nampak kacak bergaya
Foto: svetlanasokolova - www.freepik.com

Tanyalah mana-mana lelaki, sama ada mengaku atau tidak semua mahu nampak kacak dan bergaya. Alasan tiada wang untuk bergaya juga sebenarnya tidak boleh diterima. Idea gaya itu ada bermacam jenis tapa mengira kos yang tinggi.

Walau apa jua jenis kerjaya, personaliti dan juga bentuk badan seorang lelaki itu bleh tampil bergaya jika kena caranya. Selagi tidak melakukan perubahan selagi itulah anda tidak akan nampak perubahan.

Selain menggayakan pakaian yang cantik anda juga boleh mengikuti beberapa tip fesyen dan gaya yang cukup relevan dengan lelaki.

Pakaian tidak melengkapi anda tetapi personaliti dan juga cara penggayaan. Berikut MASKULIN kongsikan do’s and don’t untuk anda sebagai seorang lelaki nampak lebih kacak, tampan dan bergaya.

Lengan baju menutup jam tangan

Jam itu merupakan mahkota bagi tangan lelaki. Jadi mengapa anda mahu menyorok mahkota tersebut? Jika tampil kasual dengan kemeja, lipatlah sedikit lengan baju agar jam tangan kelihatan. Bukan sahaja ia memudahkan anda melihat waktu malah penam,pilan anda juga akan jadi jauh lebih macho.

T-shirt bercetak

Jika anda memakai jaket elak memakai t-shirt yang mempunyai corak. Ketahulila bahawa t-shirt bercetak besar merupakan trend ketinggalan zaman. Cuba bayangkan bagaimana James Dean tampil berpakaian. Ringkas, klasik dan kacak!

IKLAN
Nampak Lebih Kacak Dengan Trik Fesyen Ini, Salah Satunya Cara Pilih Kemeja
Foto: halayalex – www.freepik.com

Kemeja-T berlengan besar dan labuh

Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan t-shirt yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.

Memakai tali pinggang dan suspender

Tali pinggang dan pendakap suspender perlu secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Pilih salah satu dan bukan pakai kedua-duanya sekali gus. Kedua-dua aksesori ini mempunyai fungsi sama jadi kenapa nak pakai kedua-duanya sekali.

Baju berkedut

Ya, memang agak melecehkan bila kena gosok baju. Namun jadikanlah ia tabiat yang menjadi keutamaan bila anda ingin tampil ke luar dan bergaya. Pakaian berkedut hanya menonjolkan sisi selekeh dan membuatkan anda nampak seolah-olah sebagai seorang pemalas.

IKLAN
Nampak Lebih Kacak Dengan Trik Fesyen Ini, Salah Satunya Cara Pilih Kemeja
Foto: lookstudio – www.freepik.com

Saiz salah

Jika anda hendak membeli apa jua pakaian seperti baju, sut atau kasut sekalipim usahlah pakai yang terlalu besar atau kecil. Pastikan saiznya bersesuaian dengan bentuk badan anda.

Buka sedikit butang

Apabila memakai sut atau jaket, jangan butang kesemua lubang melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.

BACA: Poket Kecil Seluar Jean, Ini Sebenarnya Fungsi Ia Diperkenalkan

IKLAN

Baju ke dalam seluar

Masih ramai lelaki yang memakai kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik. Melainkan anda menggayakan kemeja seperti flanel atau bercorak seperti tema Hawaii atau tye dye.

Poket kembung

Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.

Pakai sut hitam setiap hari

Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.

MASKULIN yakin dengan beberapa tip fesyen di atas anda mampu melakukan perubahan penampilan menjadi lebih kacak dan tampan. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI