Hand photo created by bublikhaus - www.freepik.com

Bagi kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.

Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja? Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.

JUMPING JACKS

Lengkapkan Set Rutin Senaman 20 Minit Ini Setiap Pagi, Badan Akan Cergas Sepanjang Hari
Hand photo created by bublikhaus – www.freepik.com
  • Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
  • Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
  • Ulang semula sebanyak 20 kali.

WALL SIT

  • Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
  • Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
  • Ulang semula sebanyak 20 kali

ABDOMINAL CRUNCH

  • Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
  • Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
  • Ulang semula sebanyak 15 kali

SQUAT 

Lengkapkan Set Rutin Senaman 20 Minit Ini Setiap Pagi, Badan Akan Cergas Sepanjang Hari
Summer photo created by freepic.diller – www.freepik.com
  • Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
  • Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
  • Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
  • Ulang semula sebanyak 10 kali.

HIGH KNEES RUNNING IN PLACE

  • Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
  • Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.

PUSH-UP ROTATION

  • Meniarap dalam posisi tekan tubi.
  • Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
  • Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.

Selamat mencuba dan teruskan mengamalkan SOP dengan baik!

Subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terpantas di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI