Memiliki satu empayar perniagaan sendiri merupakan impian kebanyakan lelaki. Kejayaan yang dibina dalam membentuk empayar perniagaan itu merupakan indikasi usaha keras bukan sahaja buat pemilik perniagaan tetapi orang sekeliling seperti kakitangan dan juga rakan niaga yang sama-sama berkerja keras.
Menggapai sesuatu kejayaan itu sememangnya manis namun mengunggulinya dengan menghargai insan-insan tersebut pastinya terasa lebih manis.
Itulah yang telah dilakukan oleh pengasas jenama kecantikan dan pempengaruh mendia sosial tersohor, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.
Kedua-dua usahawan dan ikon pempengaruh ini telah menganjurkan dengan penuh jaya Anugerah AINAA Super Seven Awards, majlis cukup berprestij yang dianjurkan bagi menghargai usahawan di bawah syarikat mereka, Ainaa Beauty.
Dalam satu hantaran bersama Hafiz dan Aina mereka berkata acara tersebut merupakan hari untuk menghargai usahawan AINAA. Selepas tujuh tahun bersama-sama berusaha keras membesarkan perniagaan dari semua aspek.
“Hakikat orang yang susah adalah kerja, kerja dan kerja. Nilai angka tak akan pernah cukup untuk menentukan kita berjaya atau tidak. Selagi kudrat masih ada, kita masih perlu bekerja, kita masih perlu berusaha. Teruskan misi kita semua untuk capai & fahamkan mereka makna ‘Kejayaan demi Kebahagiaan’,” tambah mereka lagi.
Ads
Menurut Hafiz lagi, dia mahu para usahawan AINAA merasai sendiri pengalaman untuk berada di majlis-majlis besar seperti mereka tonton di kaca televisyen.
Dalam temua bualnya bersama MEDIA HIBURAN, Hafiz turut melahirkan rasa kesyukurannya kerana mereka berjaya mengadakan satu majlis anugerah yang cukup berprestij terutamanya buat orang-orantg yang susah tapi rajin berusaha.
“Mungkin mereka hanya mampu melihat di tv sahaja majlis-masjlis anugerah seperti ini dan untuk merasai sendiri, seperti angan-angan sahaja.
“Alhamdulillah, acara ini saya wujudkan untuk para usahawan ini merasai sendiri. Inilah perasaan yang dirasai oleh orang-orang ternama,” tambahnya lagi.
Ads
“Saya rancang mengenai acara ini ketika memenangi dua anugerah influencer tahun lepas. Selepas pulang daripada acara tersebut, saya bagitahu isteri yang saya juga nak buat majlis seperti ini.
“Bulan Julai kita adakan perbincangan dan sekitar bulan Oktober, kita mulakan perlaksaan program ini. Maka, terjadilah hari ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hafiz enggan mendedahkan jumlah kos keseluruhan acara ini sebaliknya hanya memberikan gambaran ia mencecah jutaan ringgit.
Ads
“Kebiasaannya, saya tidak akan mendedahkan soal jumlah karana bimbang bila melibatkan wang ini, persepsi orang lain-lain. Alhamdulillah kami memang ada menyediakan peruntukkan bajet. Berapa pun nilainya, asalkan usahawan-usahawan kita gembira.
“Ia memang mencecah angka juta itu. Untuk acara malam ini sahaja tidak termasuk hadiah, ia mencecah ratusan ribu,” jelasnya lagi.
Anugerah AINAA Super Seven Awards telah dilangsungkan dengan penuh jaya di Zepp KL, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.
Di antara hadiah yang disediakan oleh mereka untuk usahawan-usahawan yang dirasikan ialah pakej haji, kereta Perodua Axia, pakej umrah, pakej percutian Maldives serta lebih dari 10 buah iPhone 15 Pro.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ballon d’Or, iaitu pengiktirafan individu tertinggi dalam dunia bola sepak tahun ini dilihat tanpa pemain bola sepak lagenda Messi & Ronaldo.
Untuk kali pertama dalam tempoh 21 tahun sejak 2003, dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak tersenarai dalam 30 calon akhir untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024.
Messi, 37, yang pernah memenangi anugerah ini sebanyak lapan kali (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021, 2023)
Ballon d’Or Tahun Ini Tanpa Nama Messi & Ronaldo, Pertama Kali Dalam 21 Tahun
Messi, 37, yang pernah memenangi anugerah ini sebanyak lapan kali (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021, 2023) dan Ronaldo, 39, dengan lima kemenangan (2008, 2013, 2014, 2016, 2017), kini tidak berada dalam senarai calon.
Walaupun mereka sudah dianggap pemain veteran, Messi dan Ronaldo masih mampu mempamerkan prestasi luar biasa. Messi membantu Argentina menjuarai Copa America tahun ini, manakala Ronaldo terus mencipta gol bersama Portugal dan Al-Nassr.
