“Apa salahnya sesekali bohong? Bohong sunat. Raikan orang yang kita sayang!” Istilah bohong sunat selalu digunakan dalam rumah tangga. Suami kadangkala tidak berterus-terang hal sebenar kerana tidak mahu isteri mengamuk. Isteri ada ketikanya menyembunyikan sesuatu kejadian kerana tidak mahu suami berasa curiga dengannya.
Cakap bohong memang sangat lazim dalam kalangan kita. Bohong semacam suatu alasan bagi mewajarkan sesuatu tindakan, menyembunyikan ketidakjujuran atau memperdaya seseorang dengan niat tidak baik.
Bohong boleh berlaku dalam hal sekecil-kecilnya sehingga hal yang besar-besar. Bohong dalam perkara kecil seakan-akan sudah terlalu biasa, kita lakukan tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa. Kadangkala kita rasa malas hendak ke pejabat, maka kita beri alasan seperti, “sakit perut, cirit-birit atau anak meragam”.
Berbohong hukumnya haram kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya sama ada pada orang yang dibohongi, pada orang lain atau pada si pembohong itu sendiri. Perbuatan ini ada kena-mengena juga dengan janji, iaitu apabila kita enggan mengotakan janji, maka kita berbohong dengan pelbagai alasan.
BOHONG BESAR
Berbohong besar biasa berlaku apabila menggunakan nama Allah iaitu bersumpah palsu. Ulama menyifatkan perbuatan bersumpah dengan nama Allah sebagai dosa yang paling buruk dan celaan yang amat keji.
Dalam suatu kisah menceritakan, suatu ketika Rasulullah berjalan dan bertemu dua orang lelaki yang sedang bersumpah-sumpahan ketika berjual beli seekor kambing. Yang seorang berkata, “Demi Allah, saya tidak akan mengurangi harganya sekian, sekian.” Yang seorang lagi berkata, “Demi Allah, saya tidak akan melebihkan harganya sekian, sekian.” Tidak lama kemudian urusan jual beli selesai. Rasulullah kemudian bersabda, “Telah wajib atas salah seorang daripada kedua-duanya dosa dan mestilah ia membayar kaffarah (denda). (Riwayat Abul Fatah al-Azdi daripada Nasikh al-Hadrami)
Ads
Pembohongan dalam jualan biasa berlaku. sesetengah peniaga berbohong dia membeli barang sekian dengan harga RM10 dan menjual dengan harga RM11, dengan untung RM1 sahaja. Tetapi sebenarnya dia mungkin membeli dengan harga RM5 sahaja.
BOHONG YANG DIHARUSKAN
Dalam keadaan tertentu, bohong diharuskan jika untuk tujuan yang baik. Bohong diharuskan dalam perkara berikut, namun dalam batasan, tidak melebih-lebih dan melampaui batas:
-Untuk menghalang berlakunya peperangan.
Ads
-Untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan.
-Untuk menyenangkan hati orang yang teraniaya.
-Untuk membahagiakan suami atau isteri dan rumah tangga.
Ads
Ummi Kalsom meriwayatkan dengan berkata, “Aku tidak mendengar Rasulullah
memberikan keringanan berdusta pada sesuatu perkara kecuali tiga tempat iaitu orang yang menyebut sesuatu untuk kebaikan, orang yang menyebut sesuatu dalam peperangan (strategi perang) dan orang yang berbicara dengan isterinya dan suaminya berbicara dengan suaminya. (Riwayat Muslim)
Kata Ummi Kalsom lagi bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak dinamakan pendusta orang yang mendamaikan dua pihak yang berselisih faham, lalu dia berkata yang baik atau menambahkan yang baik.” (Riwayat Bukhari daripada Ummi Kalsom)
Sahabat Abu Kahil menceritakan, dua orang sahabat Nabi bertengkar sehingga putus silaturahim. Dia kemudian menemui salah seorangnya dan bertanya, “Apa yang berlaku antara anda dengan dia?” Sesungguhnya aku selalu mendengar dia memuji anda.” Kemudian dia temui pula sahabat yang seorang lagi dan berkata hal yang sama. Akhirnya kedua-duanya berdamai. Kata Abu Kahil, dia rasa telah membinasakan diri (rasa bersalah kerana berbohong) lalu dia bertemu Rasulullah untuk mendapatkan nasihat.
Kata Rasulullah padanya, “Hai Abu Kahil, perbaikilah antara manusia.” Maksudnya, “damaikanlah walaupun dengan berdusta.” (Riwayat Tabrani (bukan hadis sahih)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kehidupan moden yang penuh dengan kesibukan, mencari momen ketenangan dan penjagaan diri adalah sangat penting. Satu rutin sepanjang masa yang bermanfaat untuk lelaki adalah mandi pagi, terutamanya pada waktu subuh. Lebih daripada sekadar membersihkan badan, rutin harian ini menawarkan pelbagai kelebihan yang menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga.
Meningkatkan Tenaga
Mandi pada waktu subuh adalah seperti panggilan semula dari alam. Kesejukan air pagi menyegarkan badan, membangunkan deria anda, dan memberikan peningkatan tenaga semulajadi. Pemulihan ini mencipta nada positif untuk hari yang akan datang, meningkatkan kecerdikan dan produktiviti secara keseluruhan.
Menajamkan Tumpuan & Kejelasan Mental
Ketenangan waktu subuh bersama dengan mandi yang menyegarkan mencipta suasana ideal untuk kejelasan mental. Ia membolehkan anda mengumpulkan pemikiran, merancang hari anda, dan meningkatkan tumpuan. Memulakan pagi dengan fikiran yang jelas menyumbang kepada pembuatan keputusan yang lebih baik sepanjang hari.
Kesihatan Kulit dan Menaikkan Seri Wajah
Lebih daripada kebersihan, mandi pagi mempromosikan kesihatan kulit. Air pagi membantu mengetatkan liang pori, mengurangkan risiko jerawat dan masalah kulit lain. Peningkatan peredaran darah menambah aura sihat pada kulit anda, membuat anda kelihatan lebih bercahaya, bertenaga dan bermaya.
Melepaskan Tekanan & Meningkatkan Mood
Sensasi menenangkan air di kulit mempunyai kesan terapeutik. Mandi pagi dapat membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan tahap kebimbangan, membina nada positif untuk hari itu. Ia mencetuskan pelepasan endorfin, penambah mood semulajadi badan, meninggalkan anda berasa lebih optimis.
Kualiti Tidur Lebih Baik
Percayalah atau tidak, mandi pagi dapat memberikan impak positif kepada tidur anda pada waktu malam. Penurunan suhu selepas mandi yang panas memberitahu badan anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat, mungkin menyumbang kepada kualiti tidur yang lebih baik. Ini menjadikan mandi pagi pada waktu subuh sebahagian penting pendekatan holistik untuk menjaga rutin tidur yang sihat.
Mengukuhkan Sistem Imun
Kejutan air sejuk semasa mandi pagi merangsang sistem limfatik, membantu meningkatkan sistem imun anda. Lapisan pertahanan tambahan ini dapat menyumbang kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan jatuh sakit.
Secara kesimpulannya, menyertakan mandi pagi ke dalam rutin harian anda adalah lebih daripada sekadar amalan kebersihan. Ia adalah pendekatan holistik untuk kesejahteraan.
Manfaat fizikal dan mental yang ditawarkan menjadikannya rutin yang mudah tetapi kuat untuk lelaki yang berusaha mencapai keseimbangan dan kecergasan dalam hidup mereka.
Oleh itu, sambut pagi anda dan biarkan mandi pagi menjadi penanda aras dalam perjalanan kesejahteraan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahang kehangatan Piala Dunia 2022 kini semakin dirasai. Bermula bulan hadapan negara Teluk, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.
Persiapan yang dilakukan oleh Qatar kini dilaporkan sudah semakin sempurna. Kesemua pasukan juga sudah berada di fasa akhir persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan yang bakal menarik jumlah tontonan yang cukup luar biasa.
Selain persiapan infrastruktur, kerajaan negara Qatar juga telah mengambil langkah yang cukup positif untuk kakitangan mereka. Memetik laporan dari The Peninsula Qatar, kerajaan negara tersebut telah bersetuju untuk mengurangkan waktu kerja kakitangan kerajaan.
Sekolah juga akan diarahkan untuk beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat. Jelas mereka, langkah ini diambil untuk mengurangkan kesesakan sebelum dan ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022.
Dengan jangkaan lebih sejuta pengunjung dari seluruh pelosok dunia bermula 20 November hingga 18 Disember, kerajaan Qatar dilihat mengambil langkah yang cukup proaktif bagi memastikan kesesakan berkurangan serta trafik lebih lancar.
Dua minggu pertama kejohanan berlangsung merupakan waktu yang cukup kritikal dan penting kerana pada masa itulah jumlah peminat dari luar negara memenuhi beberapa lokasi stadium.
Jurucakap kerajaan Qatar turut menjelaskan selepas mesyuarat kabinet mereka mengambil keputusan untuk membenarkan hanya 20 peratus kakitangan bekerja di pejabat dengan waktu kerja selama empat jam sahaja.
Bagi sesi persekolahan pula dibenarkan untuk operasi dari pukul tujuh pagi hingga ke tengahari. Selain itu bermula 18 November hingga 22 Disember 2022 pula pelajar akan melalui cuti hujung tahun.
Laluan lebuhraya utama sepanjang pesisir pantai Doha, Corniche pula akan ditutup untuk semua kenderaan bermula November. Ia bagi membolehkan pembinaan dan penganjuran zon penyokong diakan di sepanjang laluan tersebut.
Semoga kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 kali ini dapat berlangsung dengan cukup berjaya danm menyajikan aksi kompetitif yang terbaik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda aktif menggunakan laman media sosial dalam tempoh seminggu kebelakangan ini pastinya tidak akan dapat mengelak terbaca atau melihat poster tentang drama bersiri thriller Korea yang ditayangkan di Netflix berjudul, ‘Squid Game’.
Drama bersiri tersebut yang ditayangkan di Netflix kini menjadi di antara bahan tontonan paling diperkatakan bukan sahja di negara kita malah di peringkat global.
Sarat dengan aksi serta jalan cerit yang penuh drama menjadikan ‘Squid Game’ sebagai antara drama bersiri paling diperkatakan sepanjang tahun 2021. Drama thriller sebanyak sembilan episod tersebut mengisahkan sekumpulan manusia yang sanggup menggadaikan nyawa bermain permainan survival misteri demi memenangi wang tunai yang sangat lumayan.
Ia menjadi lebih menarik kerana drama ini mengetegahkan sisi moral manusia serta kesanggupan melakukana apa sahaja untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan juga masalah kewangan.
Sudahkah anda menonton drama sensasi ini? Ikuti fakta trivia menarik di sebalik ‘Squid Game’.
GENRE PELBAGAI
‘Squid Game’ bukanlah siri yang menyentuh tentang permainan survival semata. Malah pengarahnya, Hwang Dong Hyuk tidak lupa untuk menampilkan pelbagai genre bagi memberikan kepuasan kepada penonton. Antara genre yang turut ditonjolkan ialah edgy thriller, seram dan juga koemdi ‘gelap’.
JUDUL ASAL
Pada asalnya drama bersiri ‘Squid Game’ diberi judul berbeza. Pada September 2019, Netflix mengumumkan mereka bakal mengeluarkan siri Korea terbaru berjudul ‘Round Six’ yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong Hyuk.
PERMAINAN KANAK-KANAK
Walaupun ia sarat dengan aksi kejam dan penuh berdarah, ‘Squid Game’ menampilkan permainan tradisi atau popular kanak-kanak di Korea seperti ‘Mugunghwa has bloomed’ atau lebih kita kenali sebagai ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’.
INSPIRASI MANHWA
Hwang Dong Hyuk turut menyatakan bahawa jalan cerita ‘Squid Game’ banyak diinpirasikan dari mnahwa (komik Korea) yang telah beliau baca.
WARNA UNIFORM
Apa yang paling meonjol di dalam drama ini ialah warna uniform yang cukup berwarna-warni dan berbeza. Penggunaan warna adalah bertujuan sebagai simbolik memadamkan personaliti dan individualiti seseorang ketika dalam permainan.
PERNAH TERTANGGUH
Penggambaran ‘Squid Game’ terpaksa dihentikan pada Ogos 2020 disebabkan penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Namun kemudian disambung semula pada September 2020.
SET SEBENAR
Di natara yang paling mengagumkan tentang ‘Squid Game’ ialah binaan set penggambarannya yang luar biasa besar dan kompleks. Ia dibina sendiri dengan saiz yang sangat besar seperti yang kita tonton menerusi trailer-nya. Pengarahnya, Hawang Dong Hyuk menjelaskan dia mahu menggunakan kesan CGI paling minima.
JUMLAH PELAKON
Seramai 456 orang pelakon utama dan tambahan telah mengambil bahagian di dalam penggambaran drama bersiri ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.