Memakai pelitup muka bagi melindungi mulut dan hidung kini sudah menjadi sebahagian daripada norma baru kehidupan kita berdepan dengan ancaman wabak COVID-19.
Malah jika kita hendak memasuki mana-mana premis perniagaan kini kebanyakannya mewajibkan kita memakai pelitup muka. Kita cukup bertuah kerana kerajaan sentiasa mamastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi di pasaran.
Selain pelitup muka yang diimport kini semakin ramai yang menghasilkan pelitup muka sebagai punca pendapatan. Begitu juga dengan pereka-pereka tempatan. Antara yang bakal menampilkan rekaan pelitup muka ialah pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Menerusi perkongsian beliau di laman media Instagram, sekeping foto dimuat naik menunjukkan rekaan pelitup mulut disertai bungkusan yang mempunyai bentuk seperti plastik ubat.
Perkongsian foto pelitup muka diberi nama RIMASK tersebut merupakan teaser rekaannya yang bakal dikeluarkan pada masa akan datang.
Ads
“Segak na?
“Akan datang… #RImask”
Ads
Dengan kapsyen pendek sahaja ia mampu membibitkan rasa teruja warganet terutamanya follower-nya. Rata-rata peminat setia Rizalman tidak sabar-sabar menantikan ia dipasarkan.
Selepas lebih sedekad menjadi wajah utama kandungan bertemakan pengembaraan dan kemahiran hidup di YouTube, Outdoor Boys akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat sementara waktu kepada lebih 15 juta pengikut mereka di seluruh dunia.
Dalam satu video berdurasi lima minit yang dimuat naik ke saluran YouTube Outdoor Boys, pengasas dan peneraju utamanya, Luke Nichols, mengumumkan bahawa beliau akan berehat daripada menghasilkan kandungan baharu buat sementara waktu.
“Hai semua, ini akan menjadi video terakhir daripada saya untuk seketika. Saya telah pun menghasilkan video untuk tempoh hampir 11 tahun. Kali pertama menerusi saluran Catfish and Carp, dan hari ini dengan saluran Outdoor Boys,” katanya.
Menurut Luke, sepanjang tempoh itu, beliau telah menghasilkan lebih 1,110 video satu pencapaian luar biasa yang turut menyaksikan keluarganya menjadi sebahagian besar daripada perjalanan tersebut.
Luke turut berkongsi betapa besarnya komitmen yang telah diberikan untuk menghasilkan kandungan selama ini, termasuk berkhemah dalam keadaan sakit dan membina kabin walaupun cedera.
Walaupun begitu, beliau mengakui pengalaman ini telah memberi peluang untuk menjana pendapatan sambil mencipta memori indah bersama isteri dan anak-anaknya.
Namun, Luke mengakui bahawa segala yang baik, jika berlebihan, boleh menjadi beban.
Beliau kini merasakan sudah sampai masanya untuk berhenti seketika sebelum tekanan dan perhatian yang diterima menjejaskan kehidupan peribadi mereka.
Dalam tempoh 18 bulan terakhir sahaja, saluran Outdoor Boys telah menambah 12 juta pelanggan baharu, dengan jumlah tontonan mencecah 2.8 bilion di YouTube.
Namun begitu, Luke mendedahkan bahawa terdapat banyak kes di mana kandungannya dicuri dan dimuat naik semula ke platform lain, menjadikan jumlah tontonan tidak rasmi terhadap dirinya dan keluarganya melebihi 4 bilion tontonan.
“Perhatian daripada orang ramai yang mahu bergambar, berbual dan menghubungi kami kini terasa agak melampau,” ujarnya.
Keputusan untuk berhenti ini bukan sekadar kerana keletihan fizikal atau mental, tetapi lebih kepada kebimbangan terhadap keselamatan dan privasi keluarga.
“Saya dan isteri risau tentang apa yang boleh berlaku jika saluran ini terus berkembang tanpa batasan. Jadi kami fikir lebih baik berhenti sekarang sebelum keadaan menjadi tidak terkawal,” jelas Luke.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun dia masih mencintai aktiviti luar dan suka menghasilkan video, fokus utama kini adalah pada keluarga, terutamanya anak-anak yang semakin membesar.
Antara perancangan Luke selepas ini ialah membantu anak sulungnya, Tom, membina dan mengembangkan saluran YouTube miliknya sendiri.
