Bagi penggemar acara larian, Twincity Marathon merupakan antara acara yang cukup dinantikan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara acara larian yang paling popular di Lembah Klang.
Penganjuran pada tahun ini menyaksikan Twincity Marathon dianjurkan buat kali keenam. Kali pertama ia dianjurkan pada tahun 2014 menyaksikan kira-kira 4,500 orang menyertai larian pelbagai kategori.
Pada tahun ini pula menyaksikan satu rekod baru dengan jumlah penyertaan mencecah lebih 12 ribu orang. Untuk perbandingan tahun penganjuran tahun lalu pula seramai 10 ribu orang membanjiri laluan larian di Cyberjaya.
Twincity Marathon 2020 telah dianjurkan dengan jayanya pada 18 dan 19 Januari 2020. Menariknya acara pada 18 Januari menyaksikan larian untuk kategori kanak-kanak dianjurkan.
Acara utama pula berlangsung pada 19 Januari dengan sebanyak empat kategori iaitu 42 kilometer (marathon), 21 kilometer (half-marathon), 12 kilometer dan 5 kilometer (fun run).
Ads
Penganjuran kali ini menyaksikan tema FUTURISTIC menjadi pilihan penganjur seiring dengan kemunculan tahun 2020 yang menjadi simbol trasformasi digital yang sinonim dengan negara kita.
Cyberjaya yang dipilih sebagai lokasi acara pula dilihat sebagai refleksi visinya sebagai Global Tech Hub pada tahun 2020. Acara ini juga disokong sepenuhnya oleh Tourism Selangor yang turut bertindak sebagai salah satu penaja utama.
Ads
Berikut merupakan pemenang setiap kategori larian yang dipertandingkan.
Top 3 alasan mengapa lelaki tak bersenam. Pertama alasan tiada masa. Kedua, sebab komitmen lain lebih banyak. Dan yang ketiga sebab sudah tiada motivasi dan redha dengan kondisi perut boroi terkini.
Usah jadi begitu brother! Selagi ada kudrat, selagi hayat dikandung badan kita bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri. Kerana kesihatan itu boleh menjadikan kita insan yang mempunyai kualiti hidup lebih baik lalu meudahkan untuk kita melakukan pelbagai kerja dan ibadah.
Pada zaman sekarang sudah banyak teknik senaman boleh dilakukan sama ada di rumah, pejabat atau ruang senaman seperti gimnasium atau taman. Antara senaman yang cukup mudah dilakukan tapi sering dipandang remeh ialah push up.
Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 20 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 20 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 20 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman membentuk otot dada yang bidang merupakan antara senaman yang paling popular bagi lelaki.
Tak dinafikan juga inilah kawasan otot yang sering diimpikan oleh lelaki yang mahu nampak tegap dan lebih sasa.
Jika bersenam di gimnasium anda boleh menggunakan bantuan pelbagai alatan senaman untuk membina otot dada. Tapi bagaimana untuk melakukannya tanpa alat?
MASKULIN ingin kongsikan beberapa jenis senaman yang mampu membentuk otot dada tanpa menggunakan sebarang alat. Ingin tahu caranya, ikuti beberapa tip di bawah!
Selain membantu mengembangkan otot di bahagian dada, senaman ini juga baik untuk anda memperbaiki koordinasi serta keseimbangan badan.
Senaman chair dips ini sangat efektif buat anda yang ingin membentuk otot bahu dan juga tricep. Ini kerana bila tubuh melakukan gerakan senaman ini, ketiga-tiga otot dengan sendirinya akan dilatih secara saksama. Akhirnya ia juga membantu membentuk postur badan lebih baik.
Senaman yang bukan sahaja untuk membina otot dada tetapi dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Bagi anda yang mungkin sudah bosan dengan push up biasa, inilah senaman yang boleh dicuba! Selain membantu membentuk otot dada, ia juga melatih melatih otot tricep untuk bergerak dalam pada masa yang sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pada zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai aktiviti masa lapang yang menyihatkan. Kalau bukan setiap hari pun setidak-tidaknya hujung minggu pasti terisi dengan aktiviti yang mempau mengeluarkan peluh seperti berlari, futsal, berbasikal dan juga pelbagai sukan lain.
Seiring dengan kegiatan menyihatkan ini pengambilan minuman bertenaga atau energy drink juga menjadi semakin popular di kalangan lelaki. Kalau ke pasar raya atau kedai runcit buka sahaja peti ais pasti anda boleh dapati deretan pelbagai jenama minuman tenaga ditawarkan.
Ada pelbagai perisa dan warna! Namun tahukan anda bahawa pengambilan berlebihan minuman tenaga ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian posting oleh Public Helath Malaysia, mereka menceritakan tentang satu senario di mana seorang lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Apa yang menghairankan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tak merokok. Pemeriksaan lanjut mendapati degupan jantungnya sangat kencang dengan kadar 130 ke 140 denyutan seminit, sedangkan denyutan normal ialah antara 60 ke 100 sahaja.
Nak tahu mengapa situasi ini boleh berlaku dan apakah kaitannya dengan minuman tenaga, ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi gula yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.