Tidak dinafikan ramai sebenarnya penggemar kereta lama ini. Jadi sebelum anda ada perancangan nak beli kereta lama atau kereta lebih 10 tahun, pastikan anda ambil tahu beberapa perkara penting.
Sebagai persediaan untuk membeli kereta lama, pastikan anda ikuti nasihat yang dikongsikan G Car Care menerusi laman Facebooknya.
TIPS PERKONGSIAN KERETA LAMA ATAU KERETA LEBIH 10 TAHUN
Hari ini admin nak kongsi sikit la kepada sesiapa yang beli kereta lama tu.Kereta lama ni kebanyakan pembeli beli cash jer.. Harga pun murah-murah dah tapi ada juga harga tak masuk akal tengok keadaan kereta. Kebanyakan yang harga mahal tu kereta rare la.. Barang-barang pun mahal terutama bahagian engine.
Ads
1. Kepada sesiapa yang ambil kereta lama ni, admin sarankan untuk permulaan korang repair la bahagian bawah dulu atau undercarriage, korang tukar bush, suspension, brake, lower arm, mounting dan sebagainya. Boleh buat sikit-sikit bajet untuk under carriage ni dalam 4 ribu ke 5 ribu juga… Tengok la korang nak pasang suspension apa, kalau adjustable boleh la pilih yang ayam atau yang sangat bagus punya. Lagipun kereta lama ni banyak barang aftermarket juga..
2. Bahagian dalaman kereta interior yang ni makeup ikut korang la,nak cun tukar la seat recaro ke, sparco ke atau acah-acah pakai sscus pun ok dah janji sedap duduk je.. Tukar meter cluster, air cond grill dll yang ni admin rasa bajet dalam 3 ribu ke 4 ribu juga boleh buat sikit-sikit.
3. Wear and tear atau barangan pakai habis macam clutch, brake, filter, timing belt dan sebagainya ini adalah bahagian boleh dikatakan penting juga tapi boleh la buat sikit-sikit anggaran dalam 2 ribu ke 3 ribu.
Ok serba sedikit admin kongsikan untuk anda semua pengguna kereta. Walaupun beli kereta lama ni takde hutang boleh lepak di mc d setiap hari tapi kena ingat maintenance kereta juga.
Apa yang admin boleh kongsikan ni, harga kereta lama yang best-best macam vtec, mivec, 4G93 1.8 dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang sparepart mahal sangat dari kereta baru sebab barang sudah rare dan sangat limited.
Tapi ada kos yang rendah lagi. Agak subjektif juga kalau beli kereta lama ini kebanyakan ikut nasib kalau boleh nak beli tu korang beli dengan tuan kereta lagi ok apa-apa senang rujuk.
Ads
Mana tau ada rezeki korang beli tinggal cuci kaki jer. Start engine tekan jer…
Tapi kena paham yer ada kereta lama lagi murah dari Honda Cup ex5 tapi maintanance bukan macam ex5 kereta tetap harga kereta tak sama harga motosikal…
Admin dengar cerita mau bikin Yamaha y15zR pun ada mencecah dekat 8000 ke 9000 belum kereta lagi.. Kalau cecah belas2 ribu tu biasa la…
Tinggal di negara bercuaca tropika seperti negara kita kadangkala ada cabarannya yang tersendiri. Ini terutamanya bagi pemilik kereta atau kenderaan lain.
Kadangkala pada waktu pagi panas terik. Kemudian waktu tengahari pula hujan lebat berserta ribut petir. Kemudian malam kembali panas seperti di siang hari.
Bagi sesetengah pemilik kereta mereka tak suka bila hujan. Ini kerana ramai yang menganggap bila hujan mereka tak boleh nak basuh kereta.
Ramai yang menyangka pada waktu atau musim hujan memang kurang sesuai kalau nak basuh kereta kerana ia dianggap satu perbuatan yang sia-sia. Kalau fikir secara logik memanglah begitu.
Tapi tahukah anda ia tak benar dan hanya menyebabkan anda lebih lalai dalam bab penjagaan kereta atau kenderaan.
Mengapa MASKULIN berkata begitu? Kerana anda sebenarnya boleh saja basuh kereta walaupun pada musim hujan. Bukan untuk kebeikrsihan sahaja maah ia mempunyai kelebihan yang lain.
WARNA KERETA TAHAN LAMA
Tahukah anda hujan yang turun pada zaman sekarang banyak yang tercemar. Dengan kualiti udara yang semakin teruk dan pencemaran kejadian hujan berasid makin kerap berlaku.
