Ramai yang masih mengabaikan pemakaian sunblock kononnya ia tidak penting. Namun hakikatnya, sunblock merupakan krim penjagaan wajah yang wajib dipakai sebelum keluar rumah.
Banyak manfaatnya jika anda mengaplikasikan sunblock pada kulit wajah. Bukan sahaja dapat menghindarkan kulit wajah anda daripada pancaran UV, sunblock juga dapat mengatasi masalah jeragat, kulit terbakar dan sebagainya.
Jika buntu untuk memilih sunblock mana yang ingin dibeli, apa kata anda ikuti panduan yang dikongsikan Izzaty Jamal tentang jenis-jenis sunblock yang boleh anda beli di drugstore.
Bukan sahaja best dan mudah untuk dicari, sunblock-sunblock yang dicadangkan ini juga boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Ingat! Jangan sesekali keluar rumah tanpa memakai sunblock ye.
Sunblock ni salah satu skincare WAJIB untuk dipakai.
Nampak tak tulisan wajib tu semua huruf besar? Jangan cuba-cuba keluar rumah tanpa sunblock! You pakai skincare harga RM700 satu set tapi takda sunblock pun tak guna tau ?
Zaty akan share beberapa jenis sunblock yang ada kat drugstore.
Apa itu sunblock / suncreen
Sunblock ni menghalang muka kita dari terus terkena cahaya matahari. Protect kita dari sinaran UV.
Apa akan jadi kalau tak pakai sunblock?
– JERAGAT (ni masalah utama wanita Malaysia especially bila dah meningkat usia)
– Premature aging
– Sunburn
– SKIN KANSER (yes yang ni betul tau, tak propa, ada yang terkena skin cancer sebab tak pernah pakai sunblock & hari hari terdedah dekat ?)
Kena guna sunblock hari-hari ke?
Yes. Walaupun hujan. Walaupun mendung. Kalau dah namanya siang, wajib apply sunblock. Walaupun Zaty tak keluar, Zaty pakai sunblock jugak!
Kena guna sunblock walaupun dalam mekap ada sunblock?
Yes. Zaty ada baca satu article ni, contohnya ada foundation SPF20, kita nak dapatkan amount SPF 20 yang sama mcm dalam sunblock, at least kena pakai 14 pump foundation. Pakai je sunblock for maximum protection.
Macam mana nak pilih sunblock? SPF berapa?
SPF 30-50 paling tinggi. Takyah beli SPF beratus-ratus tu.
Step nak pakai mcm mana?
Cleanser Toner Moisturizer Sunblock – pastu baru mekap.
Sunscreen kena re-apply ke?
Yes, wajib. Sebab kita berpeluh kan. Cari sunscreen jenis spray.
Ads
Tak tau la nak pilih yang UVA UVB pastu apa dia PA++ tu?
Ok chill. Pilih je yang ada semua. Ahahah. Ataupun yang tulis Broad Spectrum. PA+ ni lagi banyak +++++ lagi tinggi nilai perlindungan dari sinar UV.
Macam mana nak tahu sunblock tu sesuai utk kulit saya?
Try la dulu baru la tahu sesuai ke tak.
Pakai sunblock at least 20 minit sebelum keluar rumah ?
Botol biru – lebih kepada moisturizing & hydrating.
Botol pink – sensitive skin.
Texture ringan! Pakai je terus meresap dalam muka. Tak berminyak tak melekit.
Korang kena beli ni, sebab sunblock kan kena reaplly setiap 4 jam sekali. So reapply je pakai ni. Zaty beli ni color pink tu.
SUNBLOCK NI UTK ALL SKIN TYPE from NORMAL – OILY – COMBINATION – DRY.
RM36.80
Ads
2. WATSON AQUA UV – CREAM
Ni adik beradik kat atas. Tapi ni jenis cream.
Botol biru, moisturizing.
Botol putih, brightening. Dua dua boleh guna for all skin type.
RM23.00
3. BIORE UV FACE MILK
Korang kaki peluh kan? I would suggest this one. Tapi kalau jenis peluh lencun mcm baru lepas ladi marathon tu tak pasti la ok ke tak.
Lepas pakai terus meresap & dia akan bagi kesan matte kat muka. Kulit berminyak worry no more sbb sunblock ni tak liplap kan muka kau mcm disko.
Combination & oily skin pakai ni.
RM26.20
4. BIORE UV AQUA RICH
Ads
5. BIORE UV PERFECT MILK
Ni sesuai untuk normal & combination skin.
Kalau kulit jenis berminyak cepat peluh i tak suggest this one la. Kang ko boleh buat sunblock goreng tepung kang.
RM28.80
6. BIORE UV PERFECT PROTECT MILK
Yang ni paling murah yang wujud kat drugstore. Boleh guna kat muka & badan.
For all skin type.
RM14.80
7. HADA LABO AIR UV MOIST
Lighweight! Ringan gila. Sesuai untuk orang yang tak suka pakai sunblock melekit – lekit. Salah satu sunblock yang membekalkan hydration kat kulit muka.
Sesuai untuk Normal – Dry Skin
RM40.00
8. HADA LABO AIR UV FRESH
Ni pun sama mcm kat atas. Tapi yang ni untuk oily & combination skin.
Texture dia sangat ringan. I dah cuba try test tadi!