“Selama ini saya banyak fokus pada diri sendiri dan perniagaan. Kini tiba masanya untuk beri perhatian kepada anak-anak saya yang akan menjadi remaja dan dewasa tidak lama lagi,” katanya dengan nada penuh harapan.
Dalam dunia moden hari ini, mencari seorang lelaki yang benar-benar memikul tanggungjawab sebagai provider untuk keluarganya menjadi sesuatu yang sangat dihargai.
Salah seorang yang memegang peranan ini dengan penuh dedikasi ialah pelakon terkenal, Remy Ishak.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, sifat Remy sebagai seorang family man sudah cukup memikat hati isterinya.
Dia bukan sekadar menyayangi keluarganya, malah turut memikul tanggungjawab besar untuk menjaga dan menanggung adik-beradik serta keluarganya.
Nilai kekeluargaan inilah yang menjadi faktor utama isterinya jatuh cinta kepadanya.
Kini, selepas kehadiran anak mereka, Tuah, Remy terus membuktikan keutamaan yang diberikannya kepada keluarga.
Menurut isterinya, Remy banyak melabur dalam pendidikan anak mereka.
Yuran kelas khas untuk Tuah sahaja mencecah RM2,000 sebulan, tidak termasuk perbelanjaan sekolah, pakaian dan lain-lain keperluan.
Malah, untuk pembelian pakaian setiap tiga bulan, pasangan ini membelanjakan kira-kira RM10,000.
Ini membuktikan kesungguhan Remy dalam memberikan yang terbaik untuk anaknya, sama ada dari segi pendidikan, keperluan harian mahupun gaya hidup.
Dalam perjalanan membesarkan Tuah, pasangan ini turut bersyukur kerana banyak keperluan bayi seperti baby cot dan barangan lain diperoleh melalui tajaan.
Ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan mereka, walaupun perbelanjaan utama masih banyak difokuskan pada pendidikan dan perkembangan Tuah.
Walaupun Remy sendiri menerima banyak tajaan dalam bentuk pakaian dan kelengkapan lain, dia tetap mengutamakan keluarganya dari segi kewangan.
Dari makan minum, pakaian, hingga ke keperluan pembelajaran anak, semuanya diberi perhatian rapi.
Secara keseluruhan, anggaran perbelanjaan untuk Tuah sahaja mencecah lebih RM4,000 sebulan.
Melihat kepada pengorbanan dan usaha Remy, jelaslah bahawa dia bukan sekadar ikon seni, tetapi juga contoh teladan seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam membina dan menjaga keluarganya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Betapa pentingnya seorang ayah untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Sentiasa ada di sisi anak lelaki mahupun perempuan, dalam susah mahupun senang.
Ustazah Asma Harun pernah merasai sakitnya kemurungan. Dan arwah ayahlah yang sentiasa ada, mendorong, memujuk, malah memberikan jalan hikmah yang akhirnya membantu membebaskan dirinya daripada belenggu keletihan.
RINDU YANG TIDAK KESAMPAIAN
Dalam riuh rendah orang sekeliling, selalu sahaja hati ini tiba-tiba rasa sunyi sepi sayu, halus sahaja rasa tu tapi menghiris-hiris. Air mata laju tidak terbendung. Rindu yang sangat dalam.
Saat saya rasa lemah, sedih, sakit, sempit dalam melalui jalan dakwah ini, saya cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah lembut dan kata² arwah ayah. Rindu suara ayah. Ayah baru sahaja pergi tahun lepas.
Masih jelas dalam ingatan, satu ketika saya dah nekad nak berhenti daripada teruskan master, rasa dah tak boleh nak siapkan thesis. Waktu itu juga ujian bertalu-talu, dihimpit dengan tekanan di tempat kerja (belajar dan kerja sepenuh masa), mengandung kali ke 7 dan keguguran (dr. kata kandungan terhenti pembesaran mungkin terlalu stress), tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadual kuliyah dan ceramah, masalah kewangan dan lain-lain. Ketika itu saya rasai sakitnya kemurungan.
Dalam tempoh dua tahun, selalu mengunci diri masuk bilik bila due date assignment dan exam, walaupun orang kata ustazah buat cincai je asal lulus sudah, tapi sudah terbiasa mesti mujahadah dalam belajar, target mesti A dan 3.8 ke atas, di situ ada nikmatnya.
Paling sedih bila anak kecil duk ketuk-ketuk pintu menangis sebab nak kita, macam-macam alasan mereka bagi, nak bagi beg la, nak tunjuk sesuatu la, selalu juga kalah pujuk rayu anak. Suamilah yang banyak berkorban. Banyak sangat. Moga Allah berkatimu.
Arwah ayah selalu telefon tanya khabar dan bagi semangat supaya habiskan belajar. Satu ketika saya telefon ayah bagitahu perlu berhenti kerana keadaan saya dah teruk dari sudut emosi, fizikal dan mental. Ayah terdiam seribu bahasa. Saya tahu ayah sangat sedih.
Tak lama lepas tu ayah telefon, Ayah kata..
“Asma’, cuba lihat orang bukan Islam yang bersungguh belajar hingga PhD untuk dapat habuan dunia, kita ni belajar untuk dunia dan akhirat, tak cukupkah SYURGA ALLAH sebagai pengubat segala sakitnya ujian tu, betulkan niat Asma’, buat kerana Allah”.
AllahuAkbar, ketika itu saya terduduk hanya mampu menangis sahaja. Teresak-esok. Saya ditegur lembut oleh ayah, saya nak siapkan master sebab nak kejar pengiktirafan manusia atau kerana mendalami ilmu kerana cari redha Allah, untuk perbaiki diri yang serba lemah.
Jika kerana manusia, maka kita sentiasa akan diuji dengan manusia. Jika kerana Allah, Dia sentiasa ada dalam hati, dalam langkah dan jatuh bangun kita.
Saat itu ditikar sejadah memohon ampun pada Allah, kerana lemah menjaga niat, meletakkan tujuan dunia itu lebih besar daripada akhirat. Betul-betul merayu minta tolong dengan Allah, tunjukkan jalan, bukakan kekusutan dan leraikan belenggu yang mengikat.
AllahuAkbar, Dia ya Saami’ Maha Mendengar, Dialah ya Qaarib Yang Maha dekat. Tekanan demi tekanan rupanya laluan untuk merasakan nikmatnya kalimah,
لا حولا ولا قوة الا بالله
AllahuAkbar, Allah buka satu persatu jalan keluar setiap kesulitan, kesempitan dan kesakitan. MasyaAllah Maha Baik Allah ya Barr, rupanya Allah tidak membiarkan saya selesai pengajian sebelum jelas akan niat dan tujuan. Itulah Tarbiyyah Allah kepada hambanya yang lalai. Fahami dan yakinlah Allah ya Rahman ya Rahim sentiasa sayang kita.
Ayah, duhai ayah. Tak mampu nak tuliskan kebaikan ayah. Peringkat awal saya mula langkah untuk berdakwah, ayah lah yang sanggup bersusah payah membaca dan mencatatkan nota, lalu telefon menjadi perantaraan kami hingga berjam-jam.
Ayah akan tanya esok ceramah dimana dan tajuk apa, Ayah akan berikan isi penting dan dalil yang berkaitan. Ayah selalu tegaskan, hafal dalil Quran, Hadis dan Sirah, jangan cakap kosong, semua kena semak dulu, nak sampaikan ilmu buat betul-betul.
Selesai ceramah ayah telefon lagi, bertanya bagaimana ceramah tadi. Seringkali saya cakap nak berhenti, malu sangat sebab penyampaian yang teruk, gugup sampai hilang habis isi, suara pun terketar-ketar. Tiap kali itu Ayahlah yang tidak henti beri semangat. Ayah tak pernah hilang percaya walau anaknya sendiri tak yakin lagi. Ayah duhai ayah. Tak mampu lagi catatan ini diteruskan..
Coretan ini buat semua ayah di dunia, jadilah lelaki yang terbaik buat anak anda. Sekali anda menjadi seorang ayah, iya adalah untuk dunia dan akhirat. Andalah tokoh paling penting dalam hidup anak, jadilah contoh yang terbaik, anda akan sentiasa hidup walau telah pergi.
Rindu bertamu menguatkan lagi rasa ingin bertemu, moga di Syurga Allah tempat kita semua kembali bersatu, insyaAllah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang