Mungkin anda fikir, lelaki kurus mudah untuk berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya anda silap kerana lelaki bertubuh begini juga berdepan dengan masalah dalam stail fesyen mereka.
Ini kerana, jika anda tersilap menggayakan pakaian boleh menampakkan lelaki kurus bertambah kurus dan sekeping.
Untuk mengelakkan lelaki kurus nampak melayang-layang, pastikan anda mempraktikkan panduan penggayaan ini agar penampilan anda nampak lebih smart.
1. ELAK GUNA BAJU KOLAR V
Jangan menggunakan baju berkolar V kerana ia akan menampakkan tulang anda lebih menonjol. Pilihlah pakaian berkolar tinggi atau turtle neck kerana ia akan menutupi tulang di sekitar leher anda.
2. GUNA BAJU BERLAPIS
Ads
Pakailah baju berlapis atau kombinasikan dengan beberapa baju untuk memberi ilusi tubuh badan anda nampak lebih berisi. Contohnya anda memakai t-shirt, dilapisi dengan jaket varsity atau kemeja yang besar sedikit di bahagian luar mengikut keselesaan anda. Namun pastikan anda memakai baju berlapis sesuai dengan keadaan cuaca. Elak memakai baju berlapis sekiranya cuaca sedang panas terik.
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk anda yang bertubuh kurus, sesuai memakai pakaian berpotongan slim fit kerana ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat! Elak memakai pakaian skinny fit kerana ia jelas menampakkan tubuh anda yang semakin kurus.
4. ELAK MEMAKAI PAKAIAN YANG LONGGAR
Ads
Pakaian longgar sememangnya membuatkan anda rasa lebih selesa namun ia tidak sesuai dipakai oleh orang bertubuh kurus kerana ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi orang mengatakan bahawa pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus tapi sebenarnya tanggapan itu salah.
5. GUNA AKSESORI YANG SESUAI
Pilihlah aksesori berukuran sederhana sama ada tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk tubuh kurus. Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda gaya anda akan kelihatan tidak kena.
Ads
6. ELAK MENGGUNAKAN CORAK MENEGAK
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak pada gaya fesyen anda. Seeloknya pakailah baju yang bercorak melintang bagi memberi ilusi tubuh anda lebih berisi.
7. PILIH PAKAIAN BERWARNA LEBIH CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan orang bertubuh kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan pemakaian berwarna gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, pakailah warna kelabu ataupun coklat terang untuk penggayaan anda.
STAIL RAMBUT MANA YANG BELUM PERNAH ANDA BUAT LAGI SETAKAT INI? INI 7 STAIL RAMBUT LELAKI YANG MEMANG TAK LAPUK DAN NAMPAK STAILO SETIAP MASA. TAK PERCAYA? JOM KITA CUBA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun 2017 adalah tahun yang paling kerap penulis ke panggung wayang untuk menonton barisan filem yang sememangnya terbaik. Ada diantara filem yang mempuyai mesej tersendiri yang disampaikan dalam corak yang sangat bersahaja, namun sinematografi nya sangat cemerlang. Ada juga filem yang sarat dengan mesej tersirat yang kadang-kala susah untuk difahamkan untuk sesetengah pihak. Namun, segalanya tentang pembaharuan. Tidak kisahlah dari segi jalan cerita, mesej yang ingin disampaikan, barisan pelakon mahupun helaian yang disarungkan, semuanya menjadikan perfileman tahun ini lebih meriah!
Melihat dari segi rekaan posternya, pasti ramai yang sudah agak tentang jalan ceritanya. Hubungan rapat antara Ratu Victoria dengan hambanya iaitu Abdul. Namun, sebenarnya, filem ini punya kecantikan tersendiri, bukan sahaja kerana lokasi pengambaraannya malah rentetan setiap babak sungguh sempurna dengan gabungan emosi yang gembira, sedih, kecewa serta konflik yang timbul, cukup rasanya! Diarahkan oleh Stephen Frears, ia diinspirasikan daripada cerita benar tentang hubungan yang sangat rapat diantara Ratu Victoria lakonan Judi Dench dan “sahabat baik”nya yang beragama Islam, Abdul Karim lakonan Ali Faizal. Bermula seagai seorang hamba yang mengembara dari tanah India ke negara Britain, Abdul Karim punya impian untuk melihat wajah Ratu di depan mata. Impian nya menjadi realiti dan dia sendiri tidak menyangka bahawa hubungannya bersama Ratu menjadi begitu akrab sehingga Ratu sendiri mengangkat martabatnya sebagai orang kanan beliau. Ratu Victoria mula belajar penulisan Urdu dan mengenali Al-Quran dan Islam melalui Abdul Karim. Namun di pengkahiran cerita tidaklah seindah permulaan sebuah cerita. Kamu harus menontonnya sendiri! Siapkan tisu di tangan! Biarpun ia bergenre komedi-drama, tapi masih mampu mengeluarkan air mata kamu!
Konflik. Sukar diramal setiap babak cerita ini. Bermula dengan watak psycho seorang ibu hinggalah kepada anak perempuannya, semuanya menjadi misteri dan seram. Filem arahan Jordan Peele ini merupakan sebuah filem misteri/ seram yang berbeza dari kebiasaan. Semua babak punya elemen surprise tersendiri. Gabungan watak Chris Washington yang dilakonkan oleh Daniel Kaluuya serta watak Rose Armitage lakonan Allison Williams berjaya membuatkan para penonton cemas setiap masa! Pada plot awal filem ini kamu mungkin memikirkan keluarga Rose ini racist pada teman lelakinya, Chris kerana warna kulitnya. Mungkin juga kerana semua pekerja di rumah Rose adalah dari golongan “black people”. Lama-kelamaan, corak drama nya bertukar kepada tanda tanya terutamanya apabila watak ibu kepada Rose, yang dimainkan oleh Catherine Keener, mula menjadi figura utama dalam filem ini. Berada dalam dimensi luar yang gelap gelita antara hint cerita ini bukan untuk kamu menonton seorang diri! Selamat menonton!
Mother! adalah sebuah karya yang mengilham pengorbanan seorang ibu dengan corak penyampaian yang rumit untuk difahami namun indah apabila memahami rangkaian isi tersurat. Tambahan pula, lakonan mantap dari pemenang Oscar, Jennifer Lawrence dan digandingkan dengan pelakon lelaki hebat, Javier Bardem, cukup untuk menjadikan filem ini sebuah filem yang mahal nilainya. Bukan mahal dari segi penghasilan, malah dari segi corak filem ini. Kontroversi yang diciptakan filem ini terus menerus menjadikan orang ramai tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam setiap babak filem ini. Ok! Mungkin plot filem ini sedikit berguling seperti “roller-coaster”. Ada watak yang mungkin tidak relevan dalam filem ini, dan ada pulak situasi di mana idealistiknya langsung tidak masuk akal. Nah! Itulah keindahan filem ini sebenarnya. Seperti sukarnya menjadi seorang ibu, begitulah bagaimana pengarah filem ini, Darren Aronofsky ingin membawa penonton merasai keperitan itu. Benar kata orang, pengorbanan seorang ibu itu kadang tidak dapat difahami kalau hanya dengan mata yang melihat, ia harus dirasai seperti mana api membakar diri seorang ibu seperti mana dalam plot terakhir drama ini. Benarlah juga, kasih dan cinta seorang ibu itulah yang kekal selama-lamanya. Tiada tandingan. Jadi persiapkan diri kamu untuk mengembara ke arus dimensi berbeza dalam filem ini.
“Hope is a weapon”. Well.. mungkin apabila kita bercakap mengenai filem perang, kita akan menggambarkan bandar yang musnah, kereta kebal yang mula memasuki kawasan yang dijajah, ribuan askar bertempur di dalam hutan, si isteri kehilangan keluarga dan sebagainya. Namun tidak kepada filem arahan Christopher Nolan ini yang sememangnya mengetengahkan konflik dalam satu tempat dan masing-masing sedaya upaya untuk hidup walaupun peratusan untuk menyelamatkan diri itu sikit. Apa yang paling menarik tentang filem ini adalah kehadiran Harry Styles yang melakonkan watak Alex cukup memberangsangkan. Jika kamu mahu tahu tentang apa yang berlaku dalam setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam setiap plot cerita ini, harus tontonnya sendiri! Sarat dengan adegan membantu rakan sendiri dari terkorban, filem ini antara naskah yang mahal dalam penghasilan filem ini yang menelan belanja hampir jutaan USD.