Ronaldo, 39, telah memenangi lima anugerah individu berprestij tersebut pada 2008, 2013, 2014, 2016 serta 2017
SENARAI 30 CALON BALLON D’OR 2024
Jude Bellingham (Real, England)
Hakan Calhanoglu (Inter, Turkiye)
Dani Carvajal (Real, Sepanyol)
Ruben Dias (Man. City, Portugal)
Artem Dovbyk (Girona, Ukraine)
Phil Foden (Man. City, England)
Alex Grimaldo (Leverkusen, Sepanyol)
Erling Haaland (Man. City, Norway)
Mats Hummels (Dortmund, Jerman)
Harry Kane (Bayern, England)
Toni Kroos (Real, Jerman)
Ademola Lookman (Atalanta, Nigeria)
Emiliano Martinez (A. Villa, Argentina)
Lautaro Martinez (Inter, Argentina)
Kylian Mbappe (PSG, Perancis)
Martin Odegaard (Arsenal, Norway)
Dani Olmo (Leipzig, Sepanyol)
Cole Palmer (Chelsea, England)
Declan Rice (Arsenal, England)
Rodri (Man. City, Sepanyol)
Antonio Rudiger (Real, Jerman)
Bukayo Saka (Arsenal, England)
William Saliba (Arsenal, Perancis)
Federico Valverde (Real, Uruguay)
Vinicius Junior (Real, Brazil)
Vitinha (PSG, Portugal)
Nico Williams (Athletic, Sepanyol)
Florian Wirtz (Leverkusen, Jerman)
Granit Xhaka (Leverkusen, Switzerland)
Lamine Yamal (Barcelona, Sepanyol)
Kini tiba giliran nama-nama baru untuk merebut Ballon d’Or 2024.
Pencapaian yang membanggakan buat pemain sayap negara bertubuh kecil ini apabila memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar.
Faisal Halim mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya ‘menipu’ pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.
AFC sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.
Ini 12 fakta menarik penjaring gol ini;
Berusia 26 tahun, lahir pada 7 Januari 1998 dan berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang.
Dipanggil Mickey dan berketinggian hanya 1.58 meter.
Pemain Harimau Malaya sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Kejayaannya menjaringkan gol ketika berdepan Korea Selatan pada 25 Januari lalu disifatkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu keajaiban.
Tonggak sayap skuad kebangsaan itu menjaringkan gol pertama skuad negara pada minit ke-51.
Mulanya Faisal menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19.
Memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015 dan dalam tahun sama diserap ke skuad senior Penang FC kerana kelincahannya beraksi.
Mickey kemudiannya bersama pasukan Sri Pahang pada November 2015 dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
Pada 6 Disember 2020, Faisal menandatangani kontrak dua tahun dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas. Dia menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti.
Sekadar info, Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).
Tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.
Tahniah Faisal, moga kejayaan ini menjadi inspirasi anak muda untuk memajukan sukan bola sepak tanah air.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Tarikan makanan Thai ini memang boleh orang jadi ‘gila’. Mana taknya, kalau ada je festival makanan Thai di KL, mesti berduyun-duyun manusia yang datang. Jadi, apa kata cuti Deepavali ini anda lajak je kereta ke Thailand khasnya buat anda yang balik Pantai Timur mahupun Utara (sempadan Thai-Malaysia).
Kalau anda memilih nak masuk Thailand dengan memandu kereta melalui pintu sempadan negara seperti di Padang Besar, Perlis dan juga di Kelantan, ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memudahkan perjalanan.
Melalui satu perkongsian di Facebook, Ammar Naufal menyenaraikan beberapa dokumen penting yang perlu ada bersama anda jika hendak melancong ke Thailand menggunakan kereta.
Jom semak satu persatu.
1. Pasport
Pastikan masih sah dan tiada sekatan ke atas pasport.
Ketika hendak memasuki Thailand, isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Di sana, ada individu boleh tolong isikan tetapi kena bayar RM2.
2. Geran kenderaan
Bawa geran kenderaan yang asal (original).
Kalau tak ada yang asal, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan.
Bayaran RM50 akan dikenakan untuk dapatkan salinan daripada JPJ.
Peringatan penting, jangan laminate geran, ada kemungkinan tak diterima.
3. Insurans kenderaan
Boleh dibeli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customs declaration form.
Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan enam bulan.
Apabila dah selesai dan siap cop pasport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta.
Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).
Kemudian mereka akan keluarkan simplified customs declaration form.
Borang ‘simplified customs declaration’
Lepas dah dapat borang dari pihak sana, keluar pergi minta cop daripada pegawai mereka di luar.
Pegawai berkenaan akan cop dan kita tandatangan sebagai perjanjian.
Jangan lupa bagi semula borang simplified customs declaration form kepada pegawai bertugas ketika pasport dicop untuk keluar.
Jika tidak, nanti susah anda nak bawa kenderaan masuk semula ke Thaildand pada masa-masa akan datang. Hah, jangan seronok sangat nak masuk Thailand ya! Pastikan semua tip di atas sudah disemak untuk memudahkan perjalanan anda ke sana.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!