Banyak kita jumpa lelaki di luar sana yang kadang-kadang sekali pandang nampak macam umur baru 20 lebih, tetapi bila diajak bersembang, ternyata kita salah kerana umur sebenarnya adalah dekat-dekat 40 tahun.
Bila digodek rahsia mereka ternyata ada perkara yang kadangkala kita terlepas untuk jaga tetapi lelaki jenis ini memberi penjagaan yang rapi untuk tampil awet muda.
Lebih pelik, mereka tidak mengambil terlalu banyak jenis produk penjagaan kulit, ia adalah dengan hanya mengamalkan beberapa tip sihat.
Di bawah ini MASKULIN tampilkan 6 tip yang boleh dibuat untuk kekal muda walaupun anda sudah lanjut umur.
1. Tidak segan mencuba guna produk penjagaan kulit yang bersesuaian
Lelaki kena buang tanggapan bahawa guna produk penjagaan kulit ini hanya golongan wanita sahaja. Ianya salah sama sekali, ketahuilah lelaki juga perlu gunakan produk penjagaan kulit untuk kekal segar dan nampak muda. Selain itu, anda juga tidak perlu beli produk yang mahal serta berjenama, untuk permulaan guna sahaja produk cuci muka yang murah tetapi pastikan periksa dahulu kesesuaiannya terhadap kulit anda.
2. Cuba untuk tidur awal
Habit suka tidur lewat sangat tidak sihat. Ini kerana anda bakal menganggu waktu rehat yang diperlukan tubuh untuk digunakan semula pada hari esok. Tidak cukup tidur adalah penyumbang utama masalah penuaan. Jadi makesure tidur awal dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Ads
3. Cuba perbaharui stail rambut
Rambut ibarat mahkota bagi wanita, bagi lelaki ia adalah tanjak terulung untuk menampakkan elemen gagah perkasa. Jadi jika sebelum ini anda suka biarkan rambut anda panjang tidak terurus serta berbau, inilah masanya untuk ‘servis’ sedikit penampilan rambut. Sekali-sekala usha potongan yang sesuai mengikut bentuk kepala ataupun pergi kedai gunting rambung, minta nasihat Penggaya Rambut, mereka lebih pakar stail apa yang sesuai dengan anda.
4. Rajin bersenam & aktif
Jika anda rajin bersenam, percayalah penyakit seperti lemah jantung, sakit sendi tidak mudah menyerang tubuh anda walaupun umur meningkat. Ini kerana jantung anda sudah dilatih untuk bekerja keras memastikan ia dapat mengepam darah yang segar ke seluruh badan. Penulis sendiri pernah berjumpa dengan lelaki yang sudah berumur 58 tahun, tetapi rupa paras serta kesihatannya seperti orang berumur 37 tahun.
Ads
5. Rajin minum air kosong
Jangan pandang rendah kehebatan air kosong. Ini kerana dalam banyak-banyak air yang berperisa, air kosong adalah air yang amat diperlukan badan untuk menjamin kesihatan anda. Air berperisa mengandungi jumlah gula yang sangat banyak hingga menjejaskan kesihatan kita. Kulit yang kering adalah kerana kurangnya air kosong dalam badan.
Lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Ia juga jika dibuat purata nisbah dari 5 orang lelaki, 3 pasti seorang perokok. Kita setiap hari dihidangkan dengan kempen keburukan merokok, namun masih lagi terdapat ramai perokok di luar sana. Merokok membuatkan kulit anda kering, kusam serta memusnahkan kolagen yang sedia ada di wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda tertanya-tanya terdapat perbezaan atau tidak melakukan senaman pada waktu pagi, petang dan malam?
Sebenarnya memilih waktu senaman serba sedikit memberikan perbezaan kepada tubuh kita. Ia juga bergantung kepada kesesuaian bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan seharian.
Namun bagi anda yang sukar tidur dan lelap pada waktu malam dinasihatkan untuk melakukan aktiviti senaman pada waktu pagi. Kenapa pada waktu pagi? Ada beberapa penjelasannya.
Tidak dinafikan bersenam merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
BANTU KITARAN TIDUR LEBIH BAIK
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam.
Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
HORMON ADRENALIN
Adrenalin adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stress, menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Adrenalin adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress.
DUA HORMON INI MERANGSANG PERMULAAN TIDUR
Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
SUKAR TIDUR JIKA BERSENAM MALAM
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
BERSENAM DI TEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
BERSENAM MALAM TIDAK BAGUS DILAKUKAN BERTERUSAN
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
BERSENAM MALAM PENYEBAB STRES
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Macam mana bentuk badan nak sasa kalau anda selalu buat kesalahan masa workout? Ingat! Apabila anda melakukan workout dengan teknik yang betul, bukan saja bentuk badan jadi sasa, malah dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan.
Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti memberi pelbagai faedah.
Antaranya meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.
Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu ketika melakukan latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah-langkah yang betul.
Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout kerana anda terlepas pandang. Perhatikan 5 kesalahan ini dan jangan sesekali buat. Kalau tak susahlah bentuk badan nak sasa.
1. Tidak belajar teknik asas daripada pakar
Ramai lelaki yang buat workout tidak mengamalkan teknik yang betul. Ini terjadi apabila mereka melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapatkan ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai.
Malah ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya. Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan.
Oleh itu, melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam. Malah jika anda melakukan teknik yang salah, ia akan mengakibatkan berlakunya kecederaan serta membuang masa dan tenaga.
2. Tidak buat pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Manakala regangan pula dilakukan selepas workout bagi tujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan dan memaksimumkan prestasi workout, selain mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.
3. Tak ambil makanan & minuman berkhasiat
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum melakukan workout. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak tersebut akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
4. Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan bentuk badan sasa dan solid, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk.
Ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding lelaki yang hanya melakukan latihan asas dan mengangkat dumbbell sahaja.
5. Kejar kuantiti bukan kualiti
Ramai yang komplen workout yang dibuat tak menjadi, padahal cara anda tak bersungguh-sungguh. Untuk menampakkan anda buat workout, anda pulun semua aktiviti di gym. Sudahnya anda sendiri yang keletihan tapi hasilnya tak ada.
Jangan sesekali mengejar kuantiti workout dalam sehari kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. Jika anda mahukan keputusan yang terbaik untuk tubuh anda, anda perlu melakukan workout yang serius. Sebaik sahaja anda mula bersenam dengan tujuan sebenar, anda akan dapati workout anda menjadi lebih mudah dan hasilnya akan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersenam itu merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi memastikan kondisi fizikal sentiasa dalam keadaan yang baik. Selain mampu menguatkan otot melakukan senaman juga mampu membantu menguatkan jantung.
Melakukan senaman pada usia muda dan pada usia semakin matang juga ada perbezaannya. Ini lebih ketara apabila senaman itu tidak dilakukan dengan konsisten atau lebih teruk sangat jarang dilakukan.
Pastinya untuk menyempurnakan satu sesi rutin senaman pun akan berasa sangat seksa, bukan? Buat anda terutamanya lelaki yang usianya 35 tahun ke atas, kebanyakannya sudah mengalami perubahan bentuk badan.
Tidak salah untuk MASKULIN katakan ramai di antara lelaki mula naik badan dengan beberapa faktor yang tidak dijaga dengan baik seperti pemakanan dan juga kekerapan senaman.
Bersenam pada usia ini terutamanya apabila usia melebihi 40 tahun harus dilakukan dengan teliti dan baik demi keselamatan diri. Ini adalah tempoh di mana anda perlu melakukan senaman yang sesuai dengan perubahan fizikal agar ia selesa dan cukup kuat.
Sebelum melakukan 5 senaman yang MASKULIN syorkan di bawah lakukan sesi pemanas badan dahulu. Anda boleh memanaskan badan dengan jogging, jumping jacks dan juga melakukan kayuhan statik bagi membina dan menyesuaikan kondisi badan sebelum mula bersenam.
Berikut 5 senaman yang anda boleh lakukan!
BOX SQUAT
Lakukan squats dengan menggunakan dumbbell sebagai beban tambahan. Senaman ini mampu membantu menguatkan otot paha, kaki dan juga perut. Lekaukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
FRONT SQUAT
Dengan menggunakan alat bantuan senaman barbell, sebaman ini mampu meguatkan bahagia torso atau abdomen dengan gerakan normal.
Ia mampu membangkitkan skil atletik anda untuk aktif bersukan di masa akan datang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
Senaman deadlift memerlukan anda melakukan dua gerakan mudah yang boleh melatih bahagian pinggang dan teras badan jadi lebih stabil.
Kemampuan untuk melakukan angkatan turut melatih pernafasan yang baik. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
SHOULDER PRESS
Rutin senaman yang tidak perlu menggunakan sebarang alat bantuan senaman. Ia mampu melatih menguatkan otot badan dan melatih diri untuk melakukan lebih dari apa yang kebiasaan atau kemampuan. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
BENCH PRESS
Satu senaman yang melibatkan pergerakan otot yang intensif menguatkan bahagian bahu dan otot belakang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
Semoga tip senaman ini mampu membantu anda mendapatkan fizikal yang lebih baik dan kecergasan yang lebih mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.