Esma Danial sambung belajar di UPSI, tunai amanat arwah bapa. Sudah lebih 10 tahun meninggalkan alam pembelajaran, pelakon berpengalaman Esma Daniel kini teruja untuk kembali bergelar pelajar apabila bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sulta Idris (UPSI) bermula April ini.
Esma Danial Sambung Belajar Di UPSI, Tunai Amanat Arwah Bapa
Esma, atau nama penuhnya Esma Daniel Md Isa, yang kini berusia 56 tahun, berkongsi bahawa keputusan ini adalah sebagai memenuhi hasrat arwah bapanya, Md Isa Abidin, yang sentiasa menekankan kepentingan menuntut ilmu walau dalam apa jua keadaan dan usia.
Menurut Esma, dia turut terinspirasi kerana bakal menimba ilmu bersama rakan-rakan seindustri seperti Tomok dan Amerul Affendi.
Berikut perkongsian Esma di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, satu langkah baru dalam perjalanan ilmu.
Saya bersyukur dan gembira menerima tawaran untuk menyambung pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris @upsi_malaysia.
Ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga amanat arwah abah, Allahyarham Md Isa Abidin, yang sentiasa berpesan agar saya terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan sentiasa istiqomah dalam setiap usaha.
Ads
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Semoga perjalanan ini diberkati dan memberi manfaat, Insya Allah.
“Arwah ayah saya sering berpesan supaya saya terus belajar walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Baginya, ilmu itu tidak terbatas dengan usia, dan usaha yang berterusan adalah kunci kejayaan. Jadi, saya rasa sekarang adalah masa paling sesuai untuk sambung belajar, sambil meneruskan kerjaya lakonan saya. Rasa macam muda balik bila fikir nak daftar masuk April nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, Esma memaklumkan beliau akan menyertai program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ApelQ), yang menurutnya sangat bertepatan dengan latar belakangnya.
Ads
Program ini membuka ruang kepada individu yang hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seperti dirinya, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui penilaian pengalaman kerja terdahulu.
“Walaupun saya akan terlibat dengan tugasan dan bimbingan pensyarah, saya tetap akan terus bekerja seperti biasa. Cuma, kali ini ada tambahan elemen pembelajaran dalam rutin harian saya.
“Menariknya, program ini tak mewajibkan kehadiran ke kelas secara fizikal, walaupun saya akan mengikuti kursus ini secara sepenuh masa,” jelasnya.
Esma turut menyatakan keyakinannya bahawa penglibatan dalam program ini mampu memberi nilai tambah dalam karier seninya yang telah lama diceburi.
“Saya percaya setiap individu perlu ada pencapaian dalam bidang akademik juga. Selepas sekian lama berada dalam industri lakonan dan melakukan pelbagai perkara, saya rasa sudah tiba masanya untuk memperkukuh diri dengan ilmu yang lebih formal,” tambahnya.
Ads
Dengan semangat baharu ini, Esma membuktikan bahawa pencapaian akademik bukan hanya untuk golongan muda, tetapi juga relevan buat sesiapa yang masih mahu belajar dan berkembang, tidak kira usia.
Dalam dunia bola sepak yang penuh dengan spekulasi dan harapan, berita terkini mengenai potensi kedatangan Xabi Alonso ke Liverpool telah mencetuskan kegembiraan di kalangan peminat, tetapi juga membuka ruang untuk penipuan.
Sejak pengumuman mengejut Jurgen Klopp tentang perletakan jawatannya di akhir musim, nama Xabi Alonso, mantan pemain tengah Sepanyol muncul sebagai calon utama untuk mengisi posisi tersebut di Liverpool.
Xabi Alonso, yang kini berusia 42 tahun dan mengetuai Bayer Leverkusen, telah membangkitkan minat para penggemar Liverpool dengan prestasi mengagumkan.
Xabi Alonso yang pernah bermain untuk Liverpool dari tahun 2004 hingga 2009, termasuk dalam kemenangan Liga Champions yang terkenal, telah memperlihatkan kemampuannya sebagai seorang pemimpin pasukan yang berpotensi besar.
Namun, di tengah-tengah suasana penuh harap ini, terjadi sebuah insiden yang tidak terduga. Polis Thailand baru-baru ini memberikan amaran kepada peminat Liverpool tentang penipuan online yang mengunakan nama Xabi Alonso.
Penipuan tersebut, yang menggunakan akun Instagram palsu, meminta sumbangan sebesar 300 baht (sekitar RM37) untuk membantu membayar tiket penerbangan Alonso dari Jerman ke Liverpool.
Pesan yang ditulis dalam bahasa Thai tersebut menyatakan, “Saya Xabi Alonso, saya akan bertanggung jawab atas Liverpool musim depan, tetapi saya kekurangan uang untuk penerbangan saya ke Liverpool.”
Kejadian ini menjadi perhatian khusus mengingat popularitas Liga Premier, khususnya Liverpool, yang sangat tinggi di Thailand.
