Foto: AFP

Dimensi sukan badminton negara terus menampakkan kegemilangannya di persada antarabangsa, terutamanya dalam acara beregu.

Buat julung kalinya dalam sejarah, Malaysia kini memiliki dua pasangan beregu lelaki yang menduduki kedudukan tiga teratas dalam ranking dunia, menandakan satu pencapaian luar biasa dan petanda positif bagi masa depan badminton negara.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik lalu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini berada di tangga ketiga dunia.

Kenaikan dua anak tangga ini adalah susulan kejayaan mereka menjuarai Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lalu dengan kini mengumpul sejumlah 83,170 mata.

Sejarah Tercipta, Aaron Chia & Soh Wooi Yik Kini Antara Dua Beregu Negara Ranking Top 3 Dunia
Foto: AFP

Kejayaan ini bukan sahaja menambah koleksi kejuaraan mereka, malah turut disusuli dengan kemenangan di Kejuaraan Badminton Asia 2025 pada bulan lalu. Sekali gus, membuktikan konsistensi dan dominasi mereka dalam beberapa kejohanan terakhir.

PENCAPAIAN SIGNIFIKAN

Manakala pasangan beregu sensasi negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin menduduki ranking kedua dunia. Prestasi cemerlang mereka sejak tahun lalu telah mencanak naik secara konsisten, menempatkan mereka sebagai antara gandingan beregu paling digeruni di pentas antarabangsa.

Ads

Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal kukuh di puncak ranking utama dunia.

Sejarah Tercipta, Aaron Chia & Soh Wooi Yik Kini Antara Dua Beregu Negara Ranking Top 3 Dunia

Namun begitu, kehadiran dua pasangan Malaysia di posisi tiga teratas jelas menunjukkan kekuatan dan kedalaman bakat beregu negara yang kini mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Ads

Selain itu, dominasi beregu Malaysia turut diperkukuh dengan kehadiran Man Wei Chong dan Kai Wun Tee di ranking kelapan dunia.

Ini menjadikan sejumlah tiga pasangan beregu lelaki Malaysia berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, satu pencapaian yang sememangnya membanggakan dan mencerminkan kemajuan signifikan dalam pembangunan bakat badminton negara.

Dalam kategori beregu wanita pula, Pearly Tan dan M. Thinaah kekal di kedudukan keempat dunia dengan 82,466 mata. Mereka berada di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee (87,500 mata) dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun (92,932 mata).

Ads

BACA: Tip Dapatkan Six-Pack Dalam Masa Dua Bulan, Sukar Tapi Tak Mustahil

Pencapaian bersejarah ini adalah bukti nyata kepada kerja keras, dedikasi dan strategi pembangunan yang berkesan dalam sukan badminton negara.

MASKULIN mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua pemain badminton negara atas pencapaian cemerlang ini. Diharapkan momentum positif ini dapat diteruskan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai kuasa besar dalam sukan badminton di peringkat global.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI