Melakukan latihan senaman dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan aktiviti bersenam untuk menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan sasa.
Senaman yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan banyak lagi.
Senaman itu bagus tetapi anda haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam melakukan latihan. Selain melakukan senaman, anda juga perlu mengetahui langkah yang betul.
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang dan melakukan kesalahan ketika bersenam sehingga kesannya membuatkan berat tak juga turun.
Sesetengah daripada anda tidak mengamalkan teknik betul ketika bersenam. Hal ini terjadi apabila anda melakukan latihan tanpa bimbingan pakar kecergasan yang bertauliah. Senaman dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan senaman dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam, selain mengelakkan anda cedera, membuang masa dan tenaga.
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan senaman bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Ads
Manakala regangan dilakukan selepas melakukan senaman pula bertujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kedudukan yang asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi senaman dan mengurangkan risiko kecederaan.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk bersenam tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak akan menentukan prestasi kereta anda.
Ads
Sama seperti tubuh badan, anda juga memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi anda manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa bersenam.
Bagi anda yang inginkan tubuh badan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan senaman. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.
Hal ini menjadikan tubuh badan anda kaku terutamanya bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box dan sebagainya. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding mereka yang hanya melakukan latihan asas dengan mengangkat dumbbell sahaja.
Skuad Harimau Malaya bakal melalui transformasi besar apabila lebih ramai pemain berdarah kacukan atau warisan dijangka menyertai skuad kebangsaan.
Ini sekali gus menggantikan konsep tradisional yang menumpukan kepada pemain ‘anak jati’ Malaysia.
Revolusi ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada perkembangan bola sepak negara, dengan pelantikan jurulatih baharu, Peter Cklamovski dari Australia, yang diumumkan baru-baru ini.
Foto : mStar
Pendekatan menggunakan pemain warisan sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di arena bola sepak antarabangsa.
Negara-negara seperti Perancis, England, dan Jerman telah lama memanfaatkan strategi ini untuk menguatkan pasukan mereka.
Ketika ini, beberapa pemain keturunan Malaysia yang beraksi di kelab terkenal Eropah telah dikenalpasti.
Antara nama besar tersebut ialah Kiernan Dewsbury-Hall, pemain tengah Chelsea berusia 26 tahun, dan Marcus Tavernier yang kini beraksi bersama Bournemouth.
Selain itu, beberapa pemain lain turut berada dalam radar seperti Josh Brownhill (Burnley FC), Zian Flemming (Millwall), Jamie Shackleton (Sheffield United), Taylor Moore (Bristol Rovers), Harvey Knibbs (Reading FC), dan Andy Smith (Hull City).
Foto : Utusan
Inisiatif TMJ untuk Memajukan Bola Sepak Malaysia
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha yang dipelopori oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau sebelum ini mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.
Jika usaha ini berjaya, peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan wajah baharu skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain-pemain berkualiti tinggi, bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Revolusi ini membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia, dengan harapan Harimau Malaya mampu bangkit sebagai pasukan yang digeruni di rantau Asia dan di pentas dunia.
Sumber : Utusan
Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro di Astro Ria, setiap Jumaat jam 9 malam! Siapa tahu, anda mungkin dapat inspirasi daripada semangat dan kesungguhan bros untuk melangkaui batas diri mereka!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Faidzal “Abang Nasi Lemak” dan Kelvin “Content Creator” menjadi duo yang pertama disingkirkan daripada Maskulin Who’s Your Bro. Maskulin mengucapkan ribuan terima kasih dan all the best for your future Faidzal & Kelvin!
Resdung sangat sinonim dengan gejala-gejala seperti bersin, selesema, muka dan mata gatal serta hidung tersumbat secara melarat. Keadaan ini tentu sahaja membuatkan penghidap resdung rasa tidak selesa untuk bernafas.
Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaannya bagi yang menghadapi masalah ini, anda akan sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing atau anjing dan juga alahan pada sesetengah makanan.
Sekiranya anda antara penghidap resdung, apa kata cuba praktikkan ‘do and don’t’ untuk mengurangkan resdung di rumah sebagaimana yang dikongsikan Dr. Ezairy M.Sallih. Semoga bermanfaat.
Nak tahu macam mana untuk kurangkan masalah resdung di rumah? ‘Do & Don’t’ untuk anda yang mengalami resdung.
1. Persekitaran baik
Create suasana nyaman dan kondusif di dalam rumah. Jika cuaca tidak elok di luar rumah, berdebu contohnya, berada di dalam rumah adalah langkah paling baik. Merokok tak boleh!
2. ‘Warm compression’
Anda boleh buat sendiri di rumah. Basahkan kain bersih, perah dan letak di dahi dan kawasan muka anda. Ia akan mengurangkan kesakitan pada muka dan membuka rongga-rongga bukaan sinus ke hidung.
3. Cuci hidung ‘nasal douching’
Teknik ni biasanya akan diajar oleh doktor ENT apabila anda mendapat follow up bersama kami. Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau air yang telah dimasak. Masukkan air ke hidung, biar ia keluar melalui mulut.
4. Air yang cukup
‘Stay hydrated’. Air yang cukup di dalam tubuh penting untuk sistem tubuh kita. Minum air panas dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pada hidung. Boleh cuba di rumah!
