Anda sedang merancang untuk membeli kereta? Sebelum membuat keputusan untuk membeli, anda harus tahu pembelian kereta itu sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau memang satu keperluan bagi anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Perkara ini amat penting kerana masykarakat seharusnya tidak berhadapan dengan isu ‘kering’ duit poket kerana terpaksa menanggung beban hutang yang terlalu tinggi.
Sehubungan itu, mari kenal pasti 8 tip yang perlu diberi perhatian sebagai pengguna yang bijak :
1. Ketahui status kewangan anda
Jangan terikut-ikut dengan orang. Seandainya gaji kita sekitar RM3,000, pastikan anda mampu menguruskan pertambahan komitmen pembayaran kereta.
Buat pengiraan misalnya, komitmen terkini adalah RM1,000 (rumah) + RM800 (makan minum) + RM200 (internet dan bil telefon + RM150 (PTPTN) = RM2,150.
Jadi anda akan mempunyai baki sekitar RM850 sahaja. Dengan itu, anda perlu memastikan komitmen pembayaran kereta yang ingin diambil mestilah berada di bawah paras baki itu.
Juga fikirkan soal kecemasan. Jika anda memilih untuk mencari kereta dengan komitmen setinggi RM800 sebulan untuk sembilan tahun, akaun bank anda hanya tinggal RM50 sahaja selepas menerima gaji.
2. Deposit atau ‘duit muka’
Ads
Jika anda memilih pakej kereta dengan deposit 0 peratus, komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding anda membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.
Pendahuluan 10 peratus itu membawa maksud sebagai contoh, sekiranya kos kereta baru berharga RM60,000, anda biasanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM6,000 terlebih dahulu sebelum anda menerima kereta tersebut.
3. Kereta tempatan atau import?
Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kenderaan import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan nasional seperti Proton. Walau bagaimanapun, perbezaannya adalah amat kecil.
4. Margin pembiayaan
Ads
Sekiranya anda mampu bayar wang deposit yang lebih besar atau dengan lebih banyak, kadar faedah biasanya menjadi lebih rendah.
5. Caj pembayaran lewat
Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam perjanjian Sewa-Beli (ponteng bayar), denda lewat bayar pada kadar 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah ansuran tertunggak.
6. Penjamin
Pihak bank sekurang-kurangnya memerlukan anda mencari seorang penjamin bagi menyokong permohonan pinjaman pembelian kereta sekiranya mereka berpendapat komitmen anda sangat tinggi.
Penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman kita tadi, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika kita gagal menghormati perjanjian Sewa-Beli namun sebagai pengguna yang bijak, jangan khianati kepercayaan yang diberikan oleh penjamin.
Tahu-tahu enam bulan sudah tidak bayar dan penjamin pula yang terpaksa jadi mangsa.
7. Takaful
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kereta ‘dilindungi’ dengan betul. Bank biasanya perlukan kita mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.
8. Senarai dokumen
Dokumen biasa yang diperlukan semasa hendak menghantar permohonan pinjaman adalah seperti berikut :
Tiga (3) bulan slip gaji terkini
1 salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
1 salinan lesen memandu yang sah (jika ada)
1 salinan buku bank / penyata akaun bank
1 salinan penyata KWSP terkini
Bagaimana? Kalau rasa sudah bersedia, selamat membeli kereta baharu..!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas muka depan imej MPV (kenderaan pelbagai guna) Mitsubishi baharu tersebar, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan imej rasmi model berkenaaan sebelum kemunculan globalnya pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Namun, pada majlis pendedahan MPV itu kepada media Indonesia, Mitsubishi tidak mengumumkan nama rasmi model berkenaan. Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander. Apakah masih nama yang sama atau akan berubah?.
Buat masa ini Mitsubishi menggelarkan MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’.
PT Mitsubishi Motor Kramayudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia menyatakan MPV kompak itu menggabungkan kebaikan SUV (kenderaan utiliti sport) dan MPV.
Model itu menggabungkan keselesaan dan ruang yang lapang seperti sebuah MPV dan kekuatan, gaya dan fungsi dari SUV.
Oleh kerana saiz badannya yang agak besar dan lebar berbanding MPV dalam kelasnya, Mitsubishi memberi jaminan produk yang digelar sebagai MPV sejuta umat oleh media Indonesia itu tidak akan berat.
ENJIN:
Bagi menggerakkan model MPV itu, Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
LUARAN:
1) Desain depan menggunakan konsep Dynamic Shield yang menggabungkan tiga peringkat lampu iaitu lampu nyalaan siang (DRL) LED di bahagian sisi atas dan lampu utama yang digabungkan bersama lampu isyarat membelok di bahagian bawah (tengah sisi bampar). Terakhir, lampu kabus di letakkan di bahagian bawah sekali.
2) Lampu belakang mengingatkan kepada Mitsubishi Pajero Sport yang lama. Selain itu, ia juga mirip kepada model CR-V baharu.
3) Cermin belakang agak landai.
4) Menggunakan operasi sistem keyless entry selain lampu depan akan menyala selama 30 saat ketika pemilik keluar dari kenderaan pada waktu malam.
5) Dimensi MPV ialah panjang 4,475 mm, lebar (1,750mm) dan tinggi (1,700 m) serta jarak kelegaan tanah 205mm.
6) Bampar belakang dipadankan dengan rekaan yang sederhana bersama diffuser dan reflektor di bahagian bawah.
KABIN
1) Pada bahagian papan pemuka, Mitsubishi memilih skrin head unit yang diposisikan di atas corong pendingin hawa. Desain papan pemuka ala kubah itu menerima kemasan dua tona warna iaitu beige (kuning air) dan kelabu.
2) Kerusi juga menerima kemasan warna kuning air yang dipadankan dengan stereng tiga jejari.
3) Bahagian panel instrument digabungkan dengan paparan digital dan analog. Indikator speedometer diletakkan di tepi kanan manakala takometer di sebelah kiri dengan MID digital di tengahnya.
4) Kabin menawarkan tujuh tempat duduk.
5) Lebih menarik kerusi barisan kedua dilengkapi dengan perehat tangan yang agak besar dan kerusi berkenaan boleh ditolak ke sisi seperti Mazda Biante.
6) Untuk akses ke kerusi belakang, Mitsubishi menggunakan konsep one touch tumble.
7) Bagi mendapatkan ruang kargo yang lapang, kerusi barisan kedua dan ketiga itu boleh dilipat sehingga rata.
8) Turut ditawarkan USB mahupun soket 12 volt.
HARGA:
Anggaran harga bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Tidak dinafian jenama BMW menjadi pilihan buat ramai eksekutif muda di Malaysia dan seluruh dunia amnya. Dengan keterampilan jentera ciptaannya yang sentiasa mendapat suntikan rekaan moden dan penuh nilai estetika tersendiri tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan ramai.
Terbaru, BMW Group Malaysi bakal memperkenalkan jentera dari siri BMW 4 Series terbarunya, BMW 430i Coupé M Sport. Beberapa hari lalu, mereka telah mengumumkan pratempahan untuk genrasi terbaharu model jentera tersebut kini disediakan menerusi BMW Shop Online.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Herald Hoelzl, “Kecemerlangan yang dituntut dalam aspek kefungsian dan rekaan berestetika sejak sekian lama telah mendasari prinsip pembangunan kereta kami yang merangkapkan sebuah keunggulan serta membekalkan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya buat para pelanggan kami. Dan janji kami ini meliputi seluruh produk BMW.”
Dari segi rekaan, BMW 430i Coupé M Sport tampil dengan pendekatan sebagai sebuha jentera yang unik. Ia tidak lari daripada membawa reputasi keunggulan jenamanya dan dalam masa yang sama menerajui reka cipta inovasi moden.
BMW Group Malaysia menaru keyakinan bahawa model ini akan turut mengikuti jejak langkah model-model keretanya yang lain bakal menyusul pada tahun ini. Atas sebahagian daripada bahasa reka bentuknya yang bersifat puris, BMW 430i Coupé M Sport baharu mempamerkan penggayaan yang memetik ilham daripada model-model bersejarah yang terdahulu, namun masih membawakan nuansa serba kontemporari.
Rekaan atletik jentera coupé ini menonjolkan keelegenan dan keeksklusifan, kelainannya dapat dilihat dengan jelas berbanding model-model BMW 3 Series. Berbekalkan aspek pengendalian sporty yang dipadankan dengan ciri-ciri keselesaan bertaraf tinggi, BMW 430i Coupé M Sport baharu menjamin pemanduan yang lebih lancar.
