Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pendedahan video daripada Muscle Mania yang membongkar skandal terbesar dalam industri suplemen tempatan khususnya melibatkan produk whey protein keluaran jenama tempatan.

Ujian makmal pihak ketiga ke atas beberapa sampel mendapati bahawa setiap 30g whey protein hanya mengandungi sekitar 3g protein sebenar.

@musclemaniaclub ⚠️ We sent popular Malaysian whey protein brands for lab testing — Here’s what we found Fit First, BS Nutrition, Muscle Kingdom, and America Pharma — four well-known whey protein brands sold across Malaysia have built their reputation on bold protein claims. But when we looked closer, the numbers didn’t add up.   We sent samples of each product to CHEMLab Malaysia and SGS, two accredited third-party labs 🔬. The results showed a clear pattern: the actual protein content was significantly lower than what’s printed on the label.   In some cases, we found less than half the stated amount of protein per serving 🥴.   These brands have positioned themselves as affordable, high-protein options for the Malaysian fitness community 💪. But the lab data raises serious concerns about label accuracy, consumer trust, and industry accountability. Keep watching for the real lab results. 👆 #musclemaniaclub #musclemaniaclubmalaysia #fy #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – MuscleManiaClub🇲🇾

Whey Protein, Mengapa Kita Ambil Ia?

Tujuan utama pengambilan whey protein adalah untuk membekalkan tubuh dengan asid amino yang lengkap, terutamanya selepas senaman.

Asid amino ini penting untuk membantu pemulihan otot, mengekalkan jisim otot sedia ada, dan paling penting membina otot baru.

Daripada pelbagai jenis asid amino, satu yang paling penting untuk pembinaan otot ialah leucine.

Leucine berperanan untuk mencetuskan isyarat kepada tubuh agar memulakan proses muscle protein synthesis (sintesis protein otot).

Ads

Otot Tak Naik, Rupanya Whey Palsu! Ini Realiti Suplemen Tempatan Yang Mengejutkan

Leucine Threshold Kunci Pembinaan Otot

Kajian menunjukkan bahawa tubuh manusia memerlukan sekitar 2.3g hingga 2.5g leucine dalam satu hidangan protein untuk mencetuskan proses pembinaan otot.

Jumlah ini dikenali sebagai leucine threshold. Jika jumlah leucine yang diambil tidak mencukupi, proses pembinaan otot tidak akan berlaku walaupun kita bersenam keras di gim.

Whey protein berkualiti tinggi biasanya mengandungi antara 10% hingga 14% leucine.

Ads

Jadi, seseorang perlu mengambil sekitar 25g whey protein untuk mendapatkan minimum 2.5g leucine yang diperlukan.

Masalah Bila Protein Palsu Masuk Badan

Jika benar dakwaan daripada video Muscle Mania bahawa satu hidangan 30g hanya mengandungi 3g protein, maka kandungan leucine di dalamnya hanyalah sekitar 0.3g — jauh lebih rendah daripada threshold.

Ini menjadikan proses pembinaan otot mustahil untuk berlaku.

Lebih teruk, jika protein itu merupakan campuran whey dengan protein berkualiti rendah lain (seperti B protein), maka kandungan leucine akan jadi lebih rendah.

Ads
Otot Tak Naik, Rupanya Whey Palsu! Ini Realiti Suplemen Tempatan Yang Mengejutkan
Foto : Ori Bionature

BACA LAGI : Baru Nak Gym? Ini Sebab Kenapa Creatine Patut Jadi Kawan Pertama Anda!

Ini bukan sahaja merugikan dari segi wang, malah mengganggu proses pemulihan dan pembinaan otot.

Badan juga berisiko untuk mengalami muscle wasting atau kehilangan otot akibat kekurangan protein yang kronik.

Pendedahan ini menjadi pengajaran penting untuk semua pengguna suplemen terutama mereka yang bergantung sepenuhnya pada whey protein.

Pakar pemakanan dan fitness sering menekankan bahawa majoriti protein harian sepatutnya datang daripada whole foods, seperti ayam, telur, ikan, dan kekacang bukannya 100% bergantung pada suplemen yang tidak diketahui ketulenannya.

Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI