Tak perlu suplemen mahal, hanya makan telur pun anda sudah boleh membentuk otot dengan cepat.
Jadi untung jika anda kerap makan telur sebagai hidangan utama kerana ia boleh boleh dijadikan alternatif mudah untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot.
Tubuh yang menerima nutrisi secara optimum akan membantu proses penubuhan otot.
Telur merupakan salah satu hidangan yang lengkap bagi mereka yang mahu berdiet secara sihat.
Para atlet bina badan juga makan telur sebagai sumber protein kerana ia amat penting dalam proses membentuk dan membina otot dengan cepat. Tanpa protein, otot tidak akan membentuk.
Telur mengandungi 6 gram protein yang berkualiti tinggi dan 90 kalori. Ia juga kaya dengan sumber vitamin yang lain iaitu A, E, K, B12, asid folik dan riboflavin.
Selain protein, lemak juga merupakan faktor utama dalam pembentukan otot kerana telur juga mengandungi tahap lemak yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap testosterone.
Untuk mendapatkan otot juga, seseorang perlu berusaha dengan lebih dalam bersenam sama ada di gimnasium mahupun di luar.
Badan yang keletihan pula akan merosakkan tisu otot akibat daripada senaman yang berlebihan.
Ads
Untuk membaiki kerosakan tisu tersebut, tubuh memerlukan kandungan protein yang tinggi dan asid amino selepas senaman. Oleh itu, pengambilan telur terbukti dapat memulikan tisu dan mempercepatkan kadar pertumbuhan otot.
Hati pasti berbunga-bunga untuk pergi ke stadium uantuk melihat perlawanan yang ditunggu sekian lama. Lelaki dan bola sepak begitu sukar untuk dipisahkan. Dan rasanya memang kebanyakkan lelaki dan rasanya sekarang nie perempuan pun berlumba-lumba nak menyaksikan bola sepak secara siaran langsung di stadium walaupun ada siaran yang dipancarkan melalui Televisyen.
Lagi-lagi bila ada perlawanan besar seperti Malaysia menentang Thailand ini. Kalau yang jenis isteri nak ikut pergi stadium rasanya tak adalah masalah sangatkan? Yang jenis tak minat bola nie tentu rasa susah je nak keluar lagi-lagi yang ada anak kecil nie.
Perkara Yang Boleh Dilakukan Apabila Isteri Tak Benarkan Turun Stadium
1. Kurangkan bermain smartphone dan games di phone semasa bersama dengan si dia dan cuba korang luangkan masa untuk berbual bersama isteri kita.
2. Selain itu, cuba ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri kita menguruskan rumah. Kesian isteri kita nak menguruskan rumah, nak berkerja lagi nak uruskan anak dan juga kitakan?
3. Cuba bagi hadiah atau reward sekali-sekala. Tak perlu barangan yang berjenama dan mahal, janji kamu mampu beli hati si dia suka mencukupi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang yang melakukan senaman sering tidak memberi tumpuan di bahagian pinggul dan bahagian punggung. Ini mungkin belaku kerana terlalu asyik melakukan senaman angkat berat atau cabaran bebanan bahagian upper body.
Antara cara untuk anda kurangkan lemak di mana-mana bahagian terutamanya di kawasan di punggung adalah anda perlu kurangkan berat badan melalui pemakanan dan lakukan senaman untuk dapatkan bentuk yang diidamkan.
Kali ini MASKULIN ingin mengesyorkan beberapa step senaman untuk anda mantapkan bahagian kaki. paha, betis dan juga punggung agar lebih mantap!
Lakukan skuat atau cankungan sekurang-kurangnya 30 kali dan repeat selama 3 kali.
Hold squat sama seperti squad cuma bezanya anda perlu cangkung dan selarikan tangan dengan bahu dan tahan selama 10saat. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Pergerakan ini sama seperti squat cuma anda perlu lebarkan sedikit kaki seperti sumo, dan tangan anda perlu mengikut pergerakan badan. Jika Turun, tangan perlu rapat di dada dan jika anda bangun, anda perlu membukanya atau bagai menolak badan ke atas. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali dan ulangi sebanyak 3 kali.
Sama juga seperti squad, cuma bezanya anda perlu menolak badan dengan cara melompat. Lakukan pergerakan ini selama 15 kali serta ulangi pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Pastikan peha di hadapan anda berkedudukan 90 darjah dan lutut ke kaki melutu ke tanah. Lakukan selama 25 kali dan ulang pergerakan ini sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Untuk lebih extreme lakukan dengan perlahan dan selang seli peha kanan dan kiri.
Lakukan pergerakan yang sama seperti Split Lunges cuma bezanya anda perlu melompat dan tukar-tukar peha kiri dan kanan. Lakukan 25 kali dan ulang sebanyak 3 kali.
Bagaikan katak melompat, itu gambaran yang paling mudah untuk anda bayangkan. Lompat dari point A ke B dan ulangi dari B ke A. Lakukan pergerakan ini sebanyak 10 kali dan ulang pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Anda juga boleh guna beberapa jenis alat bantuan senaman untuk variasi senaman lebih baik. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.