Pernahkah anda terfikir mengapa sukan pertarungan seperti tinju dan mix martial arts (MMA) sangat popular di kalangan lelaki?

Adakah ia disebabkan elemen kompetitif dan pertarungan fizikal yang menjadi tarikan utamanya atau ia merupakan bentuk hiburan yang sesuai dengan corak ‘jantan sejati’.

Umum mengetahui bahawa tinju dan MMA merupakan sukan yang banyak melibatkan kecederaan di bahagian badan yang penting seperti kepala dan perut. Jadi boleh dikatakan semua hali sukan ini sudah sedia maklum akan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka.

Doktor Pakar Ini Kongsi Pendapat Tentang Bahaya Sukan Tinju & MMA
Tinju merupakan sukan berimpak tinggi yang mempunyai risikonya tersendiri.

BACA: Zul Ariffin & Remy Ishak Berentap Dalam Filem MMA Pertama Malaysia

Namun begitu MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dato’ Dr Rushdan Md. Noor yang berkongsi pendapatnya tentang dua sukan yang amat menuntut penggunaan fizikal ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook beliau berkongsi sebuah entri dengan judul ‘Adakah Tinju Dan MMA Sejenis Sukan?”.

IKLAN

Jom ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr Rushdan Noor yang merupakan Pakar Perunding Kanser Ginekologi di bawah;


ADAKAH TINJU DAN MMA SEJENIS SUKAN?

Dua orang peninju mati akibat kecederaan kepala dalam masa 1 minggu terakhir bulan Julai 2019. Peraturan menggunakan glove untuk bertinju diperkenalkan pada tahun 1884. Kematian akibat bertinju tetap berlaku. Dikatakan senenjak 1884, lebih kurang 500 orang peninju mati akibat sukan ini.

Sukan tinju dan MMA yang sangat popular hingga ke hari ini adalah salah satu petunjuk manusia suka menonton keganasan dan menjadikannya satu bentuk hiburan. Apabila sukan ini diminati, ia menjadi sumber pendapatan lumayan kepada peninju dan syarikat yang berkaitan dengannya.

IKLAN

Doktor Pakar Ini Kongsi Pendapat Tentang Bahaya Sukan Tinju & MMA

BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP KESIHATAN

Walau bagaimanapun dari sudut perubatan, sukan ini sangat bertentangan dengan prinsip kesihatan kerana mensasarkan kepala dan badan untuk dijadikan sasaran tumbukan. Kepala mempunyai banyak organ penting dan tentulah otak salah satu darinya. Otak boleh bergoncang dan tumbukan kuat boleh mengoyak salur darah dan berlaku pendarahan.

Disebabkan oleh tempurung kepala yang keras, darah yang berkumpul akan menekan tisu otak sehingga boleh menyebabkan kematian. Jika tidak berlaku pendarahan, otak peninju seringkali mengalami kongkusi (“concussion”) dan inilah punca utama peninju jatuh dan tidak sedarkan diri sama seperti semasa berlakunya kemalangan jalanraya.

IKLAN

KAJIAN KESAN JANGKA PANJANG

MMA (Mixed Martial Art) yang membenarkan semua bentuk keganasan ke atas tubuh badan sebenarnya lebih merbahaya. Kecederaan bukan sahaja boleh berlaku terhadap kepala tetapi juga organ badan yang lain. Mungkin jika kajian kecederaan organ dan kesan samping jangka panjang dilakukan, hasilnya lebih memeranjatkan.

Selagi manusia gemar menonton sukan yang ganas ini, selagi itulah sukan ini akan terus hidup dan menjadi sumber pendapatan walaupun ianya jelas satu bentuk sukan yang besar kemudaratannya kepada ahli sukan. Dari perspektif perubatan, tinju dan MMA ini sebenarnya tidak sesuai dinamakan sejenis sukan. Ini adalah pendapat peribadi saya.

DDr Rushdan Noor
3hb Ogos 2019


Semoga perkongsian daripada doktor pakar ini boleh memberikan sedikit gambaran akan bahaya serta risiko terutamanya buat anda yang sedang atau ingin aktif dalam sukan ini.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI