Antara kesan yang akan dialami oleh pesakit diabetes adalah dipotong anggota badan bermula daripada kaki. Di Malaysia kesnya agak banyak.
Ini terjadi kerana kita tidak menjaga pemakanan seharian. Walaupun kerajaan sudah banyak menggesa kita untuk menjaga makan, namun masih ada lagi orang yang akan dipotong anggota badan untuk mengawal virus tersebut.
Disebabkan itu, ia telah menyedarkan seorang pemuda bernama Ammar Shauqi. Dia berkongsi antara sebab yang menyedarkannya untuk menguruskan badan adalah kerana takut apa yang ditontonnya melalui video potong kaki berlaku kepada dirinya sendiri.
Ikuti perkongsiannya bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 85Kg dalam masa setahun. Dia membuat perkongsian tersebut melalui twitter thread miliknya.
Pernah dengar lelaki berumur 60 tahun masih lagi sihat dan tidak mengalami sakit yang selalu menyerang golongan ini, jawapannya ada. Ini kerana mereka mengamalkan amalan sihat dengan bersenam serta mengawal makanan yang diambil.
Mereka juga selalunya mempunyai beberapa amalan yang kadangkala dilakukan oleh kita golongan muda tanpa sedar. Selain itu, kita juga seringkali tidak mengendahkan risiko yang bakal dialami oleh tubuh badan jika gagal mengelakkan beberapa amalan ini selepas makan.
Justeru, MASKULIN ingin berkongsikan beberapa perkara yang anda patut elak untuk makesure kesihatan anda kekal hingga usia golongan emas.
Bersenam memang diakui menyihatkan badan, tetapi anda tidak boleh lakukannya ketika perut masih lagi penuh serta di peringkat penghadaman. Beban bersenam ketika perut penuh akan menbuatkan anda tidak selesa seperti rasa loya dan tersedu. Kalau mahu bersenam juga, 4 jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
Minum teh panas selepas makan hanya akan menganggu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Jika anda pernah dengar minum teh selepas makan mampu membakar lemak, ia hanyalah mitos semata.
Ini aktiviti wajib orang kita banyak buat. Kalau mahu juga merokok, makesure bagi badan anda rehat dahulu dan lakukan aktiviti tersebut selepas 20 minit makan. Ini kerana ketika ini perut sedang memproses segala nutrisi penting dari makanan dan anda menganggu proses tersebut dengan merokok.
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya badan akan menghantar lebihan darah ke kawasan kulit berbanding biasa. Perkara ini boleh menyebabkan proses pencernaan terganggu dan menjadikan sistem metabolism anda menjadi semakin perlahan. Justeru, masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
Aktiviti ini dipandang negatif jika anda seringkali lepas makan terus tidur. Selain itu ia juga bidalan orang dahulu guna untuk menegur orang yang malas seperti ‘kau ni asyik makan tidur, makan tidur’. Sudahlah dipandang negative, dari sudut kesihatan juga ia tidak elok. Tidur dengan keadaan perut penuh akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa serta meningkatkan risiko strok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perut boroi dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.
Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.
Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.
Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.
Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.
Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.