‘Detroit Rebellion” yang berlaku pada tahun 1967 adalah inspirasi utama pengarah Kathryn Bigelow dalam menyempurnakan jalan cerita yang penuh ganas ini. Sekali lagi, Kathryn mencipta kontroversi dari filem arahannya selepas filem The Hurt Locker menjadi bualan ramai pada tahun 2010. Penindasan, tunjuk perasaan serta kuasa politik antara intipati utama dalam menjadikan filem ini lebih menarik. Jalan cerita yang diaspirasikan dari tragedi sebenar, Lebih dari 40 orang terbunuh dalam tragedi ini dan rata-ratanya adalah mereka yang berdarah “Afrika-Amerika”. Mahu tahu lebih lanjut mengenali konflik dalam plot filem ini? Jom lah tengok!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan dalam mana-mana budaya moden dalam tempoh seratus tahun ini warna memainkan peranan yang cukup penting dalam fesyen.
Pemilihan warna yang sesuai bukan sahaja menonjolkan karakter seseorang tetapi mampu menonjolkan sisi lebih tampan atau cantik seseorang itu.
Sejak sekian lama kita berdepan dengan sesetengah stereotaip yang cukup menebal di kalangan masyarakat apabila menyentuh tentang warna dan fesyen. Salah satunya ialah warna merah jambu atau pink yang sekian lama hanya dikatakan sesuai untuk wanita.
Menurut VINTAGE 1946, warna pink sebenarnya mempunyai sejarah yang cukup unik dalam dunia fesyen lelaki.
Tahukah anda pada era 1800-an, lelaki yang berpengaruh dan mempunyai pangkat memakai warna pini untuk membezakan diri mereka dengan orang lain!
Namun seiring perkembangan zaman, warna ini mula lebih terkait dengan wanita. Namun pada masa kini ia kembali diterima lelaki sebagai warna yang tidak lagi menjurus ke arah sifat feminin semata.
Lihatlah aktor seperti Daniel Craig contohnya juga elegan dan yakin menggayakan sut berwarna pink.
Berikut MASKULIN kongsikan kenapa lelaki juga boleh bergaya dengan warna pink!
Pada era ini masyarakat semakin sedar tentang kepentingan membuang stereotaip jantina yang membataskan lelaki daripada memakai warna merah jambu.
Kenapa tidak! Itulah jawapannya. Setiap lelaki berhak memilih warna yang mereka suka. Apa paling penting mereka selesa termasuklah menggayakan pakaian berwarna pink.
Industri fesyen semakin menggalakkan kepelbagaian dan kreativiti dalam gaya berpakaian, membolehkan lelaki mengekspresikan identiti mereka melalui pilihan warna termasuk pink.
Lihat sahaja koleksi pakaian premium terbaru adidas Z.N.E yang membariskan seleksi warna pink sebagai pilihan yang cukup menarik.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa warna merah jambu dapat membantu mengurangkan ketegangan dan menggalakkan keseimbangan emosi.
Warna merah jambu telah diambil sebagai simbol kesedaran kanser payu dara. Jadi memakai warna pinkj boleh menjadi simbolik menyokong perjuangan melawan kanser ini.
Pink kini telah dianggap sebagai warna yang cukup versatil bukan sahaja untuk wanita tetapi juga lelaki. Walaupun ia mampu membuatkan pemakainya lebih menonjol tetapi ia sesuai dipadankan dengan warna monokrom seperti putih dan hitam.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki dalam filem hit ‘Barbie’ terutamanya Ken. Tetap nampak macho walaupun bergaya dalam busana berwarna pink!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
The Music Run AFFIN Kuala Lumpur 2026 kembali gegar Bukit Jalil dengan 14,000 peserta dalam pengalaman lari sambil party paling meriah dan unik di Malaysia.