Biro Penyelidikan Pusat Thailand terpaksa menggunakan media sosial untuk memberikan peringatan kepada para penggemar. Dalam sebuah pernyataan resmi, mereka menyampaikan, “Penggemar Liverpool, tenanglah. Xabi belum menjadi manager, tetapi sudah ada penipu.”
Sementara itu, Xabi Alonso terus mencuri perhatian dengan membawa Leverkusen ke posisi teratas Bundesliga, menunjukkan potensi untuk mengalahkan Bayern Munich dalam perebutan kejuaraan Bundesliga.
Situasi ini semakin memperkuat spekulasi bahawa dia mampu menjadi pengganti Klopp di Liverpool, meskipun terdapat nama-nama lain yang juga menjadi pertimbangan, seperti Ruben Amorim dari Sporting, Roberto De Zerbi dari Brighton, dan Julian Nagelsmann, pelatih pasukan kebangsaan Jerman.
Dengan situasi ini, para penggemar diingatkan untuk tetap waspada terhadap segala bentuk penipuan online, terutama yang berkaitan dengan perpindahan pemain atau pelatih.
Kesetiaan dan antusiasme mereka terhadap kelab kesayangan tidak seharusnya dimanfaatkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Insiden yang berlaku terhadap legenda sukan lumba basikal tanah air, Datuk Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik 2024 Paris baru-baru cukup mengejutkan kita semua.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selepas melakukan segala persiapan namun insiden yang menyebabkan beliau telah ‘disqualified’ pada acara keirin peringkat suku akhir pasti menjadi titik hitam dalam kariernya.
Apatah lagi setelah Azizul berkobar-kobar ingin menghadiahkan pingat emas sulung buat negara tercinta. Selepas mendapat pingat gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020, inilah medan yang dianggap terbaik buatnya. Akan tetapi takdir telah menentukan segalanya. Mungkin tiada rezeki.
Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya warganet dilihat terus menaruh harapan agar Azizul meneruskan kariernya peringkat antarabangsa sehingga ke Sukan Olimpik 2028 Los Angeles. Perlu kita ingat pada tahun tersebut Azizul sudah pun menginjak ke usia 40 tahun.
Namun bagi bekas juara dunia itu dia percaya dengan kemampuannya untuk mengekalkan tahap kecergasan kerana yakin dengan caranya menjaga kondisi fizikal.
SAYA SUDAH BERJANJI
Walau bagaimanapun jelas Azizul dia telah berjanji dengan keluarganya bahawa Olimpik 2024 Paris menjadi medan perlumbaan kompetitif terakhirnya.
Sekiranya diberi keizinan keluarga, Azizul memberi bayangan dia akan mungkin membuat pertimbangan untuk aktif sehingga Olimpik 2028 Los Angeles.
“Secara jujur, sekiranya saya nak pergi ke LA2028, sudah tentu boleh. Walaupun ketika itu berusia 40 tahun kerana saya menjaga badan dengan cukup baik. Saya tahu apa yang perlu dilakukan.
“Sudah tentu perjalanan tersebut sukar tetapi saya boleh buat ia berlaku tetapi selepas pembedahan itu, emak, isteri dan anak-anak memaksa saya untuk bersara. Dan menyebabkan saya berjanji Paris adalah yang terakhir.
“Kalau mereka izinkan (ke LA2028), tidak tahulah… tetapi buat masa ini saya rasa seperti sudah terlalu lama dalam (sukan) ini, berlumba, bebanan dan tekanan,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Kosmo.
Tambahnya lagi, sudah tiba masanya untuk saya membantu generasi seterusnya tidak kiralah dalam sukan apa sekalipun.
“Walaupun masih ada ‘api’ untuk teruskan tetapi ada satu masa, anda perlu berundur,” jelasnya lagi.
Azizulhasni bukan sahaja seorang atlet, tetapi juga seorang inspirasi kepada generasi muda.
Kejayaan dan dedikasi beliau dalam sukan berbasikal telah mengangkat nama Malaysia di persada dunia, menjadikannya seorang ikon sukan yang dihormati dan dikagumi di seluruh negara.
Selamat maju jaya buat Datuk Azizulhasni Awang dalam apa juga bidang yang akan diceburinya selepas bersara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Siapa cakap kalau orang yang berpoligami tak akan bahagia. Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam. Poligami juga adalah syariat yang banyak juga ditentang di antara kaum muslimin. Yang katanya merugikan wanita, menurut mereka yang memegang kaedah emansipasi perempuan. Namun poligami sendiri bukanlah seperti yang mereka pikirkan.
Baru-baru ini pelakon Ashraf Muslim akui dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33, merupakan penguat hidupnya.Kata Ashraf, dia sangat bersyukur kerana kedua-dua isterinya sentiasa bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang.
Ashraf meluahkan isi hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya bersempena dengan hari wanita sedunia hari ini.
“Mereka adalah wanita yang luar biasa buatku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.
“Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.
“Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti mana orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin,” tulisnya.
Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya.
Mereka juga mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.
Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya.
Mereka juga mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.