
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Lagu yang bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu namun sudah tersenarai dalam carta Top 3 iTunes.
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.

Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.

Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kurang Tidur Bukan Faktor Utama Badan Lemau Sepanjang Hari, Ini 5 Perkara Yang Kamu Perlu Tahu

Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula. Sebenarnya kekurangkan tidur bukanlah faktor utama buatkan kamu keletihan sepanjang hari.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.
1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon

Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama. Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid
Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
3. Anda Tidak Berhidrasi

Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan. Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
4. Mandi Pada Waktu Malam

Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan? Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
5. Bersenam Selepas Waktu Kerja

Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya. Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baik dan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.
Sumber : Lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki Pendiam Lebih Eksklusif!


Bising ~ lebih mudah ditafsir sebab setiap yang diterima akan terus diberikan komen. Apa-apa yang tidak disenanginya akan terus dilontarkan dalam bentuk kritikan. Dengan itu mudah kita faham apa yang sebenarnya dipendam dalam hati.
Jadi, membuat kesimpulan lelaki pendiam adalah lebih berbahaya memang ada hujahnya. Tapi, buakankah diam bererti berahsia???Apa-apa yang dirahsiakan selalunya tidak elok diketahui org lain. Apa yang dirahsiakan inilah menjadi sebab kenapa lelaki pendiam kadang-kadang bersifat pelik dan melakukan perkara-perkara yang sukar dipercaya.

Agaknya, dari sinilah datangnya perumpamaan “jangan disangka air tenang tiada buaya”.
Diam boleh dikategorikan kepada dua jenis;
- Diam memang pendiam
- Diam disebabkan malu

Diam pendiam boleh disamakan dengan kosong tiada berilmu, tetapi diam malu boleh jadi pintar tetapi tidak mahu kecoh. Macam perumpamaan “diam-diam ubi berisi”. Rumah sape yang ada ubi tu,cuba la gali ubi tu. Tengok isi dia.
Bising pula selalu disamakan sebagai mengetuk tong kosong-bunyi kuat, tapi tiada apa-apa hasil. Walaupon tidak menghasilkan apa-apa, tapi tidak merosakkan apa-apa.
Kesimpulannya,sifat diam itu diperlukan tetapi usah terlalu diam kerana komunikasi amat penting untuk merungkaikan masalah bahkan kata-kata yang berterusan sentiasa memadam salah paham dan memupuk persefahamanm sebaliknya..usah terlalu bising sebab terlebih bising lambang pada cakap kotor serta kadang-kadang boleh menyakitkan hati.
Yang paling terbaik, bercakap apabila perlu, diam apabila patut mendengar. Sesekali mulakan bicara, kerana itu mesra namanya. Senyap ketika orang bercakap menimbulkan persepsi negatif. Jika malu nak menyampuk, senyum, ketawa, mengangguk pun sudah memadai untuk menyenangkan semua orang dan menghilangkan apa-apa juga sangkaan.

Jadi, apa kelebihan bercinta dengan lelaki pemalu?
1. Lelaki pemalu pendengar yang baik: lelaki pemalu ini bukan jenis yang suka berebut bercakap, dan tahap kesabaran mereka tinggi, jadi merekalah tempat terbaik untuk mengadu.
2. Lelaki pemalu orang yang ikhlas: kalau prince charming puji anda cantik, tak perlulah gembira sangat ye, sebab dia dah cakap benda yang sama dekat 1,154 perempuan yang lain. Tapi kalau lelaki pemalu puji anda cantik, dia dah practice depan cermin sebanyak 582 kali .
3. Lelaki pemalu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap details anda: lelaki pemalu ni tak banyak bercakap, lebih banyak masa mereka memerhati (“observe”). Jangan terkejut lelaki pemalu ni tahu apa makanan kegemaran anda walaupun anda tak bagitahu dia, atau dia ingat hari jadi anda sementara semua orang lupa, sebab dia dah lama dah perasan perkara-perkara tersebut.
4. Lelaki pemalu selalunya akan berjaya dalam hidup: sifat malu mereka menyebabkan mereka kurang bersosial dan buat aktiviti yang tak berfaedah (seperti clubbing, hisap shisha). Lebih banyak masa mereka fokus untuk membangunkan kepakaran dan merancang masa depan. Jadi kalau anda nak cari pasangan yang boleh buat hidup anda senang, carilah lelaki pemalu, bukan cari jenis muka hensem tapi minta duit dengan anda setiap hujung bulan.
5. Lelaki pemalu lelaki setia: malu perisai orang beriman. Tak perlu risaulah lelaki pemalu akan bercurang atau main kayu tiga. Jangan kata nak mengurat sana sini, mereka jumpa perempuan je terus akan menundukkan pandangan. Awesome kan?

Tapi lelaki pemalu ni bukan jenis yang akan datang approach anda ajak dating. Kalau anda berkenan dengan lelaki pemalu, berikut adalah 5 tips untuk memikat hati mereka:
1. Anda perlu berani dan proaktif: masyarakat expcet lelaki haruslah tak malu dan perempuan yang sepatutnya jadi malu-malu. Anda harus terbalikkan equation tersebut. Berfikir di luar kotak sikit, jangan terkongkong dengan kata-kata seperti “perigi cari timba”.
2. Anda perlu menonjolkan sifat ceria anda: jangan anggap lelaki pemalu ni pun suka perempuan pemalu. Kalau dua-dua pun pemalu boleh bela cengkerik kat rumah macam ni. Sebenarnya lelaki pemalu suka bercakap, dalam hatinya dia perlukan seseorang yang boleh cucuk dia untuk banyak bercakap. Jadi mereka mudah tertarik dengan perempuan yang jenis ceria, gila-gila dan suka ketawa besar.
3. Anda perlu banyak main mata dengan dia: nak main mata macam mana kalau dia asyik elakkan eye contact? Mudah saja, anda kena banyak memandang ke arah dia secara konsisten. Kalau dia tu classmate atau officemate anda, carilah tempat yang dia boleh pandang anda semasa kuliah atau mesyuarat. Banyakkan memandang ke arah dia, sekali kalau dia terpandang anda, dia akan ada rasa terkena elektrik. Tapi lepas 3-4 kali dia akan rasa selesa, dan dia pula yang akan curi-curi pandang anda balik selepas itu. That’s it, you’re captured his heart. Eh macam memancing pula.

4. Anda perlu memulakan perbualan: once dia dah minat dekat anda (signal dia suka anda dalam diam: dia pandang anda, maintain eye contact dan senyum), jangan takut untuk memulakan perbualan dengannya. Sebenarnya mereka ni suka bercakap, cuma tak ada peluang dan mereka tak suka bercakap dalam kumpulan. Approach dia secara persendirian. Dan bersabar kerana pada tahap awal lelaki pemalu akan beri respon “ok” “haha” “ye kot” saja. Anda perlu bimbing dia step by step untuk open up. Mencabar kan lelaki pemalu ni?
5. Anda perlu elakkan perkara personal semasa berbual: disebabkan mereka ini introspective, mereka akan kurang selesa dengan perkara-perkara tentang diri sendiri malah keep things to themselves. Jadi, pada tahap awal anda perlu banyak mencerita tentang diri anda. Biar lelaki itu cari point yang dia rasa boleh relate dan bina keserasian, baru dia akan open up dan reveal diri dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jersi Terbaru Nike Pasukan JDT, Laku Keras & Dapat Sambutan Luar Biasa

Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.

Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
TEKNOLOGI TERKINI

Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.

Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


