“Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah?Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.
Boleh ikuti Diet Cara Saya Turun 5Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar.
1 Detox Pagi
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
2.Detox Sebelum Sarapan
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan . Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk , rendamkan selama 2-5 minit , selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
3. Sarapan 300 kalori atau lebih
Saya tahu nafsu makan sarapan orang malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan ? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat , sebagai contoh nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.
Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan . Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu) , nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..
Ads
Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna ( opss terpromosi lak ) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran , kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.
4. Air Kosong
Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik
Nak minum air kosong ada perisa sedap tak ?meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji . Kenapa nak buat macam ni ?Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda , air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.
5. Snek Pagi dan Petang
Ads
Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.
Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.
6. Menu Makan Tengahari
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I -ayat tak sedar diri dah gemuk ) , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha ) nasi segenggam , lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje .
Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari.Diari makanan yang di ambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
Ads
7.Menu Makan Malam.
Ni satu lagi selalu tak makan malam kan , jangan tau ini abg kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya. Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat , perut pun nak rehat tau.
menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemasalan itu.
8. Detox Malam
Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di no 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau..
9.Senaman
Perlu ke senaman ini?Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.
Maca mana mudah ke diet cara saya ini?tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut , plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah.Yang penting adalah Usaha kan ..Usaha Lift Kejayaan ..No U Turn.
SUMBER : http://mrtengkuasmadi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain mengawal berat badan kita, air minuman meningkatkan metabolisme dan mengawal selera makan. Adakah anda tahu bahawa air putih ini juga dapat membantu anda menurunkan berat badan? Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan bantuan air, ikuti tips di bawah ini.
1. Bangun tidur
Masa terbaik adalah sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa-sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.
2. Sebelum makan
Seterusnya sebelum makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Minum sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.
3. Bila lapar
Ya, bila mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba minum segelas air. Cuba mulakan dengan meminum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perut merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.
4. Sebelum bersukan
Sebelum sukan anda dinasihatkan untuk minum air terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih terjaga dan lancar.
5. Selepas bersenam
Selepas bersenam, anda dinasihatkan minum banyak air. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan, dan suhu alam sekitar. Tetapi pastikan anda tidak tergesa-gesa kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.
6. Bila dikeliling orang sakit
Jika anda berada di sekitar orang sakit di hospital atau tempat kerja dan sekolah, anda dinasihatkan untuk minum air lebih daripada kuantiti biasa,. Tujuannya bagi membantu membersihkan kuman dan virus yang tersebar.
7. Ketika sakit
Apabila anda sakit, anda perlu minum banyak cecair, termasuk air, untuk menjadi lebih baik. Ambil lapan gelas air setiap hari (8 auns setiap gelas).
8. Bila anda rasa penat
Tahukah anda bahawa keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, ambil satu atau dua gelas air memadai.
Semoga tips ini membantu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang ingin bersenam dengan bantuan daripada jurulatih kesihatan, pastinya tertanya-tanya apakah kriteria yang perlu anda pertimbangkan. Setiap jurukatih kecergasan pastinya mempunyai kelebihan masing-masing namun adakah dia sesuai untuk anda?
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana memilih jurulatih kecergasan yang sesuai.
1. FIZIKAL
Yang pastinya anda perlu mengkaji dan melihat sendiri imej luaran jurulatih tersebut. Dari segi fizikal, sudah pastinya anda boleh mengagak sama ada individu tersebut layak atau tidak. Sekiranya fizikal jurulatih tersebut mencurigakan, ada baiknya untuk anda teruskan mencari yang lain. Aspek fizikal luaran ini penting untuk anda menilai sejauhmana kemampuan mereka.
2. TANYAKAN SOALAN
Ini ialah strategi utama untuk anda memilih jurulatih kecergasan yang sesuai. Soalan, apa yang perlu ditanya? Tanyakan apa-apa sahaja soalan tidak kiralah sama ada ia melibatkan fitness, gim mahupun kesihatan. Uji minda dan kepakaran individu tersebut menjawab soalan anda. Dan sekiranya ada masa individu tersebut seolah-olah teraga-agak menjawabnya, baik anda lupakan sahaja.
3. SELIDIK PROGRAM YANG DIJALANKAN
Banyak pusat kecergasan di luar sana ternyata gagal mengemudi program yang dijalankan sehingga melibatkan kecederaan serta kesakitan bagi mereka yang menjalaninya. Disini, anda sendiri perlu mengkaji sendiri sama ada program kecergasan yang disyorkan menepati dengan kesesuaian dan kemampuan diri anda sendiri. Jangan pula kerana terlalu teruja ingin mendapatkan badan yang cantik dan sasa, anda sanggup mengambil risiko. Pilih jurulatih yang memahami daya dan ketahanan tubuh badan anda.
