telur mengandungi zink (yang bermanfaat untuk kuku dan juga rambut). Selain itu dalam telur juga terdapat karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin iaitu unsur yang selalu terdapat dalam vitamin A. Di dalam telur juga terdapat vitamin D untuk melindungi jantung dan penyakit kanser, Terdapat juga lecithin untuk tingkatkan keupayaan otak dan juga pencernaan lemak.
B) JONAH HILL
4-IKAN
Ikan juga mempunyai protein yang sangat tinggi, berkualiti, serta mempunyai kandungan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan cepat. Di dalam ikan terdapat lemak yang sihat sepertimana terdapat pada sayuran hijau, kekacang, minyak zaitun, dan avocado. Asalkan makanan ini tidak di masak bergoreng dan penuh garam.
5-OAT DAN BIJIRAN
Kalau dahulu masyarakat kita lebih biasa dengan coco crunch dan cornflakes, kini kita mulai terdedah dan biasa juga dengan oat dan juga bijirin lain yang mempunyai karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Makanan seperti ini boleh membantu pembakaran lemak. Selain itu roti gandum dan nasi perang juga merupakan antara sumber yang terbaik.
C) SAM SMITH
6-BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Selalu kalau kita makan berat mesti ada sedikit sayur dan akhirnya selepas makan kita makan buah. Kalau ikut sunnah ramai yang mengamalkan memakan buah sebelum makan makanan berat. Sebenarnya kedua-dua makan ini mempunyai nutrisi yang sungguh tinggi kandungan antioksidanya. Selain itu terdapat juga fiber untuk kita detoks kotoran dan juga lemak dengan efektif.
D) JOHN KRASINSKI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.