Program realiti TV penuh aksi, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB), kembali dengan episod kedua yang benar-benar menguji erti brotherhood.
Bertemakan Metal Mania, episod ini menampilkan 12 peserta WYB bersaing dalam cabaran fizikal yang mencabar kekuatan mental dan fizikal mereka – semuanya di kawasan junkyard!
Dalam cabaran ini, 12 peserta dibahagikan kepada 6 pasukan. Peserta Top 6 dari episod pertama diberi peluang memilih rakan sepasukan mereka.
Antara gandingan yang menarik perhatian ialah Hakimi Noordin dan Ikmal Amry. Sebagai salah seorang Top 6, Hakimi tanpa ragu-ragu memilih Ikmal sebagai Bro-nya.
Keputusan ini menjadi taruhan besar kerana cabaran Metal Mania memerlukan lebih daripada sekadar tenaga; ia menuntut strategi dan kerjasama yang mantap.
Ujian Brotherhood Sejati
Misi cabaran ini adalah mengumpul sebanyak mungkin beban berupa komponen kereta, memuatkannya ke dalam kargo, dan seterusnya menarik atau menolak kargo tersebut ke atas platform penimbang.
Bagi Hakimi dan Ikmal, cabaran ini menjadi ujian sejati chemistry mereka sebagai sebuah pasukan.
Ads
Ikmal mendedahkan, “Saya fikir kekuatan saya lebih pada menolak, tetapi bila dah mula, baru sedar sebenarnya kekuatan saya pada menarik. Kami tukar posisi di saat-saat akhir, fokus kami hanya untuk habiskan cabaran secepat mungkin!”
Kerjasama erat dan strategi fleksibel antara mereka ternyata membuahkan hasil yang membanggakan. Pasukan mereka berjaya mengatasi jangkaan ramai dengan menempatkan diri dalam Top 3 episod ini.
Ikmal pula tidak dapat menyembunyikan rasa bangganya terhadap Hakimi. “Satu perkara bagi saya, sangat bangga dengan teammate saya, Hakimi. Bangga gila!”
Bukan Sekadar ‘Pretty Face’
Walaupun ada pihak yang meragui kemampuan mereka, Hakimi dan Ikmal membuktikan bahawa mereka bukan sekadar ‘pretty face’.
Ads
Kejayaan ini adalah hasil gabungan kekuatan fizikal, semangat kerjasama, dan kesungguhan untuk mencapai yang terbaik.
“Kami sendiri terkejut dapat Top 3,” kata Hakimi dengan penuh syukur. “Pada awalnya kami hanya mahu saling ‘push’ satu sama lain untuk buat yang terbaik. Bila dapat Top 3, rasa bangga sangat, Alhamdulillah!”
Gandingan Hakimi dan Ikmal telah mencipta kejutan menarik dalam episod ini, namun persoalannya, di manakah kedudukan mereka dalam mata keseluruhan cabaran ini?
Semua jawapan akan terungkap pada episod ketiga yang bakal ditayangkan pada 13 Disember 2024, jam 9 malam di Astro Ria.
Tidak dinafikan berbanding wanita, kebanyakan lelaki tidak mempunyai koleksi produk penjagaan wajah banyak seperti mereka. Namun jika ditanya setiap lelaki apakah seleksi produk penjagaan wajah yang mereka ada, pastinya ramai menjawab pencuci atau skrub wajah.
Buat lelaki yang sentiasa bergerak aktif menggunakan pencuci wajah merupakan satu kemestian dan solusi untuk penjagaan wajah. Selain menghapuskan kotoran, ia juga berfungsi memberikan perlindungan daripada pelbagai elemen tidak baik untuk kulit.
Di pasaran terdapat kambakan produk pencuci wajah untuk lelaki merangkumi pelbagai jenis jenama juga peringkat harga.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis produk pencuci wajah yang bagus boleh didapati pada harga RM20 secara di atas talian (harga promosi ketika artikel ini ditulis). Ikuti senarai berikut;
GARNIER MEN ACNO FIGHT
Menggunakan khasiat dari wasabi yang mengandungi bahan anti-bakteria. Mampu menghapuskan 99% bakterua menyebabkan jerawat dan mengawal kadar minyak di wajah
L’OREAL MEN EXPERT
Membersihkan wajah dengan efektif dengan membuang segala kotoran dan menghidratkan kulit. Ia turut menjaga tekstur wajah agar kekal segar.
Membersihkan kotoran dan minyak yang terdapat di liang pori-pori. Ia juga melembutkan kulit wajah dan melembabkan selepas digunakan.
BIOAQUA MEN ONLY OIL CONTROL
Selain membersihkan wajah ia juga berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan wajah. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit wajah normal.
NANOWHITE MEN OIL CONTROL PERFECT CLAY
Mengurangkan kadar minyak di wajah serta membantu tekstur kulit menjadi lebih baik. Ia juga memerangkap kotoran dan mengurangkan kerosakan akibat pencemaran.
MEN’S BIORE FACIAL FOAM DOUBLE SCRUB
Diformulasikan dari teknologi million-scrub dari Jepun. Ia mengoptimasikan kemampuan pencucian detoks dengan Micro Scrubs yang menembusi liang pori.
