Dalam dunia yang penuh persaingan, hanya lelaki luar biasa mampu mencipta legasi yang bukan sahaja meninggalkan jejak peribadi, tetapi memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Itulah yang dibuktikan oleh Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng — individu berbangsa Cina pertama yang melakar sejarah memegang jawatan setinggi itu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semalam, di Wisma Pertahanan, sejarah baharu tertulis apabila Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada Johnny Lim, mengesahkan kedudukannya sebagai antara teraju utama pertahanan negara.
Dari Melaka ke Puncak ATM
Dilahirkan di bumi bersejarah Melaka, Johnny Lim membuktikan bahawa kejayaan itu tidak mengenal asal-usul, kaum atau latar belakang. Pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Francis, Melaka (1973 – 1983) menjadi asas pembentukan jati diri yang utuh.
Titik tolak perjalanan beliau bermula apabila menyertai Tentera Darat Malaysia melalui Tauliah Jangka Tetap ke-25 (TJT 25), sebelum dipilih menjalani latihan ketenteraan elit di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom — satu institusi ketenteraan paling berprestij di dunia yang hanya melahirkan pemimpin berkaliber tinggi.
Selepas ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD), Johnny Lim mengukir nama melalui kepimpinan, disiplin, dan pengorbanan yang tiada kompromi. Kepakaran beliau dalam bidang strategi pertahanan, pengurusan keselamatan serta komitmen terhadap tugas menjadikan beliau aset penting kepada ATM.
Ads
Beliau juga merupakan graduan Kolej Komando dan Kakitangan Tentera Australia, selain turut memiliki Ijazah Sarjana daripada Universiti Canberra, Australia serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
ATM — Pentas Sebenar ‘Unity in Diversity’
Kenaikan pangkat ini bukan sekadar penghormatan peribadi buat Johnny Lim, tetapi membawa mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia — ATM adalah platform sebenar ‘Unity in Diversity’, di mana perpaduan dan kecemerlangan diraikan tanpa batasan kaum.
Dalam kenyataan rasmi ATM, mereka menegaskan bahawa peluang untuk mencipta kejayaan dalam ketenteraan terbuka kepada semua, selagi individu tersebut menunjukkan prestasi cemerlang, disiplin tinggi dan kesetiaan kepada negara.
Ads
“Ini diharapkan dapat menarik minat bangsa-bangsa lain untuk turut sama menceburi kerjaya keramat ini,” kata kenyataan itu.
Di sebalik kejayaan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim, tersembunyi mesej penting — lelaki sejati bukan hanya membina tubuh yang gagah, tetapi sanggup memikul tanggungjawab besar demi keluarga, masyarakat dan negara.
Kepada generasi muda, inilah masanya membuktikan bahawa anda mampu melakar kejayaan tanpa batas. ATM menanti wira baharu — dan siapa tahu, anda mungkin penyambung legasi seterusnya.
Ads
Syabas Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim, lambang lelaki Maskulin sejati, lambang Malaysia yang bersatu!
Petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy pernah berlatih seorang diri sebagai persiapan untuk bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) suatu ketika dahulu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli Goldenboy mengenang kembali saat dia terpaksa mengorbankan sesi latihan di Johor kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Waktu itu saya dapat tawaran sambung belajar di UiTM dan pada waktu itu saya terpilih untuk mewakili negeri Johor ke SUKMA,” katanya.
“Saya kena korbankan masa saya berlatih di Johor dan saya harus berlatih sendiri di kampus”.
Dengan kekurangan kemudahan untuk berlatih sekitar awal 2000an di kampus itu, Adli tekun menjalani latihan dengan usaha sendiri, bahkan terpaksa menumpang kemudahan beg penumbuk milik persatuan taekwondo universiti itu.
“Itu adalah titik perubahan untuk saya belajar erti kecekalan,” kata Adli lagi.
Hasil keazaman dan disiplin yang tinggi itu, Adli berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Hal ini kerana Adli diberitahu oleh jurulatihnya di Johor yang dia tidak boleh bertanding di temasya SUKMA jika dia tidak menurunkan berat badannya.
Penat lelahnya menyusun di antara jadual latihan dan jadual kuliah ternyata membuahkan hasil apabila pada temasya SUKMA berkenaan, Adli berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa pulang pingat perak.
Adli percaya tiada apa yang mustahil selagi mana seseorang itu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri
“Berlatih seorang pun boleh berjaya. Janji kena disiplin dan pengurusan masa sebagai seorang mahasiswa itu kena betul,” tambah Adli.
Di sebalik hiruk-pikuk politik, satu peristiwa penting baru-baru ini telah menarik perhatian ramai dan memberikan inspirasi yang mendalam. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, sambil mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan buat negarawan ulung itu.
Tun Dr. Mahathir yang mencapai usia satu abad, merupakan tokoh politik paling berpengaruh dalam sejarah moden Malaysia. Beliau dikenali sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara, serta arkitek di sebalik pembangunan pesat Malaysia dengan wawasan seperti Wawasan 2020.
Hubungan beliau dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meskipun pernah melalui pasang surut politik yang kompleks dan menjadi tumpuan sejarah negara, kini dilihat dalam konteks kemanusiaan dan penghormatan, terutamanya pada hari istimewa ini.
Dalam hantaran di media sosial, Anwar tidak hanya sekadar mengucapkan selamat, tetapi turut menyatakan harapannya agar bekas perdana menteri itu terus dikurniakan kekuatan tubuh dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan yang penuh makna.
TERUS MENDOAKAN
Ia adalah satu ucapan yang sarat dengan mesej positif mengenai bagaimana seseorang lelaki boleh meniti usia emas dengan penuh kehormatan dan tujuan.
“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi”.
Anwar Ibrahim turut doa agar Allah sentiasa merahmati Dr. Mahathir Mohamad, seorang tokoh yang memimpin negara selama lebih dua puluh tahun dalam dua tempoh pentadbiran yang berbeza.
Ucapan Anwar ini mendapat pelbagai respons dari warga maya, dengan kebanyakannya mengucapkan tahniah dan menyatakan penghargaan atas sumbangan Dr. Mahathir terhadap kemajuan negara.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. @chedetofficial
Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. Gaya hidup sihat… pic.twitter.com/Ayoho3QF5j
Semua orang tentu menginginkan bentuk badan yang kurus. Namun jika badan kurus keding juga boleh mendatangkan masalah kerana tiada keseimbangan dalam tubuh badan. Dah makan banyak pun, berat badan masih lagi sama. Gara-gara kurus keding, boleh jadi stres.
Jika anda tergolong dalam kategori lelaki kurus keding, perkongsian seorang pengguna di laman Twitter bernama syam131 tentang tip menaikkan berat badan secara sihat ini boleh anda jadikan panduan.