“CUTS & BATTLE SCARS”

Itulah penulisan yang dikongsikan oleh Hafeez Adam baru-baru ini di Twitter miliknya. Hafeez meminta orang ramai untuk membaca tentang kisahnya yang berlawan dengan ‘kisah hitamnya’ ketika di usia remaja.


Hafeez menulis di dalam blognya, dia pernah untuk menjadi seorang yang positif dan kuat satu ketika dahulu tetapi dia akur dia tersungkur dan jatuh juga.

Menurutnya, banyak benda yang dia lalui namun kerana sunyi, hidup berseorangan dan tertekan akhirnya dia mencederakan dirinya sendiri.

I Was Out of my mind, aku tak berani guna perkataan depression tu sebenarnya. Because I didn’t know what I was dealing with. still don’t actually. But itu benda pertama aku buat. I started cutting myself. Yes, I cut myself.

“Mula dengan kecil dan kemudian besar. Malah lebih dalam. Selepas itu yang saya tahu badan saya di penuhi dengan parut luka.” Tulisnya di blognya.

IKLAN

Tambahnya dia seakan lega dan berpuas hati apabila melihat darah keluar dari badannya.

Malah, dia menambah dia sangat pandai menyimpan rahsia yang sebenarnya dia tertekan. Namun ada tiga orang rakannya yang berjaya menyelamatkannya dan dia berterima kasih pada Haziqah, Aiman dan Hairie kerana membantunya berdiri kembali.

When the blood flows (out). That’s when the pain goes (away). What was I thinking?? I admit that I was feeling a lot better after every cut. Buat aku rasa lega (ye. psiko. tapi tu yang aku rasa). I’d feel okay for few hours before I go on for another cut.

I didn’t tell a single soul. I kept everything to myself. I was really good at keeping things to myself. Tak ada seorang pun housemates aku tahu yang I was in deep masa mula-mula tu dan aku pandai sorok juga. hari-hari pakai baju lengan panjang/hoodies.

But Aiman, Hairie and Haziqah saved me, mereka bertiga keluarkan aku dari darkness tu. Tolong aku berdiri balik. Hairie was the first one yang ternampak. then He texted Aiman. And Aiman bagitahu Haziqah. Haziqah and Aiman was away masa tu. Thus, the reason kenapa ada gambar-gamabr dekat atas.

“Jujur. Aku berhenti solat masa umur 18 tahun. Memberontak. Mak marah seratus kali. Seratus kali aku ignore.” Tulisnya lagi.


Kini dia semakin pulih dan kuat. Malah dia juga telah Kembali kepada Allah, dia berdoa agar diberi kekuatan untuk mengharungi segala ujian, cabaran dan dugaan daripadaNya.

“Ya Allah, kau berikan lah kekuatan dan ketenangan yang senantiasa kepada hambamu ini. Kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan dari mu, Ya Allah

“Itu adalah doa aku. setiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Aku diberi kekuatan dan ketenangan sedikit demi sedikit. Allah murahkan rezeki aku. Hidup aku sibuk dengan kerja dan kerjaya sehingga aku tak sedar. Dalam tempoh aku leka berkerja. Aku diberi kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif dan menjadi manusia yang redha. Aku lupa semua masalah aku. Alhamdulillah.

“ Honestly, and this is very important, I wasn’t trying to commit suicide pun. That was never my intention. Didn’t cross my mind. I only wanted the pain to go away. I wanted to let IT go. But that was crazy-thinking. That was stupid.

And today, when I look at these scars. These battle scars. My battle with my issues, aku tak pandang parut-parut ni dengan perasaan “I’ve failed” parut-parut ni adalah tanda yang cakap dekat aku “You’re a winner. You’ve been through darkness” kau jatuh dan bangun semula. And here you are. Standing. (as) A winner. Because you’ve fought.” Jelasnya.