RM40.00
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali anda perlu buang jauh-jauh perasaan bahawa lelaki tak semestinya kena menjaga kulit wajah dan melakukan grooming secara keseluruhannya.
Tanggapan begitu sebenarnya sangat salah dan hanya membawa keburukan kepada anda. Zaman sekarang lelaki mempunyai puluhan jenis potongan rambut yang boleh digayakan. Malah produk-produk penjagaan muka, jambang dan rambut.
Jadi sudah semestinya anda seorang lelaki harus tahu bagaimana untuk menjaga penampilan wajah agar sentiasa tampil segak dan kacak.
Untuk rambut contohnya kenal pasti jenis rambut sama ada lurus, kerinting, tebal atau ikal. Apabila tahu jenis rambut maka lebih mudah untuk mencari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Manakala bagi anda yang berjanggut dan berjambang pula jangan biarkan ia menjadi serabai dan kering. Berikut beberapa tip penjagaan rambut, janggut dan jambang yang boleh anda lakukan.
TIP PENJAGAAN RAMBUT
Cuci rambut setiap hari atau selang sehari. Lebih elok jika anda menggunakan syampu lembut yang bebas paraben (bahan pengawet)
Jangan lupa untuk guna kondisioner 2 atau 3 kali dalam seminggu
Multivitamin juga baik untuk rambut
Suplemen biotin yang oleh membantu melebatkan dan menebalkan rambut
Jangan biar rambut rambut sentiasa basah dan terperap dalam tuala
Keringkan rambut secara manual dan kurangkan penggunaan hairdryer
Kini ramai lelaki yang suka menyimpan jambang. Selain nampak lebih maskulin dan macho, lelaki berjambang ini nampak menarik di mata wanita.
Lihat sahaja di kalangan selebriti tempatan atau luar negara, lelaki berjambang sering mendapat perhatian. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara, 70 peratus wanita di seluruh dunia menggemari imej lelaki berjambang.
Selain berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah, menyimpan jambang juga mempunyai manfaat yang lebih hebat daripada itu. Jadi rugilah bagi anda yang tidak berjambang kerana lelaki berjambang mempunyai 10 kelebihan-kelebihan ini.
1. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
2. Elak masalah jerawat
Menyimpan jambang juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
3. Beri perlindungan daripada sinaran UV
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
4. Kurangkan alahan & bakteria
Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar jambang yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjambang mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjambang adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hospital yang berjambang!
5. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
6. Galakkan kesuburan wanita
Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati jambang lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang suami.
7. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjambang berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa jambang. Ini kerana jambang akan membuatkan pasangan rasa geli, sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
8. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki jambang adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
9. Dianggap pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjambang paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
10. Nampak awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa jambang membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki berjambang elihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai jambang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulu dada bukan sekadar ciri fizikal, ia adalah simbol maskuliniti yang sejak dulu menjadi daya tarikan tersendiri. Lelaki berbulu dada sering dikaitkan dengan kekuatan, kematangan dan karisma yang membuatkan mereka lebih menonjol di mata orang sekeliling. Tetapi di sebalik penampilan itu, ada fakta saintifik dan sosial yang menjelaskan mengapa ia dianggap menarik.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki berbulu dada cenderung memiliki tahap hormon testosteron yang lebih tinggi. Hormon ini bukan sahaja berperanan dalam pembentukan otot dan tenaga, tetapi juga mempengaruhi keyakinan diri, keberanian membuat keputusan, dan sifat kepimpinan. Inilah sebabnya ramai yang mengaitkan lelaki berbulu dada dengan aura alpha male.
Bukan itu sahaja, pada tahun 90-an, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati ramai lelaki dalam bidang profesional berprestij seperti doktor dan jurutera mempunyai bulu dada. Walaupun kaitannya bersifat korelasi dan bukan punca mutlak, ia tetap menambah kredibiliti bahawa bulu dada mungkin ada kaitan dengan tahap kecerdasan dan kemampuan berfikir secara strategik.
Dari sudut daya tarikan, ramai wanita menganggap bulu dada sebagai simbol kejantanan semula jadi. Ia memberi gambaran lelaki yang lasak, matang, dan tidak terlalu obses pada penampilan “licin sempurna”. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan menerima diri seadanya — satu sifat yang sangat menarik pada pandangan mata lawan jantina.
Bulu dada juga ada manfaat kesihatan. Ia membantu mengurangkan risiko iritasi kulit akibat geseran, melindungi kulit daripada sinaran UV secara semula jadi, dan memberikan sedikit penebat haba pada suhu sejuk. Bonus kecil yang datang bersama tarikan visualnya.
Tip Maskulin:
Jika anda berbulu dada, pastikan ia dijaga dengan kemas. Gunakan trimmer untuk merapikan panjang bulu, jaga kebersihan kulit dengan sabun antibakteria, dan gunakan pelembap supaya kulit kekal sihat. Penampilan menarik bermula daripada penjagaan diri yang rapi.
Kesimpulannya, bulu dada bukan sekadar hiasan — ia adalah gabungan ciri fizikal, hormon, dan personaliti yang memberi kelebihan pada lelaki. Sama ada untuk tarikan, keyakinan, atau manfaat kesihatan, ia adalah aset yang patut dibanggakan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.