4. KESERASIAN
Keserasiaan itu amat perlu. Ini tidak bermaksud keserasian dalam perhubungan intim, seksual mahupun peribadi. Cuma, keserasian itu penting bagi anda dan juga jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merasakan jurulatih kecergasan tersebut tidak serasi dengan jiwa dan diri anda, ada baiknya anda berhenti dan mulai cari jurulatih yang lain.
5. JALANI LATIHAN PERCUBAAN
Jangan takut untuk meminta. Pastinya anda boleh meminta untuk menjalani latihan percubaan terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi anda untuk menilai sejauh mana kemampuan anda terutama sekali jika anda inginkan latihan long-term arrangement. Anda boleh menjalani beberapa latihan dan pada masa yang sama ia amat bagus untuk anda mendapatkan keserasian dengan jurulatih kecergasan tersebut.
6. KAJI LATAR BELAKANG
Ini juga langkah penting yang anda boleh lakukan. Kaji selidik latar belakang jurulatih kecergasan tersebut terlebih dahulu. Anda tidak perlu menyelidik latar belakang perbadinya cuma anda perlu bijak untuk mengetahui mengenai potensi, dedikasi dan kebolehannya.Anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan gim tersebut ataupun sesiapa sahaja yang bekerja di sana.
7. SELIDIK MANA-MANA KEJAYAAN YANG LEPAS
Anda juga boleh tanyakan pada jurulatih kecergasan tersebut mahupun sesiapa sahaja siapa klien-klien mereka yang lepas. Mana tahu anda mungkin akan mendapat recommendation daripada mereka. Ini penting bagi anda untuk melihat sejauh mana kemampuan dan dedikasi jurulatih tersebut dari klien yang pernah bekerjasama. Dan adakalanya ia amat penting bagi anda untuk meninjau semula sejauh mana kelayakkan mereka.
8. ‘OBSERVE’
Ini merupakan tip yang paling utama. Bayangkan anda sudah pun mendaftar di gim tersebut, anda boleh juga amati potensi jurulatih kecergasan yang lain di gim tersebut. Amati cara mereka melayan dan melatih klien. Dengan cara ini, anda dapatlah membezakan dan bandingkan cara dan gaya mereka dari segi potensi, dedikasi, semangat, emosi dan lain-lain. Dan sekiranya anda punya peluang, luangkan masa untuk berbicara dengan klien tersebut sejauh mana kemampuan jurulatih mereka itu.
9. DEMAND 100% PERHATIAN
Ini juga amat penting dari anda sendiri mahupun jurulatih tersebut. Perhatian yang maksimum sangat penting terutama sekali bagi para jurulatih yang melatih anda. Anda semestinya tidak mahu ada gangguan mahupun ‘selingan’ yang boleh mengugat konsentrasi anda seperti bersms, bual-bual kosong, menjawab sebarang panggilan dan lain-lain . Jikalau boleh, utarakan permintaan anda ini sebelum anda mula berlatih.
10. KELAYAKAN
Dan akhir sekali, semua jurulatih kecergasan peribadi di mana-mana gim sekalipun perlukan kelayakan. Ini juga perlu anda titikberatkan, walaupun di masa kini amat mudah dan senang bagi seseorang untuk menjadi jurulatih tanpa perlu sebarang pengiktirafan. Di sini, anda boleh tanyakan kepada pihak pengurusan di gim anda mendaftar. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation of International Sports, Aerobics and Fitness (FISAF), American Council of Exercise (ACE), ataupun National Association of Fitness Instructor (NAFI) di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lumrah manusia. Yang gemuk nak kurus dan yang kurus pula nak naikkan berat badan.
Mungkin ramai memandang remeh akan masalah yang dialami oleh lelaki yang memunyai berat badan yang kurang. Sebenarnya mereka juga berdepan dengan masalah yang lebih kurang sama dengan obesiti.
Selain memberi kesan terhadap fizikal, keyakinan diri juga terjejas teruk dengan kondisi mereka. Jadi antara dilema utama yang dihadapi oleh insan yang berbadan kurus ialah bagaimana untuk menambah berat badan.
Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
ELAK MAKANAN BERLEMAK & BERGORENG
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
PROTEIN, KARBOHIDRAT & SERAT
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
BERSENAM
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
REHAT & TIDUR YANG CUKUP
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.