Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah kita rawat bisul hingga nanah mengalir keluar.
Walaupun abda rawat sendiri bisul, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.
Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip yang MASKULIN sediakan ini :
1. Tuam dengan tuala panas
Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
3. Sapu krim antibakteria
Ads
Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
4. Jaga kebersihan diri
Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.
5. Rawat luka dengan segera
Ads
Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.
6. Elak duduk terlalu lama
Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.
7. Jangan kongsi tuala
Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.
Lelaki memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. Hanya sejumlah kecil daripada mereka yang berjaya diketahui punca-punca spesifik kemandulan tersebut, selebihnya masih belum ditemui jawapan yang konkrit.
BILANGAN SPERMA YANG TIDAK MENCUKUPI
Sesetengah lelaki mungkin mengalami masalah di mana kandungan sperma dalam testis mereka tidak benar-benar mencukupi. Faktor ini menyumbang kira-kira 16% kepada penyebab kemandulan bagi seseorang lelaki.
STRUKTUR SPERMA YANG TIDAK SIHAT
Sebilangan lelaki juga mengalami masalah di mana kandungan sperma mereka kurang sihat. Rupa bentuk sperma yang tidak sihat dan kurang sempurna menyebabkan pergerakan sperma di dalam saluran persenyawaan isteri terganggu. Ini menyebabkan peratusan persenyawaan untuk menjadi sangat rendah.
JANGKITAN KUMAN DAN BAKTERIA
Jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci menyumbang kira-kira 4% kepada penyebab kemandulan. Jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. Jangkitan juga boleh diperolehi melalui saluran persenyawaan isteri.
FAKTOR KONGENITAL JUGA MEMAINKAN PERANAN DI DALAM KEMANDULAN LELAKI
Ia boleh disebabkan oleh kromosom yang tidak sihat dan sempurna, juga boleh disebabkan faktor-faktor kongenital lain seperti sindrom klinefelter, cryptorchodism dan sebagainya.
UBAT YANG DIAMBIL PERLU MENDAPAT PESKRIPSI DOKTOR
Kanabis atau ganja sebagai contohnya didapati mampu menyebabkan kemandulan kepada seseorang lelaki. Antibiotik Tetracycline akan menurunkan hormon testosteron sebanyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis (penghasilan sperma). Sulfasalazine pula akan mengurankan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang menyangka pemain bola sepak profesional kerap menukar kasut hanya kerana mahu tampil bergaya di atas padang.
Realitinya, keputusan tersebut sebenarnya lebih berpaksikan aspek teknikal, prestasi, dan keselamatan.
Pemilihan dan penukaran kasut bukan sekadar soal fesyen ia berkait rapat dengan keperluan permainan yang kompetitif.
Tapak kasut yang sudah haus memberi kesan besar kepada cengkaman di atas padang, lebih-lebih lagi bila bermain atas permukaan yang licin atau basah.
Pemain seperti penyerang dan pemain sayap yang bergantung kepada kelajuan serta pergerakan pantas sangat bergantung kepada grip yang baik.
Kasut yang sudah tidak lagi mencengkam dengan baik meningkatkan risiko tergelincir dan kecederaan.
Maka, menukar kasut selepas beberapa perlawanan adalah langkah penting untuk kekalkan prestasi dan elakkan risiko.
Tidak semua padang dicipta sama. Ada padang lembut (Soft Ground), ada yang lebih keras (Firm Ground), dan ada juga padang sintetik.
Setiap jenis padang memerlukan jenis stud atau tapak kasut yang sesuai.
Kalau tersalah pilih kasut, pemain boleh hilang kestabilan semasa berlari atau membuat perubahan arah secara tiba-tiba.
Sebab itulah ramai pemain profesional membawa dua hingga tiga pasang kasut setiap kali perlawanan supaya mereka boleh sesuaikan kasut dengan keadaan padang semasa.
Bermain selama 90 minit memerlukan kasut yang selesa dan mampu memberikan sokongan secukupnya kepada kaki.
Kasut yang sudah longgar atau kehilangan struktur asal boleh menyebabkan kaki cepat penat, melecet, atau mengalami kecederaan kecil yang boleh menjejaskan prestasi keseluruhan.
Menukar kepada kasut baru membantu pemain kekal cergas dan selesa sepanjang perlawanan.
Dalam dunia bola sepak profesional, ramai pemain memiliki kontrak penajaan dengan jenama kasut terkemuka.
Sebagai duta atau ‘poster boy’ untuk sesebuah jenama, mereka dikehendaki memakai dan mempromosikan model terbaru termasuklah versi edisi khas atau warna terkini (colorway).
Jadi, tidak hairanlah kita sering melihat mereka memakai kasut berbeza-beza setiap beberapa minggu.
Jadi, lain kali kalau anda lihat pemain bola tukar kasut baharu, jangan cepat label sebagai ‘show off’.
Sebaliknya, ia adalah keputusan profesional demi memastikan keselamatan, prestasi, dan keselesaan berada di tahap terbaik.
Kalau anda sendiri aktif bermain bola setiap minggu, mungkin dah sampai masa untuk tengok semula keadaan kasut anda jangan tunggu sampai lunyai baru nak ganti.
Ingat, kaki anda pun aset penting dalam padang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecederaan kepala selepas kemalangan boleh berlaku tanpa simptom jelas pada awalnya. Ketahui tanda amaran, risiko tersembunyi dan kepentingan pemeriksaan awal bagi mengelakkan komplikasi serius.