Pratempeahan untuk model hebat ini kini boleh dibuat menerusi platform BMW Shop Online dengan tawaran bersama pakej inovasi. Untuk makulant lanjut anda boleh layari laman sesawang BMW yang rasmi di sini.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan video menarik seperti di bawah!
Foto: Fabian Kirchbauer
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Generasi baharu Honda Accord kini sedia dipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam itu baru sahaja melancarkan generasi ke-10 Honda Accord.
Model sedan segmen-D itu lebih lebar, walaupun jarak roda dipanjangkan tetapi bahagian badan lebih pendek dengan garisan bumbung yang rendah.
Seperti apa popularnya model berkenaan? Untuk makluman, secara purata sebanyak 13 juta Honda Accord dijual di Amerika Syarikat sejak 41 tahun lalu. Ini bermaksud Accord akan terjual setiap dua minit.
Ini menjadikan pembaharuan semula Accord adalah satu cabaran besar. Di sini, penulis senaraikan sembilan perkara yang perlu anda ketahui tentang Honda Accord 2018:
Honda menggantikan enjin 3.5 liter V6 dengan 2.0 liter pengecas turbo 4-silinder daripada enjin Civic Type R. Tetapi jangan terlalu teruja bahawa Accord lebih maniac seperti Type R. Accord akan menerima inersia turbo rendah yang berbeza.
Terdapat juga enjin 1.5 liter turbo petrol iaitu enjin sama yang digunakan pada model Civic. Enjin 1.5 liter menggantikan enjin 2.4 liter aspirasi semulajadi (NA).
Versi Hibrid turut ditawarkan menggunakan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson bersama sistem dua motor hibrid yang dikemas kini. Bahagian bateri dan modul kawalan diposisikan di bahagian bawah lantai but bagi mengekalkan ruang kargo dan membolehkan kerusi barisan kedua dilipat.
Honda mengesahkan Accord generasi ke-10 adalah model pertama pacuan depan yang digabungkan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Transmisi tersebut akan dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo. Manakala, transmisi CVT ditawarkan pada versi 1.5 liter.
Bagi pengguna yang menginginkan keseronokkan pemanduan, Honda masih terus menawarkan transmisi 6-kelajuan manual. Walaupun pilihan pemanduan manual berkenaan tidak begitu popular.
Oleh kerana Accord coupe hanya menyumpang kepada empat peratus jualan di Amerika Syarikat, Honda menamatkan tawarkan versi coupe.
Skrin sentuh hiburan lapan inci dipadankan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara, sistem telematik HondaLink diperbaharui dengan ciri bantuan tepi jalan, membuka dan mengunci jarak jauh serta menghidupkan enjin, diagnostik jarak jauh dan pengesan apabila kenderaan dicuri dan geofencing.
Lebih menarik Honda Sensing ditawarkan standard bagi kesemua varian.
Accord versi 2018 lebih lebar, pendek dan rendah. Bahagian jarak roda meningkat sebanyak 2.16 inci bagi menawarkan ruang kabin lebih lapang.
Walaupun jarak roda bertambah, panjang keseluruhan Accord lebih pendek 0.39 inci dan ketinggian sedan dikurangkan sebanyak 0.6 inci. Kedudukan kerusi juga agak rendah bagi menawarkan ruang kepala dan bahu lebih lega.
Bahagian kerusi belakang diposisikan sedikit ke belakang bagi memberikan ruang tambahan 1.9 inci pada bahagian kaki. Ruang but belakang juga meningkat.
Penggunaan 54.2 peratus keluli kekuatan tinggi menyumbang kepada pengendalian tajam Accord. Ia juga mengurangkan berat badan Accord selain meningkatkan ketegaran. Pengurangan berat Accord di antara 50 sehingga 80kg (bergantung kepada varian).
Rekaan semula topang MacPherson pada bahagian depan menawarkan pengendalian lebih baik. Manakala bahagian belakang juga didatangkan dengan suspensi multilink baharu. Lebih menarik, buat pertama kali Accord ditawarkan dengan penyerap hentak adaptif.
Accord didatangkan dengan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod berkenaan akan mengubah pengendalian stereng, kotak gear dan pemetaan pendikit serta suspensi bagi menawarkan pemanduan santai dan sporty mengikut mod pilihan.
Accord 1.5L: LX, Sport, EX, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord 2.0L: Sport, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord Hybrid: Hybrid, EX, EX-L, EX-L Navi, dan Touring.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.