Ayuh mulakan rutin sihat di waktu pagi kalau anda nak berat mudah turun. Ini kerana pada waktu pagi banyak aktiviti sihat yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Kajian yang diambil dari livestrong.com menemukan jika anda lakukan beberapa perkara di waktu pagi, boleh membuatkan berat badan anda mudah turun sedikit demi sedikit.
Ini 7 perkara wajib anda buat di waktu pagi kalau nak berat badan mudah turun.
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity mengatakan orang yang bangun awal pagi ada kecenderungan untuk mudah kurus kerana memiliki pola makan yang baik. Malah jika anda bangun awal dan jumlah tidur mencukupi, anda akan makan sedikit di pagi hari. Jika jumlah tidur anda kurang, anda akan makan lebih banyak kalori, gula dan lemak berbanding orang yang bangun lebih awal. Satu kajian lain dari University of Toronto juga menemukan bahawa orang yang bangun awal pagi memiliki peluang untuk lebih bahagia dan bertenaga sepanjang hari. Orang yang bangun sebelum jam 7 pagi memiliki tenaga positif sekitar 19-25% lebih banyak berbanding orang yang bangun lambat.
Selepas bangun tidur, jadikan amalan minum dua gelas air putih sebagai rutin. Selain membantu untuk menghidrasi tubuh setelah anda tidur semalaman, minum air putih juga membantu untuk mengawal nafsu makan. Beberapa kajian menunjukkan, orang yang rajin minum air putih di pagi hari memiliki BMI yang lebih rendah dari waktu ke waktu. Selain itu, jurnal Obesity juga mengatakan bahawa berat badan mampu turun sebanyak 44% jika anda minum dua gelas air sekitar 30 minit setiap kali anda makan menu berat.
Cahaya matahari penting untuk tubuh badan. Terdedah kepada cahaya matahari di waktu pagi dapat memperbaiki ritme sirkadian dalam tubuh badan anda. Ia berkaitan dengan kemampuan tubuh untuk mengawal rasa lapar atau mengaktifkan sistem metabolisme. Bahkan jika anda keluar ketika matahari pagi selama lebih kurang 20 minit dalam sehari, akan mengaktifkan hormon pembakar lemak serta mengecilkan hormon yang merangsang rasa lapar dan nafsu makan anda.
Setelah bangun pagi, cuba gerakkan tubuh anda melakukan aktiviti seperti berjalan cepat, bersenam atau beryoga. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise mengatakan bahawa orang yang rajin berjalan-jalan di waktu pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit mempunyai berat badan yang lebih terkawal. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah melakukan aktiviti bersenam di waktu pagi juga dapat memperbaiki emosi anda.
Jangan sesekali mengabaikan atau melewatkan sarapan pagi kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Jika anda ingin berat badan terjaga, sarapanlah dengan telur atau menu lain yang tinggi protein. Ini kerana sumber makanan yang kaya dengan protein akan membuatkan anda rasa lebih kenyang, menyekat hormon penyebab anda rasa lapar dan meningkatkan sistem metabolisme dalam tubuh badan.
Minum teh hijau menjanjikan gaya hidup sihat. Ia adalah antioksidan yang hebat untuk membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan mempunyai sifat anti-penuaan. Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optimum, teh hijau sebaiknya diminum 30-45 selepas makan. Elak minum teh hijau ketika perut masih kosong kerana kafein yang terkandung di dalamnya mampu menyebabkan anda dehidrasi.
Menimbang berat badan pada waktu pagi hari merupakan perkara penting jika anda ingin menjaga tubuh. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Academy of Nutrition and Dietetics melaporkan bahawa orang yang rutinnya menimbang berat badan di waktu pagi cenderung kehilangan berat badan 3 kali lebih banyak berbanding orang yang jarang menimbang badan. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah sejurus selepas anda bangun tidur.
Tanyalah mana-mana lelaki. MASKULIN boleh katakan majoriti daripada mereka pasti hanya menganggap kanser payudara hanya boleh berlaku kepada kaum wanita sahaja.