Keasidan hujan ini kalau terkena kenderaan dan dibairkan ia boleh menghakis lapisan clear pada cat kenderaan. Selain itu kemasan krom juga akan menjadi semakin pudar kilatnya. Jika anda membasuh kereta elakkan guna syampu atau sabun mandi. Gunalah sabun pencuci keret yang khusus dan bilas dengan menggunakan semburan air.
Salah satu cara penjagaan kereta untuk elak kesan hakisan hujan ialah dengan melakukan rawatan laspisan wax atau polis. Anda boleh lakukan sekali dalam tempoh beberapa bulan. Atau paling kurang pun 2 kali dalam setahun.
Dengan melakukan servis begini kotoran pun akan susah nak lekat pada kenderaan. Jika rasa tak mampu dan tak pasti nak buat sendiri anda boleh hantar ke pusat cucian kereta yang ada menawarkan servis ini.
KEBERSIHAN DALAMAN
Kalau anda perasan sewaktu musim hujan merupakan waktu di mana kereta akan jadi bertambah kotor. Bayangkah tapak kaki yang melekat dengan tanah bercampur air. Dan bagaimana pula jika menggunakan payuh yang basah dan bawa masuk kereta.
Kalau dibiarkan kelembapan itu akan membuatkan kereta menjadi bau busuk dan hapak. Jadi cuciclah kereta bahagian luar dan dalam. Jika terkena air cepat-cepat keringkan dengan segera terutama di bahagian tempat duduk.
KESELAMATAN
Apabila hujan bahagian cermin depan dan belakang kadangkala diselaputi kesan-kesan air atau percikan kotoran tanah. Kadangkala juga cermin ini akan menjadi berwap dan menyebabkan kadar penglihatan jadi makin kurang jelas.
Ini akan membahayakan anda ketika memandu. Semasa membasuh atau mencuci kenderaan sapukan atau sembur pembersih cemrin sekali. Anda boleh dapatkan produk semburan cermin di pasaran. Ia befungi untuk menghalang perkara-perkara di atas berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekali imbas ia nampak seperti rekaan yang hanya wujud di dalam komik atau filem fiksyen. Namun hakikatnya kapal selam yang tampil dengan rekaan persis adiwira popular Batman merupakan jentera yang wujud di dunia nyata.
Juga dianggap saling tidak tumpah dengan bentuk ikan pari kapal selam peribadi ini dikatakan bernilai GBP1.3 juta (RM6.8 juta) telah ditawarkan untuk jualan.
Kapal selam ini dihasilkan oleh Highland System yang berpangkalan di Suffolk dan UAE dikenali sebagai Kronos Submarine.
Foto: Highland Systems / SWNS
Menurut pengeluarnya, kapal selam ini bakal membawa konsep baharu dalam pasaran kapal selam komersial di seluruh dunia. Ia dikatakan boleh memuatkan sehingga 10 orang penumpang dalam satu masa dan sesuai digunakan bukan sahaja untuk pengangkutan komersial tetapi untuk misi menyelamat dan juga operasi ketenteraan.
Foto: Highland Systems / SWNS
Kronos Submarine yang tampil dengan rekaan futuristik dengan kepaj boleh lipat mampu mencecah kelajuan sehingga 80kmj di atas air dan 50kmj di dalam air.
Ia juga boleh melakukan selaman sehingga kedalaman 250 meter dan mampu menampu bekalan udara sehingga 36 jam. Dengan menggunakan sistem pendorong hibrid kapal selam ini menggunakan diesel dan juga tenaga elektrik untuk menjana sehingga 1,200 kuasa kuda dan memberikan 54 jam perjalanan.
Foto: Highland Systems / SWNSFoto: Highland Systems / SWNS
Pada bahagian dalamannya pula ia lengkap dengan rekaan moden bersama sistem penghawa dingin dan juga mempunyai sistem sokongan hayat automatik. Ini benar-benar ‘big boys toys!’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti barangan lain, tayar kereta juga mempunyai tarikh luput yang menentukan jangka hayat penggunaannya. Anda mungkin boleh terbeli tayar yang sudah lama disimpan atau hampir tamat tempoh, yang menjejaskan keselamatan dan prestasi pemanduan.
Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar? Berikut dikongsikan maksud kod tayar:
Kod pada tayar kereta bermaksud
175 – Kelebaran tayar ini ialah 175mm 65 – Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65% R – Radial 15 – Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci 84 – Had muatan tayar ini ialah 500kg H – Kelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j
Lihat juga abjad di hujung, di samping H abjad memberi makna berbeza ;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190 km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Salah satu sebab kemalangan adalah kerana kes tayar pecah, bole jadi kerana pemilik tidak arif tentang kemampuan tayar dalam keadaan cuaca negara kita.
Kod tahun pembuatan tayar
Selain itu semua tayar yang dijual di Malaysia memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.
Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.
Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.
Oleh itu, jika ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.