
Pasti rambang mata nak pilih produk untuk atasi muka berjerawat, berminyak dan parut. Kalau tersalah pilih produk, masalah muka berjerawat akan jadi makin teruk. Jika muka berjerawat tidak diatasi, boleh meninggalkan parut yang menghodohkan wajah.
Bagi yang berdepan dengan masalah muka berjerawat, berminyak dan parut, ikuti perkongsian Naufal Antezem yang berpengalaman mencuba 30 produk berkesan dan recommend untuk mengatasi ketiga-tiga masalah ini.
Paling menarik, beliau turut menerangkan kegunaan dan cara-cara untuk menggunakan 30 produk ini. Dengan penerangannya ini pasti memudahkan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan masalah yang anda hadapi.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
BACA: Berhenti Makan Coklat & Minuman Soda, Doktor Ini Kongsi Ilmu Elak Jerawat Makin Teruk!
My Top 30: Skincare Edition
BACA: Punca Kenapa Jerawat ‘Naik’ Di 6 Tempat Ini. Kena Tahu Triknya, Kalau Nak Elak Ia Muncul!
BACA: Dari Muka Berjerawat Teruk, Lelaki Kongsi Cara Dia Pulihkan Wajah Dengan Produk Ini!
BACA: 4 Rutin Mudah Miliki Kulit Bersih & Bebas Jerawat, Yang Penting Jangan Malas!
BACA: Buat Gel Timun Untuk Kecutkan Jerawat, Hasilnya Kulit Lelaki Ini Flawless Bak Putih Telur!
BACA: Pilihan 10 Produk Toner Bebas Alkohol Dari Drugstore, Sesuai Untuk Kulit Sensitif & Berjerawat!
BACA: Patutlah Muka Berminyak & Mudah Naik Jerawat, Rupanya 4 Perkara Ini Puncanya!
4 Stail Paling Stylo Lelaki Berambut Nipis Boleh Cuba, Confirm Smart!

Lelaki yang berambut nipis mesti cemburu tengok orang lain dengan rambut lebat yang boleh bertukar fesyen semasa. Lelaki berambut nipis pula seolah-olah ada bermacam pantang-larang yang mesti diikuti kerana silap hari bulan, rambut anda makin nipis dan botak.
Tapi janganlah berkecil hati kerana lelaki berambut nipis juga tak kurang hebatnya kalau dicuba gaya yang sesuai. Nah! Ini beberapa stail yang anda boleh cuba.
1. Slicked Back
Dandanan rambut slicked back merupakan antara gaya rambut klasik yang sering digunakan untuk lelaki terutamanya yang berambut tipis.
Cara menata rambut dengan gaya ini adalah sangat mudah, hanya perlu menyisir rambut ke belakang dan menggunakan pomade untuk menggayakannya.
2. Caesar Cut
Untuk menggayakan rambut nipis, gunakan gaya rambut caesar cut yang mampu untuk menutupi helaian rambutmu. Potongan rambut ini merupakan gaya short cut yang tidak terlalu pendek.
Gunakan gel atau pomade untuk menggayakannya serta sisir rambut ke arah depan untuk menampakkannya tebal.
3. Short Spike
Gaya rambut lelaki berambut nipis yang sesuai selain dari gaya di atas adalah short spike. Gaya rambut ini memiliki potongan yang pendek dan sedikit cepak.
Untuk mendapatkan kesan spiky, gunakan gel ataupun wax dan gayakan rambut agar menjadi sedikit melengkung ke atas. Gaya rambut ini pun akan memberikan ilusi seolah-olah rambut anda tebal.
4. Shaggy Cut
Potongan rambut dengan panjang sederhana ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan gaya rambut pendek. Kesan layer pada gaya shaggy cut ini mampu melihatkan rambut tipis seperti lebih tebal.
Agar ianya terlihat lebih rapi dan bergaya, jangan lupa menggunakan styling cream. Namun, kamu juga boleh membiarkannya terurai secara semula jadi.
Lebat Tapi Kemas! Ikuti Beberapa Step Penjagaan Jambang & Janggut Terbaik Agar Sentiasa Nampak Segak

Ada beza ya di antara memiliki jambang lebat yang kemas dan juga serabai. Buat mereka yang pandai jaga walaupun selebat mana jambang atau janggut mereka namun ia tampil kemas dan tersusun. Malah kedudukannya juga nampak ‘terletak’!
Untuk dapatkan hasil seperti itu pertama sekali anda harus pandai menjaga kondisi dan kesihatan jambang dan janggut dengan baik.
Buat kebanyakan lelaki yang berjambang dan berjanggut, komitmen untuk menjaganya sangat penting. Jika memilih untuk menyimpan janggut dan jambang pastikan anda sentiasa peka dengan penjagaan harian.
Tidak guna kalau jambang tumbuh melata di atas wajah tanpa dirapikan dengan baik. Tidak kena gaya anda boleh kelihatan sebagai seorang yang amat selekeh dan tidak keruan.
Ikuti 5 step penjagaan terbaik jambang & janggut dari MASKULIN di bawah!
BASUH JANGGUT DAN JAMBANG DENGAN SYAMPU
Ya, syampu rambut anda boleh digunakan untuk mencuci jambang dan janggut. Lakukan cucian sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Cucian ini akan dapat membuatkan ia berbau lebih harum, bersih dan mengelakkan permukaan kulit menjadi terlalu berminyak.

PASTIKAN SENTIASA HIDRAT
Untuk memastikan jambang atau janggut sentiasa kelihatan bersinar-sinar anda boleh gunakan minyak khas yang boleh didapati di pasaran. Minyak janggut ini biasanya mempunyai kandungan semulajadi dengan minyak ekstraks premium.
Ikuti langkah berikut:
- Tuangkan beberapa titik ke atas tapak tangan.
- Sapukan minyak ke bahagian atas janggut dan lakukan urutan secara sapuan lembut.
- Lurutkan janggut hingga ke bahagian bawah dengan teknik urutan agar minyak dapat diratakan dengan baik.
- Anda boleh membuat sapuan minyak ini kira-kira dua atau tiga kali seminggu.
TRIM DENGAN KEMAS
Melakukan potongan kemas atau trimming merupakan cara paling baik untuk menjaga janggut dan jambang yang menarik. Ramai lelaki tak tahu bahawa ia juga boleh rosak dan bercabang.
Dapatkan gunting kecil dan potong bahagian hujung janggut yang rosak. Jika anda mahukan potongan berbeza, boleh ikuti tip potongan mengikut bentuk kemahuan menerusi tutorial video.
MASKULIN cadangkan anda luangkan sedikit masa di depan cermin sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melakukan trimming.

BAHAGIAN LEHER
Sesetengah lelaki akan ditumuhi rambut di bahagian leher. Jadi amatlah penting anda perlu memastikan ia dipotong atau dicukur dengan kemas. Usah lakukan trimming janggut mengikut bentuk jawline. Ini hanya akan membuatkan anda nampak lebih gemuk.
HIDUP SIHAT
Amalkan pemakanan sihat dan sentiasa bersenam. Kedua-dua faktor ini juga memainkan peranan penting bagi memastikan janggut dan jambang sentiasa dalam kondisi yang sihat dan menarik.
Jangan lupa untu subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Kehebatan Di Sebalik Lelaki Mempunyai Janggut, Salah Satunya Mencetus Rasa Sayang Dari Pasangan

Ada orang lebih suka wajah mereka licin bersih dari sebarang misan, janggut atau jambang. Mungkin alasannya tidak mahu berasa rimas.
Namun tahukah anda menyimpan janggut atau jambang membawa beberapa kelebihan yang mungkin kita tidak tahu? MASKULIN yakin ramai di antara anda pun sudah tahu bahawa menyimpan janggut itu merupakan salah satu amalan Sunnah dari Nabi kita yang tercinta.
Tidak dinafikan lelaki berjanggut atau berjambang sedikit sebanyak menonjolkan sisi kejantanan atau maskulin yang lebih mantap. Jika tak percaya cuba anda bandingkan diri anda yang licin bersih dan berjanggut atau berjambang. Cuba tanya orang terdekat yang manakah mereka nampak lebih ‘jantan’?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelebihan lelaki yang menyimpan janggut atau jambang.
Melindungi Serangan Bakteria & Jangkitan Kuman
Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut!
Lindungi Wajah Panas Matahari
Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu.
Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas?

Rupa Paras Lebih Jantan
Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.
Kajian mendapati :
i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.
ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab
iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu tarikan, maskulin, kesihatan dan potensi menjadi bapa yang bertanggungjawab.
Janggut Boleh Tubuh Panjang
Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records!
Mencetus Kasih Sayang
Anda pernah dengar tentang Pogonophilia? Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Ini berlaku terutamanya di kalangan peremupuan. Siap ada terma sendiri lagi tu! Punyalah hebat penangan janggut.