Tapi tahukah anda kajian terkini mendapat lelaki juga boleh berdepan risiko kanser payudara? Seperti mana yang kita tahu kanser payudara antara jenis kanser yang paling sinonim berlaku di kalangan rakyat Malaysia.
Ia kemudian diikuti dengan kanser kolarectal, kanser paru-paru, kanser nasopharyngeal dan kanser hati. Bahkah tiga kanser iaitu kanser payudara, colarectal (kanser usus) dan paru-paru meliputi lebih separuh dari keseluruhan kes kanser.
Ramai beranggapan lelaki bebas daripada kanser payudara. Tpai anda sebagai lelaki harus ingat ia boleh berlaku kepada lelaki. Risiko terhadap lelaki ialah 1 di dalam 100 orang meliputi kurang 1% populasi lelaki.
Walaupun jarang berlaku namun risikonya masih tetap ada dan lebih malang mereka yang menghidapinya tidak sedar akan masalah ini. Disebabkan itulah lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan secara berkala.
APAKAH PUNCA KANSER PAYUDARA DI KALANGAN LELAKI?
PENINGKATAN USIA
Risiko lebih tinggi di kalangan golongan lelaki yang berusia 60 tahun ke aras. Namun terdapat juga kes dilaporkan berlaku di kalangan lelaki lebih muda.
MUTASI GENETIK
Terdapat mutasi genetik berlaku seperti BRCA1 dan BRCA2 yang meningkatkan risiko kanser payudara.
KETURUNAN
Lelaki yang mempunyai ahli keluarga menghidapi kanser payudara juga berdepan sedikit risiko.
Mereka yang menjalani terapi ini mengambil ubat mengandugi estrogen. Ia sebelum ini digunakan untuk merawat kanser prostat dan boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
SINDROM KLINEFELTER
Kondisi genetik yang sangat jarang berlaku di mana seorang individu lelaki itu mempunyai kromosom X berlebihan. Ia akan menyebabkan peningkatan penghasilan estrogen dan merendahkan paras androgens.
RADIASI
Mereka yang melakukan terapi radiasi juga berdepan risiko lebih tinggi
MASALAH TESTIKULAR
Kecederaan yang berlaku pada testikel atau pembedahan membuangnya boleh menyebabkan risiko kanser payudara meningkat.
MASALAH FUNGSI HATI
Cirrhosis di dalam hati boleh merendahkan paras androgens dan meningkatkan paras estrogen di dalam badan lelaki. Sekali gus meningkatkan risiko kanser ini.
MASALAH OBESITI
Lelaki dewasa yang ada masalah berat badan atau obese mempunyai risiko lebih tinggi berbanding orang lain.
Menurut Pakar Perunding Residen Onkologi di Aurelius Hospital Nilai berkata,” Walaun pun kanser payudara merupakan penyakit yang sinonim di kalangan wanita namun lelaki juga harus berwaspada.
“Perhatikan sebarang perubahan pada diri dan kesan simptomnya lebih awal. Apa jua jenis kanser perkara paling penting ialah untuk memahami dan mengenali petanda seawal mungkin agar boleh diberikan rawatan. Bagi lelaki, ia adalah sangat kritikal untuk mereka lebih terbuka terutamanya dalam perihal kanser payudara,” tambahnya lagi.
Berikut merupakan beberapa SIMPTOM yang perlu anda perhatikan:
bengkak di kawasan payudara
Ulser pada payudara atau puting
Puting lembut atau terbalik (ditarik ke dalam)
Ruam pada atau sekitar puting
Benjolan pada kawasan bawah lengan
Pelepasan cacair yang kadang-kadang sekali dengan darah
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Memilih waktu yang tepat untuk bersenam boleh membantu memaksimumkan hasil senaman anda. Berikut adalah lima waktu senaman yang terbaik dan cara untuk mengoptimalkan hasilnya:
PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR
Kelebihan: Mengaktifkan metabolisme tubuh badan, meningkatkan mood, memberi tenaga sepanjang hari.
Cara Optimum: Mula dengan pemanasan ringan untuk bangkitkan tubuh anda. Kemudian, lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal untuk meningkatkan denyutan jantung dan pembakaran kalori. Pastikan anda minum air sebelum dan selepas senaman untuk hidrasi.
PERTENGAHAN PAGI (ANTARA 9-11 PAGI)
Kelebihan: Suhu tubuh badan sedikit lebih tinggi, mengurangkan risiko kecederaan. Tenaga dan fokus biasanya lebih baik berbanding awal pagi.
Cara Optimum: Lakukan senaman yang melibatkan kekuatan seperti angkat berat. Ini adalah waktu yang baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan massa otot.
PETANG (SELEPAS KERJA)
Kelebihan: Menghilangkan stres selepas bekerja, meningkatkan kualiti tidur, tubuh badan pada tahap pemanasan maksimum.
Cara Optimum: Gabungkan kardio dan latihan kekuatan. Anda mungkin akan dapati anda mampu melakukan lebih banyak repetisi atau mengangkat berat yang lebih berat pada waktu ini berbanding waktu lain.
LEWAT PETANG (ANTARA 5 PETANG -7 MALAM)
Kelebihan: Suhu tubuh dan tahap hormon pada paras optimum untuk senaman. Denyutan jantung dan tekanan darah biasanya lebih rendah.
Cara Optimum: Lakukan senaman intensiti tinggi selang-tabata atau latihan kekuatan. Ini adalah waktu yang baik untuk latihan yang memerlukan fokus dan ketepatan.
LEWAT MALAM
Kelebihan: Gym atau pusat kecergasan mungkin kurang sesak, membolehkan anda melakukan senaman tanpa gangguan.
Cara Optimum: Pilih senaman yang menenangkan seperti yoga atau regangan. Jika anda memilih untuk melakukan senaman yang lebih intensif, pastikan untuk memberi masa yang cukup untuk tubuh anda untuk tenang sebelum tidur.
Tips Tambahan:
Pastikan anda makan makanan yang seimbang sebelum dan selepas senaman untuk memberi tenaga dan pemulihan yang diperlukan.
Minum air yang cukup sepanjang hari.
Dengar badan anda. Jika anda merasa letih atau sakit, beri masa untuk berehat dan pulih.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah masa tubuh anda memulihkan diri dan memperbaiki otot.
Ingat, yang paling penting adalah konsistensi dalam rutin senaman anda, bukan semata-mata waktu anda bersenam. Pilih waktu yang paling sesuai dengan jadual dan keperluan tubuh anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara peralatan senaman yang selalu digunakan dengan kerap oleh lelaki ialah menggunakan dumbbell. Namun kalau ada dumbbell sampai lengkap setiap berat pun tak guna juga kalau tak pandai guna.
Jangan gundah atau gulana. MASKULIN ada untuk membantu anda melakukan senaman lengkap menggunakan dumbbell.
MASKULIN kongsi senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
Jumping Lunges (Dumbbell)
Senaman Lunges kali ini hanya menambah bebanan dengan menggunakan dumbbell dan sedikit lompatan.
Pastikan anda lakukan dengan bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kebolehan. Anda tidak boleh melompat sekiranya beban dumbbell terlalu berat dan pergerakan ( range of motion) anda akan terbatas.
Mulakan dengan satu langkah ke hadapan, dumbbell sentiasa di sisi dan bengkokkan kaki kedudukan 90 darjah kemudian tolak kaki anda ke posisi permulaan dan tukar kaki sebelah.
Reverse Woodchop
Senaman ini menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
Mulakan senaman dengan berdiri tegak dengan memegang satu dumbbell dan letak di sisi kaki.
Pastikan dada anda tegak ke hadapan, bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat dan mulakan pergerakan dari sisi silang ke arah atas bahu.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.