Kesemua seleksi produk pencuci wajah di atas boleh anda dapatkan pada harga bawah RM20 di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penampilan pada wajah sama ada berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing. Setiap lelaki ada keselesaan sendiri dalam menentukan gaya penampilan wajah mereka. Namun tidak semua orang boleh ‘carry’ dengan setiap penampilan berbeza.
Sejak dari dahulu lagi lelaki yang mempunyai karakteristik ada rambut di wajah dianggap sebagai satu simbol kelelakian. Maka tidak hairanlah mengapa ramai wanita menganggap lelaki berpenampilan seperti ini sangat menarik di mata mereka.
Kali ini MASKULIN ingin perkatakan tentang penampilan lelaki bermisai. Sebut sahaja misai pasti ramai yang terbayang penampilan A.Galak dalam siri TV dan filem aksi ‘Gerak Khas.
Tidak ramai lelaki berani menyimpan misai dan bereksperimen dengan gayanya. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat ramai wanita yang suka kepada lelaki bermisai?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa dalam dia wanita sebenarnya suka lelaki bermisai.
ELEGAN
Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan gaya pakaiannya yang tampak stailo. Misai mampu menjadikan lelaki nampak lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi. Ini salah satu karakteristik lelaki yang diidamkan oleh wanita.
LEBIH MATANG
Wanita mahu berdampingan dengan lelaki yang matang bukannya lelaki berlagak anak muda remaja yang nampak keanak-anakan. Dalam kebanyakan budaya misai dianggap sebagai simbol kematangan seorang lelaki.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki macho di dalam filem. Ramai di antaranya bermisai dengan lagak sangat macho. Lelaki bermisai tidak perlu bekerja keras untuk tampak segak dan macho di hadapan wanita. Cukup sekadar mengukirkan satu senyuman manis. Pasti ramai hati yang berdebar kencang.
Seorang lelaki yang menjaga penampilan bermisai dengan baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang kemas. Biar nampak macam selekeh tapi sebenarnya lebih kemas berbanding orang lain.
DEFINISI KACAK
Bagi ramai wanita, lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampanan. Misai juga menjadi indikasi bahawa seorang lelaki sudah berubah daripada remaja kepada lelaki dewasa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendifinisaikan lelaki bermisai sebagai kacak.
Buat anda yang ingin menyimpan misai, lakukanlah dengan baik. Penjagaan rapi boleh membawa imej yang sangat baik kepada anda. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan di negara kita dan mungkin juga di dunia aktviti kesihatan yang paling popular sekarang adalah berlari dan berbasikal.
Kedua-dua aktviti ini merupakan aktiviti atau hobi klasik yang telah wujud sejak zaman peradaban moden manusia. Berlari dan berbasikal juga sejenis senaman di dalam bentuk aerobik dan ia boleh dilakukan boleh dikatakan dimana sahaja.
Sama ada di dalam gelanggang balapan, trek, jalan raya dan juga denai alam semula jadi. Secara umumnya ramai yang faham bahawa aktviti larian membakar lebih banyak kalori berbanding berbasikal. Namun dalam masa yang sama ia memberikan impak lebih besar dan keras kepada otot dan juga sendi.
Jadi memilih jenis aktviti yang sesuai untuk diri sendiri sangatlah penting. Satu perkara anda harus ingat, sama ada berlari atau berbasikal. Jangan ikut trend semata.
PEMBAKARAN KALORI
Sebenarnya jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada intensity dan juga tempoh ia dilakukan. Tapi secara umumnya berlari membakar lebih banyak kalori kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan otot. Berbanding basikal yang sifatnya lebih ‘lembut’ kepada badan dan juga boleh dilakukan lebih lama berbading larian.
Pembakaran kalori juga akan jadi lebih banyak sekiranya anda melakukan pendakian bukit. Faktor usia, berat badan, jantina dan juga beberapa faktor luaran lain juga boleh menentukan jumlah pembakaran kalori.
Dri segi kesihatan kardiovaskular kedua-dua aktiviti memberikan manfaat yang sangat baik. Senaman jenis aerobik mampu membantu jantung menjadi lebih kuat dan melatihnya untuk pam lebih banyak oksigen ke dalam badan. Jadi tiada masalah sama ada larian atau berbasikal. Masing-masing beri manfaat kepada kesihatan.
MEMBINA OTOT
Berbasikal mampu membantu bahagian bawah badan seperti paha, kaki, bontot dan juga betis menjadi lebih besar. Manakala berlari pula tidak akan membuatkan otot kaki membesar seperti berbasikal. Larian pula menggunakan hampir semua otot badan dalam waktu yang sama. Jadi ada banyak beza penggunaan otot untuk dua aktviti popular ini.
TURUNKAN BERAT BADAN
Tidak dinafikan ramai yang mula aktif berbasikal atau berlari kerana ingin menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan pertama sekali anda perlu mencari keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori.
Larian boleh menurunkan berat badan lebih cepat berbanding basikal. Namun jika melakukan aktiviti berbasikal dengan lama, kalori yang dibakar akan lebih kurang sama dengan larian.
Kesimpulannya, tidak kiralah aktviti berbasikal atau berlari. Selagi ia sesuai dan memberikan manfaat kepada kesihatan anda lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Pilih mana yang sesuai dengan usia serta gaya hidup anda. Malah anda juga boleh bergilir-gilir melakukan kedua-dua aktiviti ini.
Tetapkan sasaran dan cuba capai, pasti anda akan puas hati bila sudah berjaya nanti.
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video tip fitness seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.