5. Don’t fly!
Sekiranya anda sedang mengalami jangkitan sinusitis, seeloknya cuba elakkan penerbangan. Kalau boleh. Kalau memang tugas tak mengapa. Kenapa? Jangkitan sinusitis akan menyebabkan anda mengalami sakit telinga ketika kapal terbang sedang berlepas. Jika terpaksa apa perlu buat? Sediakan apa-apa makanan untuk dikunyah atau dimakan, minuman pun boleh. Ini akan membantu anda di dalam kapal terbang.
6. Ubat semestinya
Apabila anda jumpa doktor, setelah menerima nasihat daripada doktor, anda akan diberi ubat. Ini sudah semestinya akan membantu anda mengurangkan simptom yang dialami seperti sakit pada muka, dan juga masalah lain pada hidung.
7. Jangan tergesa-gesa ke kolam
Bagi anda yang gemar aktiviti air. Berenang dan berkelah contohnya. Cuba seboleh-bolehnya pastikan jangkitan sinusitis anda benar-benar sembuh baru lakukan aktiviti tersebut. Ini bagi mengelakkan jangkitan sinus lewat sembuh, bahkan menjadi bertambah teruk.
8. Senaman riadah dan aktiviti luar
Perkara terakhir ini khusus untuk anda yang kerap melakukan aktiviti luar. Anda perlu berhati-hati juga kerana serangan sinusitis selalunya akan menyebabkan gejala sakit muka dan kepala. Elakkan aktiviti yang berat. Cukuplah sekadar berjalan, bersiar-siar dan aktiviti ringan.
9. Kurangkan debu dalam rumah
Dalam rumah sendiri, kalau boleh elakkan penggunaan karpet yang berbulu. Haiwan peliharaan seperti kucing juga menyebabkan alahan hidung bertambah teruk.
Nak tip lagi? Jumpa doktor ya, lakukan pemeriksaan. Kami akan cerita satu persatu lebih detail setelah pemeriksaan dilakukan.
Siapa ada pengalaman alami resdung atau sinusitis kat sini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki tubuh berotot, ‘lean’ dan padu sememangnya menjadi dambaan ramai lelaki. Namun, di sebalik definisi ‘fit’ yang disanjung bila keinginan membina badan berubah menjadi obsesi keterlaluan, ia boleh jadi senjata makan tuan.
Terbaru, beberapa kajian perubatan dan laporan kes menunjukkan, atlet bina badan profesional mempunyai risiko lebih tinggi untuk mati mengejut akibat serangan jantung, walaupun kelihatan sihat dan aktif dari luar.
Menerusi kajian yang diketuai Dr Marco Vecchiato dari Universiti Padova, Itali dan diterbitkan dalam European Heart Journal.
Kematian jantung mengejut merujuk kepada kematian secara tiba-tiba dan tanpa dijangka akibat masalah pada jantung.
Kajian tersebut melibatkan 20,286 ahli bina badan lelaki yang pernah bertanding dalam kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Kecergasan Antarabangsa (IFBB) antara tahun 2005 hingga 2020.
Apa Punca Di Sebalik Risiko Ini?
Walaupun setiap kes berbeza, pakar menyenaraikan beberapa faktor utama yang menyumbang:
1. Penggunaan Steroid Anabolik
Banyak atlet bina badan menggunakan steroid atau hormon sintetik (seperti testosteron, HGH) untuk bantu pembesaran otot dengan cepat.
Akhirnya? Serangan jantung secara mengejut, walaupun masih muda.
2. Beban Latihan Melampau
Bina badan profesional kadang-kadang push badan melepasi tahap semula jadi, tanpa rehat cukup. Akibatnya:
Sistem kardiovaskular terbeban
Kurang masa untuk ‘recovery’ otot dan jantung
Risiko overtraining syndrome
3. Penggunaan Suplemen Tak Terkawal
Banyak produk pasaran menjanjikan hasil pantas: pre-workout berlebihan kafein, ‘fat burner’, testosteron booster – semua ni boleh ganggu fungsi jantung dan hormon. Malangnya, tak semua suplemen diluluskan KKM atau diuji secara klinikal.
4. Kesan Jangka Panjang Tak Diperiksa
Ramai atlet abaikan pemeriksaan kesihatan berkala, hanya fokus pada ‘badan nampak cantik’. Padahal dalaman makin terjejas tanpa sedar.
Kajian Menarik:
Satu kajian dari European Society of Cardiology (ESC) melaporkan bahawa atlet yang mengamalkan steroid anabolik secara kerap berisiko 2 hingga 6 kali ganda lebih tinggi untuk alami komplikasi jantung berbanding atlet biasa.
Apa Lelaki Maskulin Patut Buat?
Fokus kepada kekuatan & kesihatan dalaman, bukan sekadar fizikal luar.
Elakkan penggunaan steroid, ubat, atau suplemen tanpa nasihat doktor.
Ambil masa cukup untuk rehat dan pemulihan badan.
Jangan abaikan medical check-up – periksa tekanan darah, ECG, dan tahap hormon.
Angkat berat ikut kemampuan badan sebenar, bukan ikut ego.
Ingat, lelaki sejati bukan hanya nampak kuat, tapi juga hidup lama dan sihat. Bina badan untuk sihat, bukan untuk mati awal.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.