Mahu tidak mahu, anda perlu merancang kewangan peribadi anda dengan baik dan berkesan. Untuk merancang dengan betul sudah tentu anda perlu mempelajari ilmu tersebut. Berikut kami kongsikan 3 langkah perancangan kewangan peribadi anda.

 

3 Cara Banyak Aset Selepas Usia 30-an

NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN SEMASA

Bagi menentukan kedudukan kewangan semasa, anda perlu menyenaraikan semua ASET dan LIABILITI untuk menyediakan “Nilai Harta Bersih” (Net Worth). Contohnya:

ASET RM RM
1. Tunai
–          Akaun simpanan 9,000
–          Akaun semasa 5,000
–          Akaun deposit tetap 5,000
–          Tunai di tangan 1,000 20,000
2. Pelaburan
–          Saham 10,000
–          Bon 10,000
–          Amanah Saham 5,000 25,000
3. Dana Persaraan
–          KWSP 15,000
–          Akaun persaraan peribadi 5,000 20,000
4. Hartanah
–          Rumah 150,000
–          Tanah 0 150,000
5. Kepunyaan Peribadi
–          Barangan kemas 5,000
–          Kereta (Nilai semasa) 30,000 35,000
JUMLAH ASET 250,000
LIABILITI RM RM
1. Pinjaman kereta 20,000
2. Pinjaman rumah 110,000
3. Pinjaman pendidikan 10,000
4. Hutang kad kredit 5,000
5. Hutang kepada keluarga 14,000  
5. Cukai yang belum dibayar 1,000
JUMLAH LIABILITI 160,000
 
NILAI ASET BERSIH (NAB) =

JUMLAH ASET – JUMLAH LIABILITI

90,000

 

IKLAN

Sekiranya NAB adalah positif, tahniah. Anda harus merancang untuk menambahkan lagi nilai aset bersih anda. Jika jawapanya positif, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki kedudukan kewangan semasa anda.

Seterusnya, kita sediakan pula “ALIRAN TUNAI” (cash flow statement) bagi mengenal pasti apa yang diperolehi secara tunai dan apa yg dibelanjakan secara tunai bagi tempoh tertentu.

PENDAPATAN RM
1. Gaji 3,500
2. Dividen 500
3. Pendapatan lain 1,000
JUMLAH PENDAPATAN 5,000
PERBELANJAAN RM
1. Simpanan bulanan 250
2. Perbelanjaan tetap (sewa rumah, ansuran kereta, dll) 1,750
3. Perbelanjaan boleh ubah (bil utiliti, makanan, petrol, baiki kereta, dll) 1,500
4. Perbelanjaan Budi Bicara (perubatan, hiburan, pakaian, peralatan rumah dll) 1,000
JUMLAH PERBELANJAAN 4,500
 
ALIRAN TUNAI (AT) =

JUMLAH PENDAPATAN –

 JUMLAH PERBELANJAAN

IKLAN
500

3 Cara Banyak Aset Selepas Usia 30-an

Jika aliran tunai anda positif, anda memang seorang yang cemerlang dalam pengurusan aliran tunai. Sekiranya negatif, anda perlu merangka strategi untuk mengurangkan perbelanjaan atau menambahkan pendapatan anda.

TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN

IKLAN

Mulakan dengan mengenal pasti dan menulis matlamat kewangan anda seperti:

  • Berkahwin
  • Membeli kereta baru
  • Membeli rumah baru
  • Bercuti
  • Langsaikan hutang kad kredit
  • Tabung persaraan

Kemudian, himpunkan matlamat mengikut kategori iaitu jangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun), sederhana(1 – 3 tahun) dan panjang (lebih daripada 3 tahun)

MATLAMAT JANGKA MASA (PENDEK) MATLAMAT JANGKA MASA (SEDERHANA) MATLAMAT JANGKA MASA (PANJANG)
1 RM12,000 untuk tabung kecemasan dalam masa setahun RM30,000 untuk deposit pembelian rumah pertama RM 250,000 untuk dana persaraan dalam tempoh 10 tahun
2 RM5,000 untuk deposit kereta baru RM 20,00 untuk perbelanjaan perkahwinan

3 Cara Banyak Aset Selepas Usia 30-an

WUJUDKAN PELAN KEWANGAN

Berdasarkan kedudukan kewangan semasa, anda perlu merangka pelan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Beberapa aspek penting dalam merangka pelan kewangan anda ialah:

  1. Bajet (belanjawan) dan Aliran Tunai
    1. Anda perlu membuat “budget” atau belanjawan lebih awal iaitu sebelum wang gaji anda masuk. Pastikan ianya bertulis dan sepatutnya dibincangkan bersama pasangan anda bagi yang sudah berkahwin. Apabila sudah ada belanjawan bulanan, anda perlu pastikan hanya berbelanja mengikut apa yang ada di dalam belanjawan anda sahaja.
    2. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan belanja secara berlebihan atau membeli barangan yang tidak perlu atau tiada dalam belanjawan. Contohnya, sebelum pergi membeli belah di shopping mall, pastikan anda telah sediakan senarai barang untuk dibeli dan disiplinkan diri anda dengan hanya membeli barang-barang yang ada di dalam senarai tadi sahaja.
  • Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan kepada kesabaran, disiplin dan fleksibiliti
  1. Antara KEPERLUAN dan KEHENDAK
    1. Keperluan adalah sesuatu yang anda tidak boleh hidup tanpanya seperti makanan. Ana perlu makan untuk hidup dan tanpanya, anda mungkin tidak boleh hidup lama
    2. Kehendak adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu
  • Memahami perbezaan di antara KEPERLUAN dan KEHENDAK akan memberi kesan kepada bajet dan perbelanjaan bulanan anda
  1. Pengurusan Risiko (Insuran/takaful)
    1. Dalam kehidupan kita seharian, pelbagai perkara yang tidak dingini mungkin berlaku seperti kematian, kehilangan upaya, bencana, diberhentikan kerja dan sebagainya. Keadaan ini akan memberi kesan kepada komitmen kewangan anda termasuklah perbelanjaan bulanan keluarga dan pinjaman bank.
    2. Insuran atau takaful merupakan instument kewangan yang dapat melindungi anda daripada kemungkinan tersebut
  • 2 Jenis insuran iaitu Insuran hayat (seumur hidup, bertempoh, endowmen, perubatan dan kesihatan) dan Insuran am (kenderaan, kediaman, perjalanan, barangan peribadi)
  1. Takaful merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah
  2. Sebelum membeli sebarang polisi insuran/takaful, pastikan anda mendapat maklumat yang secukupnya dan menepati keperluan gaya hidup anda
  3. Untuk maklumat lanjut berkaitan insuran dan takaful, sila layari laman web

3 Cara Banyak Aset Selepas Usia 30-an

  1. Pelaburan
    1. Untuk menambahkan nila aset bersih anda, tumpuan perlu diberikan kepada simpanan dan pelaburan. Apabila anda berjaya menabung secara berterusan, anda perlu merancang pula cara melabur wang anda
    2. Tetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda
  • Cara anda melabur bergantung kepada profil pelaburan sama ada agresif, sederhana atau konservatif. Pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi, mempunyai risiko yang lebih tinggi
  1. Beberapa contoh pelaburan yang biasa dilakukan ialah Pelaburan tunai dan faedah tetap, Saham, Dana Amanah saham, Hartanah, Bon, Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan Perniagaan.
  2. Berhati-hati dengan perangkap skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah.
  1. Cukai
    1. Anda bertanggungjawab untuk mengistiharkan semua sumber pendapatan kepada LHDN dan membayar cukai yang sepatutnya. Anda disarankan membuat potongan cukai bulanan untuk memudahkan anda apabila ingin membayar cukai nanti. Untuk maklumat lanjut berkenaan cukai pendapatan, anda boleh rujuk laman web http://www.hasil.gov.my
    2. Cukai juga perlu dibayar jika anda memiliki perniagaan seperti perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
  2. Persaraan
    1. Anda perlu persiapkan tabungan persaraan sejak daripada usia muda lagi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada simpanan KWSP. Berapa banyak atau sedikit simpanan anda akan menentukan gaya hidup anda apabila bersara.
    2. Proses merancang persaraan melibatkan proses:
      1. Menilai Jumlah Pendapatan Semasa Persaraan yang diperlukan
      2. Menentukan Jumlah Dana Persaraan
      3. Mengumpul dana persaraan
      4. Penggunaan Dana Persaraan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI